Friday, December 30, 2005

ku bisa menjamahi

...

Beruntung sungguh anak kuda itu. Beruntung juga iguana yang melekap di dadanya dan ular sawa albino yang membelit tubuh mugilnya itu. Dan aku pun berfantasi yang bermacam. Err.. tolong sediakan koko panas!

Semasa dia meluncur, terasa macam menonton Baywatch!

Satu sikap yang kadang-kadang kau pun susah nak nampak dalam diri wanita seksi ini, pandai menjaga anak dan juga gemarkan binatang.

Aku naikkan... dua ibu jari!!

Ya, ibu jari sahaja, beb! Tak berani aku nak naikkan yang lain. Takut kena kerat!!

Hah!

Tuesday, December 27, 2005

sekali kerdipan bersamamu

...

"Bunyi kucing macam mana?" Aku.

"Nyau.." Dian.

"Bunyi lembu?"

"Mooo.."

"Pandai, anak abah ni!!"

** ** **

Pernah tak kau terjumpa sepasang suami isteri buat tak tahu saja bila anaknya bingit membentak-bentak mahukan sesuatu? Dan kau pun berbisik di dalam hati, "Hish! Kalau anak aku, dah lama aku lempang!!"

Ah! Kau belum punya anak lagi, bolehlah kau kata begitu.

Mungkin kau tak sedar, ketika hati kau bernazar "mahu melempang", Tuhan sudah bersedia untuk menunaikan permintaan kau.

Ya! Memang anak kau, satu hari nanti, memang layak dilempang, kerana degilnya akan berganda-ganda melebihi kedegilan anak yang mahu kau lempang dulu.

Satu hari nanti, mungkin pelempang pun tidak mencukupi untuk mendiamkan anak kau itu. Atau kau sudah letih melempang, dan ia lebih baik kalau kau biarkan saja si anak membentak-bentak.

Percayalah! Ada orang yang sudah menyesal kerana Tuhan tunaikan permintaannya.

** ** **

"Eh, tengok lampu ni. Lawa kan?" Aku.

"Mooo.." Dian.

Monday, December 19, 2005

Seluruh

...

Kau ingat dengan berkahwin tu, semua masalah kau sudah selesai, ya?

Sebelum berkahwin, mereka mengasak kau dengan pertanyaan yang sepusat sepusingnya berbunyi begini, "Bila nak kahwin? Kalau tak ada kawan lagi, Mak Cik boleh carikan. Anak Pak Sahak yang baru habis belajar... bla bla bla."

Dan kau pun menjawablah, "Nantilah dulu. Muda lagi ni. Tak puas bujang."

Dan mereka menyambung, "Muda apanya? Mak Cik masa umur kau ni, anak dah sedozen."

Dan kau pun terdiam dan segera merancang untuk berkahwin. Dengan siapa saja yang sudi melamar. Walau apa saja kerjanya. Segala duit hangus kenduri kendara, biar kau tanggung! Kau berjanji.

Selepas berkahwin (selalunya, lima bulan kemudian), mereka akan mengasak kau kembali, "Dah ada apa-apakah? Takkan kosong lagi?"

Kau mengeluh. Tapi tak selalunya kau bernasib baik untk berkahwin dengan penembak tepat. Kadang-kadang, tanah tak subur masa dibajak. Kadang-kadang ditembak dengan peluru kosong saja.

Tu pun dah cukup baik kerana kau tak ditembak oleh penembak curi. Mula-mula tembak, bila dah kena (bila perut dah kembung), si penembak hilangkan diri.

Bukankah itu lagi parah?

Oh! Ada lagi yang lebih parah.

Bila kau terpaksa berkahwin dan menanggung biawak hidup. Yang bila celik saja matanya, hanya mahu duit. Minta temboloknya diisi. Segera! Dan bila sudah siap makan, mendesak pula 'dilayan'.

Dan kini selepas lama berkahwin, dan anak pula hampir sedozen, suami kau pula dengan hanya menghantar SMS saja, jatuhkan talak.

Parah!!

Lelaki baik susah dicari, ya? Dan. Kau pun berjanji, untuk tidak berkahwin.

Thursday, December 15, 2005

jiwa dan ragaku

...

Celaka! Kalau nak cerita, ceritalah sampai habis!! Ini nak cerita sikit-sikit, buat aku tertanya-tanya.

Klu?

"pelakon wanita muda", "tinggi lampai", "kaya dengan kontroversi", "bermuka-muka berperangai baik untuk meraih simpati peminat" dan "pusat hiburan".

Kalau kau baca Harian Metro semalam, Fasha Sandha dah dikeluarkan dari senarai suspek.

Hei, berapa kerat lagikah pelakon wanita muda yang kita ada?!

Dia inikah juga yang terkenal dengan kes kasutnya?

Hah!

Tuesday, December 13, 2005

akan ku pertaruhkan

...

"How many people do you have to kill before you qualify to be described as a mass murderer and a war criminal? One hundred thousand. We have brought torture, cluster bombs, depleted uranium, innumerable acts of random murder, misery, degradation and death to the Iraqi people and call it 'bringing freedom and democracy to the Middle East'." Harold Pinter.

"I would say 30,000, more or less, have died as a result of the initial incursion and the ongoing violence against Iraqis," Bush said. "We've lost about 2,140 of our own troops in Iraq." George Bush.

Friday, December 09, 2005

asalkan

...

Jangan mudah terpedaya dengan apa yang kau baca! Jangan, aku kata!!

Pembohongan, kalau dipercayai, boleh bertukar menjadi fitnah.

Blog, bagi kebanyakan orang, adalah tempat untuk meluahkan perasaan. Tempat melampiaskan kemarahan, meredakan kedukaan, atau berkongsi kegembiraan. Tapi bagi sesetengah orang, termasuk aku, ia juga tempat untuk bermain dengan kreativiti dan imaginasi. Tempat melayan soalan-soalan 'apa-akan-jadi-kalau'.

Soalan semalam: "Apa akan jadi kalau aku dan isteri berada di tempat Y & EF?"

Cara terbaik untuk berkata bohong ialah dengan berkata benar sebanyak yang mungkin. Kau pun tahu, kan?

Nasib baik aku bukan selebriti. Tapi kau boleh anggap ini sebagai kenyataan akhbar juga.

Ops!! Minta kerjasama semua! Jangan ambil gambar kami, ya!!

Ha ha!

Thursday, December 08, 2005

kau bisa menjelma

...

Aku terbau belerang lagi. Tapi sahaja aku buat tak tahu.

Kalau bertekak. Tentu, aku sahaja yang salah. Kalau dia kata hitam, tak mungkin jadi kelabu. Jadi, lebih baik aku diamkan sahaja.

Aku balik, dia diam. Dia keluar, aku diam. Sudah jadi halimunan.

Dia ada, aku tak nampak. Aku ada, dia tak peduli. Semacam ada tembok Berlin.

Di dalam rumah sendiri.

Betul kata kau. Dua tahun pertama ini macam-macam dugaannya.

"Bukan bos awak tu kawan awak juga ke? Beritahu sajalah, mesti dia faham." Dia.

Ah! Kalau 'dia' yang tidur sebelah aku hari-hari pun tak faham, bagaimana pula nak harapkan 'kawan' yang dah jadi bos supaya faham?!

Dan beban seberat dunia ini terus-terusan tergalas di bahuku. Sendirian.

Persundalkan dengan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing!!

Monday, December 05, 2005

dalam pelukanku

...

Cukai jalan kereta aku dah mati. Sejak kelmarin lagi. Tapi bukan itu yang aku nak cerita.

Malam ni, dua tahun lepas, aku minum bersama Spyz dan keluarga. Dia bagi aku pinjam butang baju Melayu. Aku nikah keesokan harinya. Dua tahun lepas.

Pejam celik pejam celik, sudah dua tahun.

Friday, December 02, 2005

Monday, November 28, 2005

Non sequitur

...

Sekitar 9 pagi. Aku ambil gambar ni, kemudian aku tidur.

"Tolong belikan sawi." Dia.

Sampai di kedai, baru aku terfikir: "Macam mana rupa sawi?"!

Aku tidur sepanjang perjalanan. Terjaga hanya di Terminal Bank Negara.

"Ini sawi?"

"Bukan, itu bayam. Sawi dah habis." Penjual sayur.

Sampai di KL Sentral, aku turun. Tak menoleh ke belakang lagi.

Saturday, November 26, 2005

Bagi kamu agama kamu

...

Nota: Jika kau seorang moralis, ketepilah. Juadah ini bukan untuk kau!

Dan. Mereka pun berdebatlah. Sama ada Michelle Leslie itu sudah Islam atau belum. Dan bertanyalah mereka lagi. Kalau betul Michelle sudah Islam, berapa kerapkah dia bersolat? Sudahkah dia berhenti mengambil alkohol? Makanan haram? Sudah berpuasa semasa Ramadan? Bagaimana dengan zakat? Tapi bagaimana pula hubungannya dengan Scott Sutton?

In CourtBila menghadiri perbicaraan, sopan. Sungguh! Buat banyak mata jantan-jantan Malaya tak berkelip. Sambil meneguk air liur. Tentunya!

"Ah! Semua ini untuk perbicaraan saja. Hormati mahkamah!" Kau.

"Semua tu untuk kaburi mahkamah! Kalau di sini, sama macam nak masuk mahkahmah syariah la, dude!" Dia.

Ha ha!

Betul! Kau tengok berapa ramai orang ditangkap khalwat, merogol, meliwat, mencabul, berlaku lucah di khalayak ramai, bila memasuki mahkahmah, semua nak ditutup. Baru jumpa tudung, baru jumpa songkok. Sudah tak nampak lagi apa yang terdedah selama ini. Yang nampak cuma bengkak dan lekuk.

Kononnya, berpakaian nak menghormati mahkahmah, tapi dalam erti kata lain ia menghina mahkahmah! Pakaian boleh menutupi akhlak yang buruk, betul?! Dan, mereka berjaya menipu hakim dan peguamcara. Kau pun tahulah berapa ramai anak gadis yang bertudung, bila di taman-taman bunga, sudah ditelanjangkan di antara pusat ke lutut. Tangan-tangan si kekasih pula sudah asyik meneroka taman larangan. Dan si gadis mengerang-ngerang, berdesah-desah! Sedang mereka masih bertudung!?

Tu belum dicampur lagi perempuan bertudung yang membonceng motor tapi tangan sibuk mencari-cari gear penunggang. Motor? Gear tangan?

MeoOOOooWWW!!Oh! Berbalik pada cerita si cantik manis Michelle. Gambar ini pasti boleh membuat kau mengiau! Atau mengaum. Kalau kau berketurunan kucing besar. Dan buas.

Macam kau tak pernah tengok, perempuan bertudung tapi tak tutup aurat. Pakaian ketat, pakaian jarang. Bikin mereka yang melihat tertoleh-toleh. Tersedak-sedak.

"Jaga pandangan kau! Pakaian adalah hak individu. Biar Tuhan saja yang menilai hati kami," Mereka kata.

Tapi benda-benda percuma ini terus-terusan melintas di depan mata. Dalam pelbagai saiz dan warna. Tepuk dada, tanya iman.

"Di manakah keadilan?!" Nafsu kau menjerit. Testosteron kau meronta-ronta. Mengeras. Tak boleh angkat, dude!

Dan. Kau dan aku pun berfantasi yang macam-macam.

Mereka bingit mengutuk mereka yang baru memeluk Islam tapi tidak mengamalkan cara hidup Islam. Sedang ahli keluarga mereka (atau masyarakat mereka) yang lahirnya sebagai Islam bebas mengamalkan hedonisma. Hipokrit!

Ah! Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.

Ya! Puji-pujian bagi Tuhan, dan hulurkan peluru.

Friday, November 25, 2005

Melepasi Zon Kantuk

...

Geronimo Bayangkan! Kau dan aku. Punya nama seperti kebanyakan peribumi Amerika.

Kuda Gila. Kerbau Duduk. Putik Jagung. Hujan Di Wajah. Mata Putih. Bintang Pagi. Gagak Berawan. Awan Guruh Merah. Si Kecil Tanduk Bagak.

Atau. Kau boleh saja mengambil nama yang menepati iklim setempat. Kalau mahu.

Kiambang Bertaut. Kembang Tak Jadi. Harimau Merunduk. Naga Bersembunyi. Rajawali Bertenggek. Kambing Menanduk. Awan Tergantung. Belati Berdarah. Tempinis Merengek. Kerikil Pecah. Dubuk Kesiangan.

Nama aku? Hujan Tujuh Sungai.

Hah! Cuba kau bayangkan!!

Nota: Semua ini ditulis setelah membaca sejarah Peribumi Amerika, berlatarkan suara majikan lewat dinihari, "Patutlah kerja tak siap. Kau sibuk update blog rupanya!"

Wednesday, November 23, 2005

Lelaki gasar

...

Lelaki gasar seperti aku. Pasti tak punya ramai teman.

Bicara dalam bahasa yang aneh. "Apa frekuensi kau, Kenneth?". Ah! Kami ini spesis yang terancam!!

Tapi inilah lelaki yang selalu berdiri sebelah. Di masa senang mahupun susah. Dulu.

Kini. Setelah hampir tujuh tahun, akhirnya kami bertemu semula.

"Kau nak tangkap gambar aku ke? Biar aku nyalakan rokok ni dulu. Baru nampak ikonoklastik," katanya.

Dia tak banyak berubah. Cuma. Perutnya sahaja yang bertambah bundar.

Dan. Aku percaya, misainya itu tak pernah dicukur. Cuma digunting bila memasuki mulut.

"Kalau kau kena racun, boleh jumpa aku. Misai ni boleh jadi penawar!" Dia. Dengan wajah yang keras.

Dia masih berlawak seperti dulu. Walau sekarang sudah jadi guru. Nun! Jauh di Kudat.

Entah bila kita boleh berjumpa lagi.

"This isn't a tale of heroic feats. It's about two lives running parallel for a while, with common aspirations and similar dreams." Ernesto Guevara de la Serna

Tuesday, November 22, 2005

Tendang K, gantikan dengan L

...

Sudah jadi klise. Kalau disebut lagi, boleh jadi dosa.

Dan. Inilah dosaku: "Manusia berubah"!

Sama ada kau suka atau tidak. Itulah kenyataannya. Manusia berubah.

Tak kiralah, bertambah baik atau bertambah buruk.

Tujuh tahun, beb! Sudah tentu, 'manusia' itu berubah.

Kalau kau buntingkan perempuan tujuh tahun lepas, mungkin anak kau itu sudah mula bersekolah.

Dalam sekelip mata segalanya boleh berlaku, inikan pula tujuh tahun.

Dalam tujuh tahun, 'manusia' itu sudah bertambah hebat. Dan sahabat-sahabat di sekelilingnya cuma keldai tunggangan untuk dia sampai ke destinasi impiannya. Kepala-kepala sahabatnya inilah yang menjadi tangga untuk dia terus naik. Ke atas. (Takkan ke bawah, pula?)

Hah! Kau dan aku tertawa. Melihat 'manusia' itu bermegah-megah. Mungkin dia fikir, dia boleh menongkat langit. Selamanya.

Dian, tujuh tahun lagi awak sudah mula bersekolah. Tujuh tahun lagi, hidup lagikah Abah?!

Ah! Tujuh tahun lagi punya cerita, kau nak cerita sekarang buat apa?!

Hah!

Thursday, November 17, 2005


Eating is fun v.02 Posted by Picasa

Wednesday, November 16, 2005

Sentuh dan pergi

...

Kau nak tahu bagaimana pertengkaran itu bermula?

Pagi. Si lelaki memandu ke tempat kerja. Sampai di tol, menuju ke laluan TnG.

Tet!

Kemudian. Palang tak terangkat. Di skrin. Baki kurang.

Kemudian, terkedek-kedek datang gadis tol yang cantik manis. Tapi mulutnya semacam puaka.

"BAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA BIIIIIIIII," lelaki menjerit. Memang sepanjang itulah harakatnya. Dari dalam kereta. Bila sudah melepasi palang.

Kereta dimatikan. Buka dompet. Wang kurang daripada RM20.

Nak top-up kejadah apa!

Lelaki keluar dari kereta. Melihat jam. Pasti lewat lagi sampai ke pejabat.

"Tak boleh bagi tiket ke?" Lelaki. Separuh menengking. Dengan muka yang bengis.

Gadis tol, terkedek-kedek berlari ke pondok sebelah.

Lelaki lihat jam. Setengah minit, seminit, seminit setengah...

"Minta maaf ya, bang," Gadis tol. Menghulurkan tiket.

Tiket dicapai. Masuk kereta. Hidup. Memecut ke Bangsar.

Semasa memecut, capai handphone. Tet tet tet!

"Baguslah awak, TnG dah habis pun tak nak bagitau. Nyusahkan orang betul!"

Hantar.

Beberapa minit kemudian. Terima.

"Padan muka. Siapa suruh tak tanya! Salah sendiri nak salahkan orang."

Tet tet tet!

"Nak kena tanya dulu ke? Dah awak yang pakai kereta, bila TnG habis bagitaulah. Tidaklah nyusahkan orang."

Hantar.

Terima. Hantar. Terima. Hantar.

Dari cerita sekecil habis baki TnG, hinggalah kisah anak.

Lelaki sudah menduga akan bertengkar. Cuma menunggu masa dan ketika. Semalam, bau belerang sudah berlegar di udara. Dan pagi ini, dia tidak perlu menunggu lebih lama. TnG adalah picunya.

Dan gunung berapi itupun meletuplah. Sekonyong-konyongnya. Dan berbogellah alam semesta.

Terima kasih TnG. Dan juga mulut puaka yang cantik jelita.

* Kisah ini hanya fiksyen. Hah!

Tuesday, November 15, 2005

Betul

...

Apa saja yang kau dengar dari mulut mereka memang betul. Aku takkan menafikannya. Ya, apa saja.

Monday, November 14, 2005

JB, tunggu aku datang!

...

Sepatutnya sudah bertolak ke JB. Tapi masih tersangkut lagi di office. Masih ada beberapa RFQ yang belum disiapkan.

Dian dah keletihan. Merengek-rengek menahan kantuk. Hingga tertidur di sofa.

Puteri Beradu Entah pukul berapa nak sampai JB?!

Janji nak makan tengahari bersama Tok Rimau. Nanti. Tapi tengoklah dulu, kalau tiba-tiba ada perubahan.

Wednesday, November 09, 2005

Get to know me. Better.

...

Your view on yourself:
Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education:
Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.

The right job for you:
You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.

How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.

What are you most afraid of:
You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:
You like privacy very much because you enjoy spending time with your own thoughts. You like to disappear when you cannot find solutions to your own problems, but you would feel better if you learned to share your thoughts with a person you trust.

How well do you get along with others?
You can make friends with anyone and are always interested in what people have to say, but you can also spend time alone quite happily and without getting bored. You don't overreact to things around you, and people consider you to be a bit of a cool cucumber.

*Berdasarkan ujian yang diambil di sini dan sini

Universiti Kedua

 

Dulu. Aku pernah bercita-cita nak habiskan masa di penjara.

Sebelum hidup bekeluarga. Dulu. Semasa asyik dihempap masalah-masalah yang seberat balak. Aku nak duduk di penjara. Dan buat apa yang aku suka.

Membaca. Berfikir. Atau menulis, kalau sudah bosan membaca.

Tapi sebab susah sangat nak memilih kesalahan apa yang nak dibuat, aku abaikan saja cita-cita aku.

Aku bukan reformis. Bukan pemberontak jalanan. Aku tak layak jadi tahanan politik.

Kalau merogol lagi parah. Aku takut lubang belakang aku dirodok banduan lain dengan batang. Penyapu. Dan mop. Adeh!! Tak sanggup...

Kalau membunuh. Siapa yang aku nak bunuh? Lipas? Cicak? Kucing? Sebab apa?

Nak mencuri atau merompak, aku takut tak sempat sampai penjara. Mungkin aku sudah dibedal sampai mati. Atau ditembak sebaik saja keluar dari bank dengan hasil rompakan.

Mengedar dadah? Mungkin kena gantung. Sehabis bicara.

Menipu? Pecah amanah? Rasuah? Aku terlalu baik untuk kesalahan seperti ini.

Aku nak masuk penjara untuk masa yang panjang. Dan kemudian. Boleh keluar semula untuk bercerita tentang pahit maung hidup dalam penjara. Apa yang aku sudah belajar di Universiti Kedua.

Dulu.

Monday, November 07, 2005

1 Syawal


Raya di Sayong Posted by Picasa

Saturday, October 29, 2005

Kulaifornia, Gopenghagen mahupun Hulu Purdue

...

Kawan-kawan yang kita suka. (Atau tak berapa suka. Tapi sebab dah anggap macam kawan, terpaksalah suka. Atau buat-buat suka.)

Minta maaf dari aku sekeluarga. Kalau ada terkasar bahasa. Terlanjur laku. Sengaja atau tidak. Minta maaf.

Halalkan makan minum. Paw rokok dan segalanya.

Kepada yang balik beraya. Tak kira di mana juga. Kulaifornia, Gopenghagen mahupun Hulu Purdue. Selamat berhari raya. Berhati-hati ketika memandu. Jangan berlumba, walaupun kereta belakang dah mencucuk-cucuk. Macam dia sorang je nak balik kampung. Macam dia sorang nak jumpa sanak saudara. Tut tut tut tut tut tut! @#$%@#%@#%*&!!

Ops.. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

* Aku beraya di Kuala Kangsar tahun ni. Terima kasih kerana bertanya.

Thursday, October 27, 2005

!

...

Apa falsafah hukuman Islam? Keadilan dalam Islam? Berat sebelah perundangan sering membuat wanita menjadi mangsa ketidakadilan? Salah siapa? Apa jalan penyelesaiannya? Siapa yang boleh cuci semua tong najis ni?

Kenapa terdapat mereka yang mendakwa al-Qur'an itu sebagai petunjuk sepanjang zaman, bila berdepan dengan realiti semasa, mahu memutar kembali masa ke zaman silam? Lari dari teknologi? Masuk ke bawah tempurung jumud?

Saji sudah dibuka. Aroma makanan dah menusuk hidung. Kita lihat sejauh mana 'makanan' ini sesuai untuk sistem hadaman.

Tuesday, October 25, 2005

Carut Marut Karut v.7

...

Matahari sudah hampir terbenam. Tapi Dinheiro Grande, jika itulah namanya, tidak punya walau sebiji gula-gula pun untuk dibuat berbuka. Dia pantas berlari ke seberang jalan. Tidak menghiraukan tentang keselamatannya.

Dia masuk ke kedai runcit 24x7 yang terletak di bucu simpang. Mengeluarkan beberapa biji gula-gula dari balang di rak berhampiran. Menaburnya ke atas kaunter. Senyuman daripada si cashier yang manis itu, sedikitpun tidak dihiraukan.

Dia meraba poket belakang. Dompet dikeluarkan. Mencari-cari wang. Tapi sayang, ia hanya dipenuhi resit-resit dan kad-kad nama daripada entah siapa. Dia hampir mencarut. Untuk keseribu kalinya.

Dinheiro memeriksa lagi dompetnya. Dengan lebih teliti, kali ini. Mencari keping-keping syiling, jika ada.

Tiada.

Hanya resit-resit dan kad-kad nama. Kertas. Sampah.

Gula-gula yang bertaburan di atas kaunter ditinggalkan. Dia berlari keluar dari kedai itu. Meninggalkan si cashier terpinga-pinga.

Dia berlari ke lorong belakang kedai runcit 24x7 itu. Mencari tin kosong. Jumpa. Dia menyelongkar kembali dompetnya. Resit-resit dan kad-kad nama itu dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam tin itu.

Dinheiro mencari ruang. Jauh dari pandangan orang ramai.

Bila percaya tiada orang memerhatikannya, dia segera membuka zip seluarnya. Dan terus memancut ke dalam tin yang dipenuhi resit-resit dan kad-kad nama tadi.

Mata dipejam. Nikmat. Sudah lama dia menahan.

Bila selesai, mata dibuka. Zip seluar kembali ditarik ke atas. Kemas. Tin yang terisi sampah dari dompetnya dan juga hasil pancutannya, dikocak perlahan.

Kocak, kocak, kocak dan kocak.

Kertas-kertas itu beransur menjadi kepingan wang. Dia mengocak lagi. Hingga akhirnya kesemua sampah sarap dari dompetnya itu benar-benar menjadi wang.

Tin ditonggengkan untuk membuang air hasil pancutannya tadi. Bila air hampir tidak bersisa, wang pun dikeluarkan dari tin itu.

Wang digenggamnya. Bau daripada hasil pancutannya tadi masih ada. Tapi dia tak peduli. Dia tahu, tiada siapa pun peduli. Wang tetap wang, walau apapun baunya.

Dia melangkah masuk semula ke kedai 24x7 itu. Mencapai gula-gula yang sudah disusun kembali oleh si cashier yang manis. Dinheiro menghulurkan wang di tangannya.

"Maaf, basah sikit. Terjatuh dalam longkang."

"Tak mengapa. Masih laku," balas si cashier, tersenyum manis. Menerimanya dengan cermat.

Si cashier menyerahkan wang baki. Dinheiro mengambil bakinya dan gula-gula. Membalas senyuman si cashier.

Melangkah keluar. Azan Maghrib berkemundang dari corong masjid berhampiran.

Bungkusan gula-gula dibuka rakus. Plop! Gula-gula dimasuk terus ke mulutnya.

Hampir sahaja dia mencarut. Buat keseribusatu kalinya. Baru teringat, yang dia terlupa mencuci tangan bila selesai memancut di lorong belakang. Tadi.

Ah! Gula-gula tetap gula-gula, walau apapun rasanya.

?

...

Pagi ini sungguh nyaman, bukan?

Semalam. Barangkali.

Malam seribu bulan.

Ah! Rugi. Terlepas.

Kau hanya perasan bila ia sudah berlalu.

?!

Monday, October 24, 2005

Carut Marut Karut v.6

...

Apa kaitan ruang udara untuk latihan ketenteraan dengan pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak yang menyumbang pada kekotoran air di Selat Tebrau?

Kalau memandu di pulau sebesar lubang hidung itupun, kau tak perlu sempat nak guna gear 5, jadi memang perlulah mereka menagih simpati negara jiran untuk meminjamkan ruang udara kepada tentera udara mereka.

Tapi bukan sekali dua kapalterbang terlepas bebas ke ruang udara sebelah sini. Yalah, kami faham. Negara kecil saja. Baru berlepas dari landasan sudah sampai ke pantai. Dan kapalterbang tak punya brek. Nak main kejar-kejar dalam ruang udara yang sebesar lubang hidung juga tak berapa seronok.

Tapi kapalterbang mereka berkuasa tinggi. Mengikut legendanya, satu kapalterbang sudah cukup untuk memusnahkan 3 buah kapalterbang musuh ketika bertempur di udara. Kalau nak kejar? Makan asap je la lu orang, beb!!

Jambatan boleh tunggu. Nanti kalau dah dapat ruang udara, siapa yang peduli pasal air kotor tu semua? Semua boleh kitar semula. Air kumbahan pun mereka boleh kitar semula, botolkan dan minum.

Apa yang susah sangat?

Oh! Ya. Selamat membeli belah untuk hari raya di Plaza Angsana untuk penduduk negara di sebelah sana. Nak balik nanti boleh isi minyak kereta penuh-penuh. Dan jangan risau, di negara sebelah sini boleh pakai gear 5. Bawalah kereta tu macam negara lu orang yang kasi duit.

Hah!

Thursday, October 20, 2005

Bila Radio Era mahu dihumban ke laut

...

Aku cuba nak jadi nujum. Bila si mulut puaka dari Sri Gading tu bersuara lagi. Di dalam parlimen. Mungkin inilah yang dia mahu buat.

Hah!

Wednesday, October 19, 2005

Monday, October 17, 2005

Jewish Kacau

Tahniah!!


Harold Pinter Posted by Picasa

Lompat
>> Pinter, theater's explorer of menace, awarded Nobel
>> Harold Pinter's surprise 75th birthday present
>> Pinter Wins Nobel for Dramas of Ominous Power Struggles
>> Pinter Wins Nobel Prize in Literature
>> Pinter wonders if anti-Iraq war cry helped him to Nobel glory
>> Pinter's prize
>> British Playwright Harold Pinter Wins Nobel Prize for Literature
>> Fear and Miscommunication in Pinterland

Singgah sahur

...

Sudah melewati pukul 10 malam. Telefon berdering. Angkat.

"Oit! Jom keluar. Sahur. Ramai yang turun malam ni."

"Kat mana? Aku kena tunggu bini aku bagi isyarat dulu."

"Isyarat? Isyarat apa?!"

"Kalau dia tidur ngadap kiri, aku keluar. Kalau ngadap kanan, aku sahur kat rumah saja."

"Kalau bini kau tidur telentang?!"

"Aku sahur besarlah malam ni. Ha ha ha!!"

* Entri ini adalah imaginasi nakal aku semata-mata. Tidak ada kena-mengena dengan mana-mana GJ yang gagal mendapatkan perlepasan dari pasangan masing-masing untuk keluar bersahur kelmarin. Sekian.

Wednesday, October 12, 2005

Sampai bila?

...

"Sampai bila?" dia tanya aku. Sambil teresak-esak. Di dalam gelap.

Aku pula terkebil-kebil. Di dalam gelap. Tak tahu nak jawab apa.

Bukan niat aku nak pisahkan mereka. Aku sayang keduanya. Kalau boleh aku pun mahu kami semua tinggal di bawah satu bumbung.

Tapi kita tak boleh sentiasa mengharapkan orang lain untuk memahami kita. TOLERANSI adalah benda yang mahal walaupun dari sahabat sendiri.

Itulah masalahnya. Yang paling besar dan degil.

Menyebabkan aku terkebil-kebil. Di dalam gelap.

Friday, October 07, 2005

...

Pro and con are opposites,
that fact is clearly seen.
If progress means to move forward,
then what does Congress mean?

Nipsey Russell

Tuesday, October 04, 2005

Bila Hattan mahu dihumban ke laut

...

Dulu kecoh bila Negaraku tidak dihormati. Kemudian kecoh mahu Negaraku dinyanyikan di majlis-majlis formal. Sekarang kecoh lagi pasal Negaraku dan Hattan mahu dikambinghitamkan.

Oit! Bukan ini menteri yang sama yang menyokong usul Ketua Pembangkang? Mahu jadi hero? Mahu tunjuk siapa yang lebih patriotik?

Kepala hangguk kaulah mangkuk!

Monday, October 03, 2005

Akhirnya mimpi jadi nyata


Jiwa Kacau Posted by Picasa

Aku: Kalau ada duit, kau buatlah apa yang kau suka. Tapi kalau macam sekarang, terpaksalah ikut telunjuk orang yang kasi duit.

Tok Rimau: Wang pada orang dangkal amat bahaya. Kemiskinan pada orang cerdik amat menyedihkan. Wang jadi minyak untuk dunia berpusing.

Thursday, September 29, 2005

Out-Hamlet Hamlet in morbidness of mood

...

Kau pernah tak terfikir pasal mati semasa memandu laju? Aku?

SELALU.

Aku terasa khayal bila lampu dari kenderaan di hadapan menyilaukan mata. Dan memandu pula di jalan yang tidak rata dan sempit. Ditambah pula bila dikejar dari belakang. Oleh kereta yang sama gilanya. Laju. Masing-masing mahu menipu maut.

Bangsar. Mahameru. Jalan Kuching. Selayang. Bukit Rimba Templer. Rawang. Bandar Tasik Puteri.

Fuh!! Aku tak tahu pula memandu laju boleh menyebabkan ketagihan.

Bukan. Bukan mahu berlumba. Kereta kecil sajalah, beb!!

Kadang-kadang perasaan ingin tahu meluap-luap. Ingin tahu apa akan jadi kalau aku tiba-tiba bertembung dengan kenderaan dari hadapan. Atau tayar tiba-tiba meletup dan aku gagal mengawal kereta.

Kalau nasib baik, kau boleh baca ceritanya keesokkan hari di muka hadapan. Kalau tidak, mungkin di muka dua atau tiga. Atau mungkin tidak dilapor langsung. Kerana tidak ada nilainya. Mati seperti katak. Atau lipas.

Sapu saja bangkainya. Ke longkang. Tidak perlu bertalkin. Menangis. Menyiram air mawar dan bunga rampai.

Katak. Lipas. Mati. Mampus!

** ** **

"Hah! Sah orang sebelah bilik kita tu awek. Tu kereta dia."

"Oit! Tu kereta aku la."

Wednesday, September 28, 2005

DWB

...

Driving While Black, DWB, is the name given to the nonexistent 'crime' of being a black driver.

It is probably a parody of Driving While Intoxicated (DWI). It refers to the idea that a motorist can be pulled over by a police officer simply because he or she is black. This concept stems from a long history of racism in the United States, United Kingdom, and other countries. It also may be a reference to racial profiling, as employed by many police forces.

* Retrieved from "http://en.wikipedia.org/wiki/Driving_While_Black"

Friday, September 23, 2005

Alone

...

"There is only one thing worse than feeling hopeless, helpless and worthless. And that is feeling hopeless, helpless, worthless and alone."

Buku resepi


Pandai memasak Posted by Picasa
Pub: Crescent News, 2000, 702 pp.
ISBN 983-061-060-8

Dulu.

Ceritanya begini.

"Eh! Kita nak beli buku masakan nilah. Awak ada duit tak?"

"Kan awak dah banyak buku resepi."

"Nak juga!!"

"Eh! Diorang ni tak buat buku resepi RAJIN MEMASAK ke?"

Dia tak jadi beli buku tu.

Aku? Makan di kedai saja. Malam itu.

Dulu.

Tuesday, September 20, 2005

Pukul berapa Datuk Harimau?!


Sedap juga kepala harimau siberia ni, ya? Posted by Picasa



Hari-hari mau... Aumm aumm...

Mau! Mau!!

Lagi! Lagi!! Mau!! Lagi!!

Mau!! Hari-hari!!!

Aummm aummmm!!!


Lompat
>> Naga
>> Naga (lagi)
>> Tok Rimau
>> Tok Rimau (lagi)
>> Op
>> Spyz
>> Basri

Friday, September 16, 2005

Neque porro quisquam est qui dolorem ipsum quia dolor sit amet, consectetur, adipisci velit...

...

Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae ab illo inventore veritatis et quasi architecto beatae vitae dicta sunt explicabo. Nemo enim ipsam voluptatem quia voluptas sit aspernatur aut odit aut fugit, sed quia consequuntur magni dolores eos qui ratione voluptatem sequi nesciunt. Neque porro quisquam est, qui dolorem ipsum quia dolor sit amet, consectetur, adipisci velit, sed quia non numquam eius modi tempora incidunt ut labore et dolore magnam aliquam quaerat voluptatem. Ut enim ad minima veniam, quis nostrum exercitationem ullam corporis suscipit laboriosam, nisi ut aliquid ex ea commodi consequatur? Quis autem vel eum iure reprehenderit qui in ea voluptate velit esse quam nihil molestiae consequatur, vel illum qui dolorem eum fugiat quo voluptas nulla pariatur?

Tuesday, September 13, 2005

Bila kata dikota

...

Dengan selaras senapang di tangan kiri. Atau secangkir racun di tangan kanan. Atau kau sudah memandang ke bawah melihat kereta yang cuma sebesar semut. Atau dengan mengikat tali ke siling. Berjingkit di atas kerusi. Antara sampai dan tidak.

When a blind man cries
(Words & music by Ritchie Blackmore, Ian Gillan, Roger Glover, Jon Lord and Ian Paice)

If you're leaving close the door
I'm not expecting people anymore
Hear me grieving, lying on the floor
Whether I'm drunk or dead, I really ain't too sure

I'm a blind man
I'm a blind man
And my world is pale
When a blind man cries
Lord you know
There ain't no sadder tale

Had a friend once in a room
Had a good time but it ended much too soon
In a cold month in that room
We found a reason for the things we had to do

I'm a blind man
I'm a blind man
Now my room is cold
When a blind man cries
Lord you know
He feels it from his soul


>> The meaning of suicide in literature

Monday, September 12, 2005

"Aku" inikah yang kau mahukan?

...

Aku tetap aku. A-K-U.

Bukan! Ini bukan kisah ego. Bukan juga kisah bayangan yang melompat keluar dari cermin.

Ada orang pernah cakap, man is like a rubber band. Agaknya, kalau ditarik dan dilepaskan, ia melibas kuat. Sakit, beb! Betul, wa tak tipu! Tapi kalau selalu sangat ditarik, ia boleh hilang keanjalannya. Kendur.

Ha ha! Aku tau kau ketawa suka bila aku cakap pasal yang kendur-kendur. Apa yang tegang tu, dude?! Kau mengekek ketawa lagi. Menutup mulutmu. Menahan gelak yang hampir tersembur lagi. Muka merah menahan malu. Takut dituduh tidak siuman.

Atau mungkin tekak kau tiba-tiba terasa mual. Mahu muntah? Barangkali.

Hei! Ini cerita akulah. A-K-U.

Aku yang ini bukannya imej lelaki yang kau mahu lihat. Bukan! Bukan! Bukan! Bukan lelaki yang berjiwa muluk, berhati tulus, berkulit mulus. Aku adalah aku. A-K-U.

Berapa kali kau nak aku terangkan?! Aku bukan sang lelaki yang terbentuk dari tanah liat yang kau boleh uli sesuka hati. Bukan juga bayang lelaki yang kau renung di dalam mangkuk di rumah tok bomoh.

Bukan!

Bukan juga lelaki yang kau semua sorakkan bila ternampak di dada akhbar atau di kaca TV.

Hah! Bukan! Bukan! Bukan!

Kau bercinta dengan siapa sebenarnya? Dengan aku atau imej yang kau cipta yang kononnya itulah A-K-U?

Kenapa susah benar kau mahu percaya, yang aku ini bukannya A-K-U yang kau selalu baca di sini. Bukan!

Lompat
>> Salahkah aku mencintai KAU?

Thursday, September 08, 2005

Bengkel JIWA KACAU


Depan kamera dari kiri: Spyz, Naga, Tok Rimau, Basri dan Saharil. Belakang kamera: Jigo Posted by Picasa

Wednesday, September 07, 2005

Carut Marut Karut v5

...

Kalau kau tanya aku, kat mana tempat dalam dunia ni yang aku nak berada buat selama-lamanya. Aku akan bagitau kau cuma satu tempat saja.

Di sisi Dian.

Bukan! Bukan Dian Sastro. Dian. Puteri aku.


Ujian memandu bersama En. Humpty Dumpty yang berlakon sebagai Pegawai JPJ Posted by Picasa

Hah!

Tuesday, September 06, 2005

Jawatankuasa Editorial (JKE) JIWA KACAU

Mari kita tengok siapa yang kena... Ha ha


Ada Apa Dalam Baldi? Posted by Picasa

KATERR Tok Rimau BILERR aku sampai, "Kau ada salah dengan aku!" Ha ha!

Sori LERR dude. Akukan suka memberontak. Kaupun satu, aku cakap apa pun susah nak terima sekarang. Nasib baik LERR ADERR Naga yang sudi cakapkan bagi pihak aku.

Naga KATERR, "Aku takut nak baca Jigo punya. Mamat ni macam ada pistol je kat tangan dia. Bila-bila masa je boleh BANG!"

Ha ha!

Op KATERR, BILERR aku minum milo dari gelas yang Tok Rimau dah minum, "Nanti kau dengar kata Tok."

Sebelum TUE, biar aku jelaskan. Wong-wong Jowo ada petua nak kasi anak-anak dengar kata mak bapak. Sebelum beri anak-anak minum, mak bapak tuang air sikit dulu dalam cawan (atau gelas) dan minum terlebih dahulu. Lepas TUE baru tuang air dalam cawan (atau gelas) yang sama dan beri anak minum.

Tu Wong Jowo punya petua LERR. Aku? Tak berapa WORLD!

Balik pada CITERR tadi.

Aku KATERR, "Tak. Aku tak dengar cakap Tok Rimau."

Tok Rimau sambung, "Jigo dengar tapi dia tak ikut"

Ha ha!

Saharil TANYERR bila aku tegur dia tersalah eja nama SN, "Ada apa lagi yang salah?"

Oops!! Ha ha! Oh! Ya. Hari TUE juga baru aku tau, Saharil TUE junior aku masa sekolah dulu.

Tak! Saharil bukan jambu aku!!

Sunday, September 04, 2005

Seni Perbualan #1

#1 Jangan sesekali melompat keluar dari topik tanpa isyarat. Kau mungkin mengundang bencana!

Contoh yang kurang bijak

En. R: Isteri kau baca blog kau tak?
En. N: Dia baca tapi dia tak paham. Jadi tak ada apa masalahlah.
En. B: Semuanya putih ya?

Aku yang duduk di sebelah En. B, hanya melihat En. N mendengus dan sekilas itu juga suara hatiku berkata, "Oh! Sh!t!!"

Riak wajah En. N berubah menjadi tegang. Aku rasa bila-bila masa saja meja boleh diterbalikkan dan En. B tersembam ke tanah.

En. N: Kau cakap pasal isteri aku ke?

Sebenarnya, En. B bertanyakan tentang kulit buku, tapi oleh kerana dia melompat keluar dari subjek, dia meletakkan dirinya dalam risiko dihembus api oleh En. N.

Hah!

Lompat
>> Op
>> Basri

Wednesday, August 31, 2005


Dian dan Atuk Posted by Picasa

Tuesday, August 30, 2005

Jiwa Kacau


JIWA KACAU- Akan mengacau dan meracau di pasaran Posted by Picasa

JIWA KACAU
ISBN 983-42734-0-1

‘Kawan-kawan yang kita suka’ (mungkin juga yang kau tak suka! Tapi pedulik hapa aku!!) menulis di dalam JIWA KACAU terbitan MAK ITAM NETWORK ENTERPRISE.

Geng lain jual RM22 (HARGA PROMOSI RM19 senaskah + HARGA pos express RM3).

Tapi aku jual harga rata RM20 (sudah termasuk pos ekspres). Cepat! Tawaran ini hanya sah untuk 7 orang terawal saja.

PROMOSI BERAKHIR PADA 19 SEPTEMBER 2005
Sekarang buku ini dalam proses penyuntingan akhir dan percetakan. Penghantaran dijangka dapat dibuat dalam bulan Oktober.

TEMPAH SEKARANG GAK
Jadilah antara orang pertama yang dapat menggigit-gigit buku bertuah ini. Kalau lambat, alamat main sabun sajalah korang.

CARA MEMBELI

1) Cari Mesin Deposit Tunai Maybank atau login di Maybank2u.com

2) Deposit/Transfer RM20.00 ke akaun Maybank 1012 9905 0865 (MOHD IQBAL BIN SIRAJUDIN)

3) Simpan bukti deposit. (ATM/kaunter: slip. Maybank2u.com: cetak dan simpan bukti transaksi.)

4) Email aku di anarkismelayu[AT]yahoo[DOT]com dengan maklumat berikut:

Nama :
Alamat :
No. Telefon :
Tarikh Transaksi :
Nombor Transaksi :

Monday, August 29, 2005


Hari Puja Umur Posted by Picasa

Pengkhianat bangsa

...

Kau takkan terfikir bagaimana mudahnya untuk kau layak digelar 'pengkhianat bangsa' hingga seorang menteri muda itu berkuasa.

Gagal menyiapkan kontrak saja, kau sudah layak bergelar 'pengkhianat bangsa'. Dan pesanan untuk Lembaga Pengarah MAS, jangan cuba-cuba untuk melantik orang asing. Nanti kamu semua juga layak menjadi 'pengkhianat bangsa'. Kerana membenarkan 'penjajahan' berlaku semula.

Aku pun keliru atas kapasiti apa dia bersuara. Adakah kementeriannya sudah cukup gah hingga dia boleh berkokok sesuka hati?

Kalau sesiapa yang tak kenal dengan menteri ini, ini satu klunya. Menteri ini pernah merokok di atas pentas kerana menggelupur kepanasan setelah diserang bertubi-tubi oleh para mahasiswa ketika siri jelajah seluruh negara akibat penyingkiran seorang timbalan perdana menteri dahulu.

Merokok di atas pentas? Kau tak faham apa maksudnya? Read between the lines, beb!! Aku tau kau lebih cerdik dari menteri yang cepat melatah ini.

Hah!

Friday, August 26, 2005

Setahun yang sudah

...

Dian,

Sebenarnya Abah tak tahu nak tulis apa. Abah fikir, Abah boleh tulis sesuatu yang istimewa. Tapi Abah tak tahu nak mulakan dari mana. Abah tulis. Abah padam. Abah tulis. Abah padam.

Abah bukan uncle Kampo awak. Dia pandai tulis yang tulus dari hati. Dia pemerhati yang hebat. Walaubagaimana tulus pun Abah, Abah tidak mampu tulis sebagus dia.

Tapi Abah janji. Kalau Abah ada masa, Abah cerita apa yang berlaku setahun yang lepas. Tapi itu cerita yang terlalu istimewa untuk ditulis di sini. Abah nak bisikkan di telinga awak. Masa awak tidur nanti. Supaya awak mimpi yang indah-indah. Dan sentiasa ingat bagaimana susahnya Mummy nak lahirkan awak dulu.


Kad Pengenalan awak yang berwarna merah jambu Posted by Picasa

Maaf, tak ada kek untuk awak. Awak kecil lagi. Belum sesuai nak makan kek. Nanti awak sakit perut, Abah dan Mummy juga yang susah. Ingat lagi bila Atuk suapkan awak makan durian dan kemudian awak cirit birit? Kesian Abah tengok Mummy risau.

Hah! Tapi tu semua alasan je. Sebenarnya gaji Abah belum masuk lagi. Hah!

Kalau ikut uncle Spyz awak, Abah patut hadiahkan awak adik! Ah! Kesian kat awak. Muda-muda lagi dah kena berkongsi kasih. Dahlah Abah dan Mummy tak luangkan banyak masa dengan awak. Kalau ada adik lagilah Abah dan Mummy tak ada masa untuk awak.

Tapi dengar sini, Dian. Ada kek atau tak ada kek, ada adik atau tak ada adik, awak mesti percaya, Abah sayangkan awak. Sangat sangat sangat sayangkan awak.

Tak kiralah kalau Abah selalu jerit-jerit kat awak bila awak menangis masa nak tidur. Atau Abah marah bila awak main pasir dan letakkannya atas kepala. Atau awak selalu selongkar rak di dapur dan sepahkan semua bawang dan kentang. Atau awak bawa buku Abah ke bilik air dan rendam dalam baldi.

Abah tetap sayangkan awak.

Muah!! Selamat hari lahir, sayang!!

Thursday, August 25, 2005

Tuhan sudah mati

...

Tidakkah terdengar oleh kau, tentang seorang lelaki gila yang memasang pelita di pagi yang terang, berlari ke pasar seraya berteriak tanpa hentinya, "Aku mencari Tuhan! Aku mencari Tuhan!"

Dan di sana, mereka yang tidak mempercayai Tuhan berdiri memandangnya sambil tertawa. Kau kehilangan Dia? Atau Dia sesat seperti si anak kecil? kata yang lain? Atau bersembunyikah Dia? Takutkan kami? Sudah pergi berkelana? Atau berpindah? Justeru itu, mereka menjerit dan tertawa. Lelaki gila tadi merapati mereka dan melemparkan renungan yang tajam bak belati.

"Ke mana Tuhan pergi?" teriaknya. "Biar aku beritahu kamu. Kita sudah membunuhNya - kau dan aku. Kita adalah pembunuhNya. Tapi bagaimana kita sudah lakukannya? Bagaimana mungkin kita meminum sehingga habis selautan? Apa yang kita buat untuk membebaskan dunia dari belenggu mataharinya? Ke mana tujunya sekarang? Ke mana kita menuju sekarang? Jauh dari semua matahari? Tidakkah kita senantiasa gagal? Ke belakang, ke tepi, ke hadapan, di semua arah? Adakah atas atau bawah lagi? Tidakkah kita bergelandangan dalam ketidakpastian yang tidak berpenghujung? Tidakkah kita merasai hembusan nafas ruang kosong? Tidakkah ia semakin mendingin? Bukankah, malam makin kerap menghampiri? Tidakkah harus pelita dinyalakan di siang hari? Tidak terdengarkah kebisingan sang penggali kubur yang sibuk mengkebumikan Tuhan? Tidak terbaukah busuk mayatNya? Tuhan juga mereput. Tuhan sudah mati. Tuhan tetap mati. Dan kitalah yang yang membunuhNya. Bagaimana harus kita, pembunuh segala pembunuh, memujuk hati sendiri? Dia yang Maha Suci dan Paling Agung di antara segalanya sudah berdarah hingga mati dengan pisau kita? Siapa yang dapat membersihkan darahNya dari tubuh kita? Dari air mana dapat kita membersihkan diri kita? Apa pesta penebusan, apa permainan keramat yang perlu kita reka? Bukankah perbuatan ini terlalu hebat untuk kita? Tidakkah kita harus menjadi Tuhan sewenang-wenangnya atas perbuatan ini? Tiada perbuatan yang lebih agung; dan sesiapa yang lahir selepas kita - untuk perbuatan ini harus menjadi peristiwa teragung dari segala peristiwa."

Di sini, lelaki gila itu terdiam dan merenung para pendengarnya; dan mereka sudah terbungkam dan memandangnya kekaguman. Akhirnya dia mencampak pelitanya ke tanah, dan ia pecah dan terpadam. "Aku sampai terlalu awal," dia berkata; "masaku belum tiba lagi. Peristiwa yang hebat masih dalam perjalanan ke mari, masih mengembara - belum lagi terdengar oleh manusia. Guruh dan petir perlukan masa, cahaya bintang perlukan masa, tiap perbuatan perlukan masa walaupun selepas ianya berlaku, sebelum ia dapat dilihat dan didengar. Peristiwa ini lebih dari jauh dari mereka berbanding jauhnya bintang - akan tetapi mereka sudah melakukannya."

Dan ia lebih lanjut diceritakan pada hari yang sama, si gila tadi memasuki masjid ketika imam membacakan khutbah. Dibawa keluar dan cuba disenyapkan, dia berkata lagi: "apa gunanya masjid ini kalau ia bukan kubur atau pusara Tuhan?"

Nota: Ini terjemahan bebas tulisan Nietzsche: The Gay Science (Joyous Wisdom).

Satu hari sahaja lagi. Yeah!! Posted by Picasa

Wednesday, August 24, 2005

Carut Marut Karut v4

...

Negara dekat-dekat sini juga. Terlalu banyak jenayah. Banduan penuh di penjara. Sungguhpun begitu, kes-kes jenayah banyak juga yang belum dibicarakan lagi. Kes bunuh, rogol, rompak, salahguna dadah dan sebagainya sudah menyenakkan helaian akhbar-akhbar perdana.

Kementerian Kehakiman mengambil langkah drastik. Bicara semua OKT (Orang Kena Tuduh) ala-ala Akademi Fantasia.

Bermulalah episod Mahkamah Fantasia. 12 kes jenayah dipilih secara rambang dari ribuan kes yang belum dibicarakan. Kesemua 12 OKT dikumpulkan di sebuah banglo yang penuh dengan kamera rahsia. Jadi penonton dapat lihat muka pecah rumah mahupun muka rumah pecah tersiar setiap hari di Diari Mahkamah Fantasia yang disiarkan setiap jam 12.

Penonton mempunyai kebebasan penuh untuk mengundi samada membebaskan atau memenjarakan OKT. Seperti format AF, MF juga menggunakan sepenuhnya sistem undian melalui SMS, telefon atau butang peranti kawalan jauh.

Dalam siri yang ditayangkan di kotak bodoh itu, pengacaranya akan menggunakan segala kuasanya untuk membuat penonton mengundi dan mengundi dan mengundi dan mengundi dan mengundi dan mengundi. Jadi tidak kiralah, jika dia terpaksa menangis bila ada OKT yang terpaksa dipenjarakan selepas tersingkir dari episod MF yang penuh tragis dan kepiluan.

Sistem penjurian? Jika mahu, boleh jemput Pak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Warden-warden penjara (atau lebih manis jika dipanggil Universiti Kedua) atau Ketua Polis Negara. Sekurang-kurangnya ia boleh memberi implikasi tentang ketegasan negara dalam menangani kes-kes jenayah yang belum dibicarakan.

Maka akan mekarlah perang antara Fan-Club OKT 1 melawan kesebelas OKT yang lain di chat room. Ahli Fan-Club saling maki memaki sedangkan OKT di banglo masih berpeluk-peluk dalam suasana yang damai.

Episod demi episod menyaksikan ada OKT yang tersingkir dan dipenjarakan tanpa perlu dibicarakan lagi. Maka tumbuh bak cendawan selepas hujan, forum dan blog yang menceritakan tentang keperkasaan Rakyat Marhaen sebagai Hakim Perkasa.

Di dada akhbar dalam ruangan Surat Pembaca ada juga yang menyumpah seranah ketololan Kementerian Kehakiman yang memulakan rancangan yang tidak bermoral ini. Ya! Kau lihat ada OKT yang memeluk OKT yang tersingkir sambil meramas-ramas... oops.. aku kira, itu tak sempat ditapis kerana rancangan ini disiarkan secara langsung.

Maka bersoraklah penonton yang membawa sepanduk yang berbunyi "Bebaskan Firaun", "Kami Sayang Kamu, Dubuk", "Naga Alam Semesta" dan sebagainya.

Di akhir episod MF, empat OKT ini akan membentangkan kes masing-masing yang membolehkan mereka dibebaskan dari pertuduhan. Pemenangnya akan memenangi bukan kereta atau kondo tapi hanya kebebasan dan populariti. Ada yang lebih berharga dari itu?

Tamat episod. Pemenang akan mengikat kontrak dengan syarikat penyiaran tersebut untuk membuat siri jelajah seluruh negara untuk memberi motivasi kepada belia. Mungkin antara kata-katanya yang popular ialah, "Remaja Benci Dadah", atau "Jauhi Jenayah".

Tercapailah misi Mahkamah Fantasia untuk mengurangkan kes yang belum dibicarakan dan mengutip duit dari penonton untuk membina lebih banyak penjara. Di samping itu, siri ini dapat juga memberi tip-tip percuma untuk mencegah jenayah.

Ha ha ha!!

Dua hari sahaja lagi. Posted by Picasa

Tuesday, August 23, 2005


Tiga hari sahaja lagi. Posted by Picasa

Monday, August 22, 2005


Empat hari sahaja lagi. Posted by Picasa

Saturday, August 20, 2005


Enam hari sahaja lagi Posted by Picasa

Love Me / Hate Me

...

"I'd rather be hated for who I am, than loved for who I am not."
~ Kurt Cobain (1967-1994)

Friday, August 19, 2005

Carut Karut Marut v3

...

Latarbelakang: Sebuah kampung nampaknya aman, tapi ada bara di dalam sekam.
Masa: Zaman sekarang.

Larut malam. Surau lama. Tidak berjaga. Sudah lama tidak kedengaran azan dari surau itu. Ada pemuda asing yang singgah.

Berkelana. Lelah. Duduk berehat di tangga surau. Nyamuk banyak tidak dihirau. Kerana kepenatan terus terlelap.

Subuh hampir tiba, lelaki terus terjaga. Dan bersiap untuk solat. Memalu gendang. Menandakan subuh sudah tiba. Azan.

Keluarga dari rumah berhampiran surau datang berjemaah. Berbual dengan lelaki tadi. Tapi tidak dihirau. Mereka penuh dengan curiga. Terhadap lelaki ini. Ada juga yang bersimpati dengan lelaki ini. Mengajaknya ke rumah. Tapi ditolaknya dengan sopan.

Tapi identitinya masih lagi misteri.

Tapi lelaki itu tidak mahu ke tempat lain. Cukuplah baginya untuk berteduh dan beristirahat di surau itu. Dan bersolat tanpa gangguan.

Surau yang dulunya sunyi, kini tidak lagi. Semakin ramai yang datang berjemaah. Subuh. Zuhur. Asar. Maghrib. Isya'. Siapa lelaki ini? Tiada siapa yang boleh menjawab. Masa terluangnya dihabiskan dengan membaca. Mendalami ilmu-ilmu agama. Mengaji. Berzikir. Tiada masa untuk berbual.

Kewarakannya memikat hati orang kampung. Tidak kira tua atau muda. Tapi topeng identitinya masih tidak terbuka. Kerana ia asyik berselindung bila ditanya asal-usulnya.

"Saya hanya orang asing. Tak perlu hirau tentang saya. Perjalanan saya masih jauh."

Itu saja katanya, bila ditanya. Hingga orang tidak lagi mahu bertanya.

Ada pertelingkahan di dalam kampung. Berebut harta pusaka. Rujuk pada pemuda misteri ini.

"Baliklah dulu. Esok datang lagi," dan dia terus bersolat. Minta petunjuk. Dari Tuhan.

Esoknya mereka datang lagi. Meminta pendapat dan nasihat.

"Baliklah dulu. Esok datang lagi," dan dia terus bersolat. Minta petunjuk. Dari Tuhan.

Dan esoknya mereka datang lagi. Meminta pendapat dan nasihat.

"Jangan begitu tapi begini. Tidak elok," Nasihat diberi dengan lembut. Petunjuk dari Tuhan sudah sampai. Anehnya, mereka menerima pula dengan baik. Tanpa bertelingkah lagi. Malah bertaut kembali persaudaraan.

Rasa hormat terhadap pemuda ini bertambah. Ramai yang datang merujuk padanya bila ada masalah. Cuma ada yang cemburu. Ketua kampung. Kerana cakapnya tidak lagi laku. Dia cuba membuat pakatan menghalau pemuda ini. Tapi ramai yang membangkang.

Hingga akhirnya bara dendam tidak dapat dipadamkan. Dia mengupah orang memukul pemuda ini. Hanya kerana cemburu. Bodoh, kau kata?! Kau tak pernah dengar ke orang buat benda-benda bodoh kerana cemburu?!

Pemuda ditemui di tangga surau. Ditikam. Berdarah. Lemah. Tapi dia menolak untuk dibawa ke klinik.

"Tak apa. Sikit saja ni. Jika saya masih boleh bersolat, sudah cukup."

Hujan turun malam itu. Dan sejak dari itu, tidak pernah berhenti. Hujan turun mencurah-curah. Kadangkala berselang guruh dan petir. Ribut.

Ramai yang tidak dapat menoreh. Kerana hujan terus turun. Dan turun. Dan turun. Hingga banjir kampung. Ada anak orang kampung yang hanyut dibawa arus. Ramai yang marah. Tertanya-tanya. Untuk siapakah petaka ini?

"Inikah balasan dari Tuhan?" Hati ketua kampung terus berdetik. Ladang getahnya sudah lama tidak mendatangkan hasil. Kerana hujan terus-terusan turun. Kalau teduhpun, hanya seketika. Rosak susu getah yang baru ditoreh.

Dia pergi berjumpa dengan si pemuda. Meminta maaf. Dan si lelaki ini bermunajat. Memohon pada Tuhan, agar dihentikan hujan. Dan dia berpuasa keesokan harinya. Dengan badan yang masih lemah kerana kehilangan darah. Enggan menjamah apa-apa selain sebutir kurma dan seteguk susu.

Dia berpuasa. Dari hari ke hari. Hujan tak juga berhenti. Dari minggu ke minggu. Hujan tak juga teduh. Hingga bulan berganti bulan. Hujan masih tidak berhenti.

Tapi pemuda ini terus berpuasa. Dan santapannya untuk berbuka masih juga sama. Hanya sebutir kurma dan seteguk susu. Tapi badannya masih lemah. Dan bersolat. Bermunajat. Berzikir. Memohon Tuhan perkenankan permintaannya.

Hingga, satu hari dia akhirnya jatuh sakit. Tapi dia masih berpuasa. Kerana Tuhan belum mahu menghentikan hujan. Mungkin Tuhan mahu menenggelamkan mereka semua. Tapi bahtera Noh tidak singgah di sana. Memang benarlah, Tuhan mahu menenggelamkan mereka.

Asar. Dia mengajak orang kampung berjemaah. Di akhir solat, dia berdoa bersungguh-sungguh. Untuk kesekian kalinya. Dengan suara yang lemah dan diaminkan penduduk. Moga-moga Tuhan sudi menghentikan hujan.

Orang kampung bersurai.

Dia membuka balutan kesan tikaman. Darah terus membuak keluar. Seolah-olah seperti baru ditikam. Biarkanlah. Dia terima balasan Tuhan untuk dosanya yang lalu. Nyawanya direntap Tuhan. Dan hujan pun redalah.

Orang kampung hairan. Tapi gembira. Kerana hujan sudah berhenti.

Hampir tiba waktu Maghrib. Ada yang menghantar sebutir kurma dan segelas susu. Untuk lelaki itu berbuka. Tapi apa yang ditemuinya hanya mayat lelaki itu.

Seminggu berlalu tanpa hujan. Tapi kampung itu diselubungi kesedihan. Kehilangan pemuda yang baik hati itu. Yang sudi menyerahkan nyawanya agar Tuhan menghentikan hujan.

Sekumpulan polis datang. Di kampung yang masih berlumpur itu. Menanyakan tentang lelaki itu. Kononnya itu adalah banduan yang lari dari penjara.

Hah!

Nota: Ini kisah kitar semula. Dari drama TV akhir 80an. Atau awal 90an. Kalau tak silap. Dalam cerita asal, kampung dilanda kemarau hingga ke akhir hayatnya. Hujan hanya mula turun bila dia dikebumikan. Ya! Memang dia lari dari penjara.

Tujuh hari sahaja lagi. Posted by Picasa