Tuesday, November 22, 2005

Tendang K, gantikan dengan L

...

Sudah jadi klise. Kalau disebut lagi, boleh jadi dosa.

Dan. Inilah dosaku: "Manusia berubah"!

Sama ada kau suka atau tidak. Itulah kenyataannya. Manusia berubah.

Tak kiralah, bertambah baik atau bertambah buruk.

Tujuh tahun, beb! Sudah tentu, 'manusia' itu berubah.

Kalau kau buntingkan perempuan tujuh tahun lepas, mungkin anak kau itu sudah mula bersekolah.

Dalam sekelip mata segalanya boleh berlaku, inikan pula tujuh tahun.

Dalam tujuh tahun, 'manusia' itu sudah bertambah hebat. Dan sahabat-sahabat di sekelilingnya cuma keldai tunggangan untuk dia sampai ke destinasi impiannya. Kepala-kepala sahabatnya inilah yang menjadi tangga untuk dia terus naik. Ke atas. (Takkan ke bawah, pula?)

Hah! Kau dan aku tertawa. Melihat 'manusia' itu bermegah-megah. Mungkin dia fikir, dia boleh menongkat langit. Selamanya.

Dian, tujuh tahun lagi awak sudah mula bersekolah. Tujuh tahun lagi, hidup lagikah Abah?!

Ah! Tujuh tahun lagi punya cerita, kau nak cerita sekarang buat apa?!

Hah!

2 comments:

Op said...

weh. comel anak kau :)

Anonymous said...

tujuh tahun lagi punya cerita, mmg nak cerita pun takde cerita, we don't know what lies ahead but we could start preparations for them before they lose us for good.

spend ample time, so they will remember us.
siapkan segala perbelanjaan that you can afford so that if you're not around in 7 yrs, it's all covered, mak dia takyah pening kepala.
start tulis catatan for her, so that when she grows up and wonder, what was her father like, she can read notes and not just hear words from others.

honestly, sometimes i wonder, what would have my father thoughts and dreams would be? i never know, cause he never says it, never writes it down.

-rafthah-