Wednesday, August 27, 2008

kata

...

Marah sungguh Dian, bila aku gelar dia Zohan.

Tapi tidak semarak marahnya isteri aku, bila dia sedar Dian sudah menggunting rambutnya sendiri.

Mungkin Dian mahu cuba fesyen Avalon. Bosan barangkali berambut panjang.

Kalau rambutnya dihimpunkan semula, lebih dari cukup untuk menutupi kepala anak patung bersaiz sederhana.

*** *** *** *** ***

Semalam adalah harijadi Dian yang keempat. Alhamdulillah!

Moga besar nanti, hilang sedikit degil dan nakalnya. Ya, Tuhan! Aku cuma minta dihilangkan sedikit sahaja degil dan nakalnya.

Amin!

Friday, August 15, 2008

pemuda

...

Secara rasminya, mulai sekarang aku sudah tidak dibolehkan memakai saiz yang kurang daripada 28.

Tadi masa nak zip seluar, zip pecah. Aku syak, perut dan pinggang bukan masalahnya, tapi sebab ehem.. ehem... aku besar sangat.

Patutlah, kepala aku pening-pening 'ja sebulan dua ni. Rupa-rupanya sebab pakai seluar ketat. Ha ha!

*** *** *** *** ***

Hari ini sudah masuk hari ke-69 aku tak hisap rokok.

Sila ambil perhatian!

Wednesday, August 06, 2008

oleh

...

Wa tabik sama lu la, apek!

Wa pun tak mampu nak buat. Sanggup tak kahwin, dan makan sedap-sedap. Tu tak campur lagi pening-pening siapkan assignment. Lu korbankan banyak masa, duit dan kudrat.

Perghhh!!! Lu memang hero!

Lim Kim Peu

1953 - Lahir

1965(?) - Tamat darjah enam

1971 - Tukang sapu

1980 - 1988 - Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (USM)
Pekerjaan - Tukang Sapu (RM130 sebulan)

2002 - 2008 - Sarjana (UM)
Pekerjaan - Pengawal Keselamatan di Melaka (RM500 sebulan)

Tuesday, August 05, 2008

orang

...

Kalau kamu memandu Kancil, jangan sekali-kali mengorek hidung terutamanya jika memotong kenderaan lain.

Mungkin kamu tak berniat pun untuk menyinggung hati orang tetapi ada orang berego besar yang ultra-sensitif.

Seperti kata Sigmund Freud, orang yang egonya besar ini, 'anu'nya kecil. Ha ha!

*** *** *** *** ***

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Pahang Sabtu lepas, aku berhenti di sebuah hentian rehat untuk berqada' hajat.

Usai qada' hajat, aku berdiri di hadapan kereta dan datang beberapa lelaki pun baru keluar dari tandas.

"Datuk," sapa aku.

Dia tersenyum dan bertanya, "Dari mana?"

Aku fikir dia tak peduli pun dari mana aku. Langit gelap, tak sesuai untuk berbual panjang.

Aku tak ingat aku jawab sehingga mulut aku berbuih atau tidak, tapi mereka semua sudah pergi dari situ. Tidak lama selepas itu hujan turun dengan lebatnya.

*** *** *** *** ***

"Sepatutnya orang miskin tak punya kenderaan tak akan terlibat dalam soal kenaikan harga minyak."

"Kenapa pula? Sudah jadi lazim di Malaysia, bila minyak naik, harga barang-barang pun akan ikut naik."

"Jadi?"

"Jadi, kenaikan harga barang akan menjejaskan juga orang-orang miskin termasuk mereka yang tidak mempunyai kenderaan yang gunakan minyak. Betul?!"

*** *** *** *** ***

Ke mana duit yang ditarik dari subsidi minyak yang kononnya mahu digunakan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam.

*** *** *** *** ***

Tak sempat pula aku hendak berdebat dengannya. Tapi lain kali, aku nak tulis panjang tentang sistem pengangkutan awam yang macam *tuuuut!!*.