Wednesday, December 24, 2008

tempat

...

Kalau kau berpenyakit gout seperti aku, dan makan bersama teman-teman, kau pasti rasa terharu bila teman-teman menunjukkan sifat prihatin mereka.

Kata mereka, "Kau ada gout kan? Mana boleh makan udang. Sotong pun tak boleh!"

"Jaga makan!" tambah mereka lagi, "Nanti sakit datang lagi!"

Dan beberapa minit kemudian, baru kau tahu warna sebenar keprihatinan mereka.

"Hah! Sotong tu bagi aku!"

"Bagi aku udang, sotong aku tak nak!"

"Wei, aku nak juga udang tu, besar tu!!"

Ptuih! Tersangatlah prihatin!

Friday, December 19, 2008

tumpah

...

Kalau kamu selak Harian Metro hari ini.

SHAH ALAM: Polis mengedarkan lakaran wajah lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan penculikan seorang budak perempuan malam Sabtu lalu.

Penculikan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pada jam 8.30 malam berlaku kurang 50 meter dari rumahnya di Kampung Selayang Baru ketika dalam perjalanan pulang dari kedai runcit bersama adik lelakinya berusia lima tahun.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, berkata budak perempuan itu bagaimanapun tidak dicabul ketika diculik selama tiga jam.

"Dalam tiga jam itu, penculik membawanya ke beberapa tempat sebelum meninggalkannya di sebuah surau dekat Selayang," katanya, semalam.

Khalid berkata, lelaki itu dipercayai Melayu dalam berusia 30-an, berkulit gelap, bermisai serta janggut dan mempunyai motosikal warna hitam.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat sama ada penculik itu 'pencabul Kampung Baru' atau seorang yang meniru kegiatannya. - Bernama


Ini fotofit yang diberi. Macam pernah nampak kan?


Cuba kamu bandingkan dengan yang ini. Fotofit suspek yang diambil dari kes adik Sharlinie.


Hidung ada beza, warna kulit pun lain sikit. Tapi bentuk muka macam serupa saja. Mata pun lebih kurang. Kuyu macam kena ganja.

Apa yang polis kenal pasti.
1. Dipercayai Melayu
2. Berusia lingkungan 30-an
3. Berkulit gelap.
4. Bermisai serta janggut
5. Mempunyai motosikal warna hitam.

Ini apa yang aku tambah, mengikut pembacaan aku tentang profail pemangsa seksual luar negara.
1. Selalu bertukar kerja atau tidak bekerja langsung.
2. Bujang (atau Duda)
3. Tinggal dengan keluarga / saudara.
4. Tidak berpendidikan tinggi.
5. Bukan tentera (atau bekas tentera)
6. Bukan mangsa deraan seksual.
7. Siuman.
8. Tidak dipengaruhi dadah / alkohol semasa melakukan jenayah.

Pelik juga aku, tiga jam dibawa ronda-ronda tapi tidak dicabul. Kenapa?!

Harap semua dapat bantu polis untuk kenal pasti suspek!

Thursday, December 18, 2008

darah

Jarak di antara tol Jalan Duta ke tol Rawang lebih kurang 26.5km. Rekod peribadi ialah 13 minit. Aku nak balik rumah sahaja, bukan nak pergi mati!

Tapi aku faham bila kamu rasa tercabar bila dipotong oleh CLK 850 (baca: Kancil). Aku faham kamu malu bila kenderaan kecil memotong kamu. Mana nak letak muka, bila awek di sebelah kamu pun sudah tergelak-gelak.

Tapi maaflah, aku tak boleh tahan mahu ketawa besar kerana kamu terpaksa pula beratur di belakang kenderaan lain kerana mahu membayar tol secara tunai.

Semangat nak berlumba sahaja tak cukup, Yeop! Persediaan kena ada. Paling koman pun sediakanlah Touch & Go.

Idok begitu?!

Thursday, December 04, 2008

nenek moyangku

...

Ironi bila cadangan untuk menyatupadukan generasi Malaysia di bawah satu sistem persekolahan dianggap oleh NGO bukan Melayu (baca: NGO Cina) sebagai menjejaskan perpaduan.

Dan sebelum itu berteriak-teriak pula mahu kesamarataan.

Wei, kalau asyik nak menang saja mana boleh.

Kau nak hak sama rata, kau kena korbankan juga hak kau sikit.

Baru adil, bukan?

*** *** *** *** ***

Sedar tak sedar sudah 180 hari aku tidak merokok. Aku berhenti dulu sebab nak kurangkan risiko terkena barah, tapi nampaknya sakit lain pula yang datang dulu.

Tadi periksa darah sebab aku hendak pastikan sama ada betul-betul terkena gout atau tidak.

Takut juga kalau penyakit lain sudah menyerang buah pinggang pula.

Tiga hari lagi keputusan keluar. (Baca: lepas naik cuti minggu depan)

Pergh!!!

*** *** *** *** ***

Kalau kau ingin meronda di pekan Batu Pahat, jangan lupa alihkan siaran radio anda ke frekuensi 101.10.

*** *** *** *** ***

Kalau kau memandu menghampiri simpang (tidak kira tiga atau empat) di Batu Pahat, lebih baik kau berhati-hati.

Kebanyakan pemandu di Batu Pahat adalah pemandu yang semacam susah hendak berhenti di persimpangan keluar. Mereka seolah-olah memandu tanpa memandang kiri kanan bila mahu keluar simpang.

*** *** *** *** ***

Perayaan hampir tiba, jalanraya akan sesak luar biasa.

Memandu di jalanraya dua lorong, kadangkala lebih selesa dari memandu di tiga lorong.

Bila di dua lorong, yang memandu perlahan tahu untuk memandu di sebelah kiri, dan yang laju di sebelah kanan.

Tapi bila memandu di tiga lorong, lorong tengah selalu dipenuhi oleh pemandu yang runcit-runcit sahaja lajunya. Maksudnya, had laju mungkin 110 kilometer sejam, tapi kamu memandu cuma 70 hingga 80 kilometer sejam.

Kalau nampak logiknya, memanglah cuma beza 30 hingga 40 kilometer sejam sahaja. Tapi realitinya, lorong kanan, orang memandu lebih daripada 110.

Kalau memandu di lorong tengah dan kenderaan lain sudah memotong di kiri dan kanan, aku nasihatkan, eloklah kalau beralih ke lorong kiri. Terutamanya, kalau jalanraya tidak sibuk.

Takut pula kalau-kalau dirempuh kenderaan dari belakang!

Idok begitu, Yeop?!

Wednesday, December 03, 2008

...

...

Pagi-pagi lagi, aku sudah terima SMS.

"Maaf bang, hari ni tak boleh datang kerja. Pak cik meninggal."

Bos minta aku ambil alih tugas yang budak ini tak dapat siapkan hari ini. Bila aku tanya, budak ini sudah sampai di Seremban.

Bos sudah mendesak aku kerana bos yang lebih besar lebih-lebih lagi mendesaknya. Membuatkan kami amat terdesak, hingga mahu sahaja aku bertanya, "Pak cik kau tak boleh meninggal hari lain ke?!"