Saturday, April 30, 2005

amaran: jangan selalu balik lewat!

...

ini bukan cerita seram. bukan juga cerita komedi.

tapi ia berjaya buat aku seram-seram sejuk walaupun aku cuba menyembunyikan perasaan itu dengan ketawa.

oleh kerana selalu sangat pulang lewat dari tugas, isteri aku memberi aku satu gambaran apa yang mungkin terjadi bila anak aku sudah pandai bercakap.

aku pulang dari kerja. menegur anak dan isteri dengan mesra.

anak aku sedikit takut melihat aku masuk, terus menghimpit ibunya dan berbisik, "mummy, mummy! siapa orang tu, mummy? kenapa dia datang rumah kita malam-malam?!"

jika ini betul-betul terjadi, bisakah aku ketawa lagi?

Tuesday, April 19, 2005

Ana Pesona Rejoice

...

Ana, model kayu terbaru dari Rejoice betul-betul menghantui aku.

Bukan!!

Bukan kerana kecantikannya mempersonakan aku. Dia mungkin cantik tapi tidak sedikit pun memikat hatiku. Keletahnya menyebabkan aku mual dan sebal.

Kelmarin, dalam mata separuh tertutup melayan Melodi, tiba-tiba ternampak kelibat Ana mengganggu Wahid.

"Guna jari pun boleh!"

Ana ada di mana-mana sekarang. Bukan sekadar di restoran mamak, tapi juga di dalam bas.

Mungkin di lain waktu, Rejoice boleh menggunakan Ana untuk iklan seperti di bawah ini:-

Seorang mat rempit melalui ladang getah yang kelam. Sedang syok dia merempit, tiba-tiba Ana yang berpakaian putih bertenggek di bangku belakang motornya. Rambutnya mula mengerbang.

Ana mengilai dan berbisik pada mat rempit, "Bang, bawa motor laju sikit. Ana ada rahsia nak tunjukkan pada abang."

Mat rempit terus merempit. Laju. Rambut Ana bertambah kusut. Dan dia pula tak henti-henti mengilai di bangku belakang motor.

Fokus wajah mat rempit. Wajahnya sedikit cemas. Tanpa diketahui sebabnya, tiba-tiba motor berhenti dan tidak boleh dihidupkan lagi. Ada peluh yang berbutir di dahi mat rempit.

Ana berhenti mengilai dan turun dari bangku motorsikal. Dia berkata pada mat rempit, "Guna jari pun boleh!"

Ide untuk adegan yang lain ada juga. Tapi lokasinya dalam neraka. Mungkin tak sesuai untuk tontonan umum.

EeeeeOOOOuuuuIIIIIuuuuu!!

Wednesday, April 13, 2005

Monday, April 11, 2005

gurau senda membawa bahagia?

...

Mula-mula dia memberitahu si anak yang hanya berumur 7 bulan tu, "tak apa la sayang, Abah tak sayang kita. Dia hisap rokok tak fikir siapa nak jaga kita kalau dia sakit. Dia bawak kereta laju-laju. Kalau dia tak ada nanti, terpaksa kita cari Abah baru. Yang lebih bertanggungjawab, yang kaya, yang lebih hensem, bla bla bla."

Aku hanya menjeling saja. Tapi hati sedikit terbakar.

Aku menunggu waktu yang sesuai saja untuk memulang paku buah keras. Ada peribahasa yang mengatakan, dendam sebaiknya dihidangkan semasa sejuk.

Si anak mula menangis dahagakan susu.

"Anak menangis tu."

Tapi dia pura-pura tidur dan tidak menghiraukan permintaan aku.

Selesai membuat sebotol susu untuk si anak, aku pula berkata dengan sedikit kuat, "Tak apa la sayang, Mummy tak sayang kita lagi. Terpaksalah kita cari Mummy baru..."

"Apa?!" Tiba-tiba dia menjerit.

Heh heh heh!!