Thursday, July 24, 2008

bijak

...

Bila kamu hampir putus-putus nafas akibat keletihan mengangkat lebih seratus kotak naik melalui tangga, perkataan terakhir yang kamu dengar orang kata pada kamu ialah "kasihan".

Kalau cakap "kasihan" sahaja, tak guna beb! Kalau betul-betul "kasihan", patutnya tolonglah angkat kotak-kotak yang lebih seratus ini naik tangga. Baru bermakna sikit "kasihan" kamu itu.

*tuuut!!*

Dan jangan lontarkan soalan, "Kenapa tak guna lif?"

Kalau ada lif, kamu ingat kami-kami ini bengap sangatkah nak susahkan diri guna tangga sahaja?

Dan jangan lanjutkan perbualan ini kepada pendapat, "Patutnya buat lif di sini, baru senang hendak mengangkut barang".

Kamu patut utarakan pendapat tu pada pereka bangunan. Belajar tinggi-tinggi tapi bengap!

Adik-adik yang sedang belajar senireka bangunan (pejabat terutamanya), sila ambil perhatian! Jangan sampai kena sumpah hingga ke anak cucu sebab kebodohan kamu. Ha ha!

Kalau reka bangunan pejabat, fikirkan sekali loading bay mahu letak di mana. Sediakan kemudahan lif sekali. Tak terfikirkah bagaimana seksanya jika mahu berpindah pejabat. Tak begitu?

*** *** *** *** ***

Kamu sedang mencari gambar Alycia Lane berbikini, ya? Lawa sangatkah Alycia Lane ini?

Dengar khabarnya ada movie Maria Ozawa baharu bakal keluar tak lama lagi. Heh!

*** *** *** *** ***

Dua tiga perkataan di atas adalah percubaan (murahan) menarik crowd ke sini. Harap maklum.

Friday, July 18, 2008

tutur

...

Berita Harian gemar berlawak jenaka.


Aku membayangkan Sheikh Muszaphar Shukor sedang mop lantai Soyuz. Ha ha!


Ok, tak perlu aku komen. Nanti melenting pula penyokong-penyokong DSAI.

bahasa

...

Hari ini sudah masuk hari ke-41 aku tidak merokok. (Sengaja aku tak gunakan perkataan 'berhenti merokok'.)

Keinginan rasa merokok datang sekali-sekala, tapi aku tak layan.

*** *** *** *** ***

Dahulu, purata aku merokok, tujuh hingga sepuluh batang sehari.

Bangun pagi capai rokok dulu, baru masuk tandas.

Sampai di pejabat, selepas turun dari kereta, nyala rokok dulu.

Habis makan tengahari, sebat lagi dua batang.

Minum petang, lagi dua batang.

Sebelum balik, sementara tunggu kereta panas, layan lagi sebatang.

Sampai rumah, sebatang lagi.

Sebelum tidur, layan dulu sebatang.

Kalau tidak boleh tidur, pun layan lagi sebatang.

*** *** *** *** ***

Kalau ngeteh dengan Sol-Jah, lagi banyak aku hisap. Sekali duduk, 3 gelas air dan 5 batang rokok.

*** *** *** *** ***

Ada orang cuma berhenti beli rokok, tapi tak berhenti merokok. Rokok boleh rembat kawan-kawan punya.

Aku rasa, dia patut tambah syarat, kalau dia merokok dengan rokok kawan, dia boleh disepak setiap kali dia merembat. Nak lagi bagus, tiap-tiap kawan sepak dia satu kali.

Baru padan muka dia!

(Nasib baik aku tak kena sepak dengan Sol-Jah tiap kali aku merembat rokok Ketua Turus dulu. Ha ha!)

Monday, July 07, 2008

Bukankah

...

It's now official. The baby's gone.

Apa perasaan aku? Sedih? Aku baik-baik sahaja.

Bukan aku yang terguling-guling menahan sakit sebab turun darah. Bukan aku yang rasa seperti mahu tercabut nyawa dan berkali-kali meminta ampun dan maaf.

Aku baik-baik sahaja.

*** *** *** *** ***

Aku tak mahu mengaku aku ini suami yang baik, tapi aku fikir di saat-saat sukar seperti ini, tempat suami adalah di sisi isteri.

Mengapa aku kata aku bukan suami yang baik? Sebab aku selalu berbohong dengan isteri kalau mahu bersantai dengan teman-teman. Dahulu, bila dia telefon dan bertanya bila mahu pulang ke rumah, selalu aku kata, "Meeting tak habis lagi. Saya balik lambat."

Dahulu, jika bersama kawan-kawan, dan isteri menelefon kata mahu makan bersama, selalu aku kata, "Awak makan dahulu. Jangan tunggu saya."

Dan aku pun sambung berborak sambil minum teh bersama kawan-kawan, sehingga jam 9 atau 10 malam. Kadang-kadang terlajak hingga jam 11.

*** *** *** *** ***

Tapi akhir-akhir ini, aku tak mahu lagi berbohong. Jadi, kalau aku mahu melepak bersama kawan, aku berterus-terang sahaja. Dan akhir-akhir ini, isteri aku juga tak berapa kesah aku mahu melepak, sekali-sekala.

Mungkin dia sedar, lelaki seperti aku pun perlukan ruang sekali-sekala untuk bersama kawan-kawan. Lelaki gasar seperti aku, tak suka hidup terkongkong.

Sabtu lepas, aku ingin melepak bersama kawan, tapi isteri aku mahu aku jadi pemandu. Kebetulan, Sabtu dan Ahad itu ada kenduri perkahwinan sepupunya.

Aku paling malas pergi kenduri. Tapi aku benci bila isteri aku dakwa, aku ini lebih suka mementingkan kawan-kawan dari saudara maranya. Err, sebenarnya aku lebih benci bila ibu bapa isteri aku dakwa, aku ini lebih suka mementingkan kawan-kawan dari saudara maranya.

*** *** *** *** ***

Jadi, apa isunya?

Ya, aku terasa hati tapi aku baik-baik sahaja.

Kalau terasa pedas, berhenti makan cili.

*** *** *** *** ***

Kata orang, kalau mahu berhenti merokok, elakkan dari makan makanan yang pedas-pedas.

Hari ini sudah genap 30 hari aku berhenti merokok.

Tuesday, July 01, 2008

kita

...

Aku lemah bila perempuan aku tanya, "Tak nak cuci pinggan?"

Jawapannya bukan semudah "ya" atau "tidak".

Kerana jika ia ayat permintaan, seharusnya ia berbunyi lebih lembut, "Tak mahu tolong cuci pinggan?" (atau seumpamanya). Atau jika ia adalah ayat arahan, sepatutnya ia lebih ringkas (dan tegas), "Cuci pinggan!" (atau seumpamanya).

Tapi "tak nak cuci pinggan?" tidak menyerupai ayat permintaan atau arahan, ia seperti ayat pertanyaan yang memerlukan yang ditanya melihat jauh ke dalam konteks ayat. Ia perlu dibaca (atau didengar) di antara garisan.

Kalau kau tanya aku, bagaimana aku jawab soalan seperti ini, aku kata selalunya aku akan buat tak tahu sahaja.

Ya! Ini jenis jawapan cari pasal. Jangan cuba kalau kamu tidak punya ilmu kebal. Ha ha!