Thursday, March 30, 2006

dakapan asmaramu

...

Kami gelar dia 'gadis strawberry' kerana, err, ketika dia berskirt putih yang jarang, kami nampak corak strawberry pada seluar dalamnya! Sungguh!

Memang dia seksi! Amat! Gila-gila juga perangainya. Kerana keseksiannya dan perangainya yang gila-gila, dia sering dihimpit oleh ramai lelaki. Tapi dia rakan kami.

Sekarang sudah bekerja di dunia IT. Berbeza sekali perwatakannya kali ini. Semakin matang. Tapi masih lagi seksi seperti dulu. Sungguh! Entah berapa kali aku meneguk air liur, dan mata tak henti melorot dari atas ke bawah.

"Software ni bagus, dia integrate sekali dengan ANTI-SPERM." Dia.

"Oit, bukan ANTI-SPERMlah! ANTI-SPAM! Sebut betul-betul!" Aku.

Dia tertawa, dan aku berfantasi!

Nakal sungguh 'gadis strawberry' ini.

Friday, March 24, 2006

sayang

...

Aku rasa seseorang itu biadap kalau bersalam tapi tidak memandang mata orang yang disalamnya. Seolah tidak menghormati orang yang disalamnya.

Kau tahu apa pula yang aku fikir bila seseorang itu bersalam tapi tidak mesra? Salaman yang tidak mesra, bagi aku, ialah bila seseorang itu bersalam tapi tak menggenggam kemas tangan orang yang disalamnya. Aku fikir kemungkinan besar orang itu menghidapi 'Necrophilia'.

Orang seperti ini patut dihukum Tuhan agar dia mendapat pasangan yang pasif. Yang hanya menerima tapi tidak pandai memberi. Katil bergegar kencang, kaki katil hampir patah, peluh jantan betina dah banyak keluar tapi pasangannya dengan selamba bertanya, "Dah sudah, bang? Lama lagikah?"

*Pap!*

Ah! Aku terlupa telan pil kuning itu pagi tadi.

Wednesday, March 15, 2006

Jambatan

...

"Kita ni baru belajar basuh berak anak saja. Bukan susah sangat pun. Itupun ada yang marah-marah bila anak berak. Macam sesetengah suami tak boleh langsung tolong isteri basuh berak anak.

"Uruskan anak ni, Joe, tak sesusah uruskan orang tua. Syukur jugalah, emak ayah masih sihat. Tapi mana tahu, esok lusa, Tuhan nak uji kita. Beri peluang untuk kita mengumpul pahala. Jaga emak ayah yang sakit. Tua, nyanyuk dan tak berdaya. Yang makan minum nak bersuap. Mandi, berak pun perlu kita uruskan. Sanggup?

"Bila kali terakhir kau berbual dengan emak? Dengan ayah?"

Tuesday, March 14, 2006

serapuh pelangi

...

Marah betul dia. Surat bernada tegas dihantar.

"Jangan lewat. Nanti kami semua tak dapat duduk!" katanya.

Kalau aku ucap 'terima kasih' adakah itu bermakna aku tak perlu membawa kerusi?

Aku?! Memang suka menyakat.

Saturday, March 11, 2006

akan ku seberangi

...

Tidakkah kau terfikir untuk mengupah saja pengganas untuk meletupkan tambak di sebelah sini? Selagi tambak itu ada, kau seakan memberi mereka peluang untuk tidak memikirkan penyelesaian lain. Kau mimpikan jambatan? Hanya dalam mimpilah, dude!

Selagi tambak itu masih ada, jangan harap jambatan akan naik!

Friday, March 10, 2006

asalkan ku bisa

...

Aku 12. Dia 11.

Pak cik mentertawakan kami. "Kaki macam pondan! Sehelai bulu pun tiada."

Hati menggerutu. Aku dan dia. Panas!

Dia masuk bilik air. Lama.

Keluar, kemudian.

"Kau buat apa lama-lama dalam bilik air?" Aku.

"Cukur bulu kaki," dia.

Dua minggu kemudian. Bulu kakinya melebat. Keras, kerinting.

"Eh! Kenapa sebelah saja yang lebat?" Aku.

"Dulu aku 'test' je!"

Ah! Apalah yang kami tahu? Masih muda. Aku 12. Dia 11.

Friday, March 03, 2006

mengubati

...

J dihukum gantung sampai mati. Dia akan digantung di depan khalayak ramai sebaik terbit matahari esok hari.

Semasa hukuman dijatuhkan, tiada sesalan di wajahnya. Tidak terzahir ucapan maaf dari bibirnya.

Fajar menyinsing. J segera diseret ke tapak hukuman. Orang ramai sudah menanti di sana.

Semasa ditanyakan sama ada dia ada ucapan terakhir, J tersenyum.

J merenung jauh di balik gunung. Matahari hampir terbit. Langit menyala meriah olehnya.

"Ini hari yang indah untuk memulakan kehidupan."

Habis saja J berkata, kepalanya dibungkus dan lehernya dikalungkan belitan tali. Matahari terbit, lantai terkuak. Tali menjerut, J tergeletak. Sekejap selepas itu, nafasnya putus.

Dan khalayak pun bersorak riang.

Ya! Ini hari yang indah untuk memulakan kehidupan.

Wednesday, March 01, 2006

perasaan

...

Aku tak faham kenapa sesetengah orang suka sangat beretorik. Memanglah tidak salah, tapi kadang-kadang sesetengah retorik buat aku rasa seperti mahu mengepalkan penumbuk dan mengunjurkan jari hantu seraya mengucapkan, "SCREW YOU"! Betul!

Contohnya, komen BUKAN ANTI AGAMA minggu lalu yang kurang berpuas hati dengan komen Zainal Abidin di rancangan Melodi.

Ketika ditemu bual mengenai perlunya undian SMS untuk menentukan juara, Zainal Abidin dengan pedasnya menyebut bahawa masyarakat kita masih belum layak untuk menentukan pemenang sesebuah pertandingan nyanyian dan adalah wajar pemenang dipilih berdasarkan pilihan juri profesional.

Zainal Abidin juga menyebut lebih kurang begini: "Ada segelintir masyarakat yang hanya terpengaruh dengan keadaan individu seperti comel, lawa, kacak dan ada pegangan agama."

Keadaan ini menurutnya, adalah hipokrasi. Mungkin kita tahu kepada siapa kenyataan itu dituju.


Aku syak, BUKAN ANTI AGAMA cetek ilmu retoriknya. Retorik bukannya erotik!

Kau suka sangat beretorik kan? Hah! Ambil ni!!

Jika "individu seperti comel, lawa, kacak dan ada pegangan agama" sama dengan "kepada siapa kenyataan itu dituju" sama dengan "api", cuba kau anggarkan berapa ramai Majusi dalam Malaysia ni.

Ya! Aku kepalkan penumbuk, unjurkan jari hantu dan menjerit, "SCREW YOU!"