Wednesday, March 15, 2006

Jambatan

...

"Kita ni baru belajar basuh berak anak saja. Bukan susah sangat pun. Itupun ada yang marah-marah bila anak berak. Macam sesetengah suami tak boleh langsung tolong isteri basuh berak anak.

"Uruskan anak ni, Joe, tak sesusah uruskan orang tua. Syukur jugalah, emak ayah masih sihat. Tapi mana tahu, esok lusa, Tuhan nak uji kita. Beri peluang untuk kita mengumpul pahala. Jaga emak ayah yang sakit. Tua, nyanyuk dan tak berdaya. Yang makan minum nak bersuap. Mandi, berak pun perlu kita uruskan. Sanggup?

"Bila kali terakhir kau berbual dengan emak? Dengan ayah?"

15 comments:

izzulyfa said...

sebulan 2kali balik jengok mak dan ayah.cuba berbakti selagi mereka masih ada...

kunci hilang said...

"..ishhh! lupa nak call parents aku la.. dah abis kredit pulak."

"Eh, bukan ke semalam baru top-up?"

"Yelah.., dah abis.. gayut dengan Leha semalam."

Nasib baik saya tak ada Leha.

Pegawai Khalwat said...

Aku dah buat semua tu dulu; mandi, pakai, baju, bagi makan, basuh berak.

Tapi itu arwah nenek aku la.

Orang tua aku belum lagi.... doanya janganlah mereka uzur sampai macam tu (bukan kerana tak nak menyusahkan diri tapi kerana tak nak mereka rasa susah)

Sedihlak rasa.... *sob*sob*

labu_labi@Yahoo.com said...

Siapa diri kita yang sebenar terjawab apabila menghadapi cabaran menjaga ibubapa yang telah tua dan uzur. Selain wang sara hidup bulanan ada banyak yang perlu dihulurkan. Tenaga, ucapan sayang dan mengawal diri dari melukakan hati mereka. Jika kau sibuk mengejar ringgit, apa salahnya kau menghulur lebih sedikit untuk menggaji orang atau adik beradik yang ada masa senggang untuk tujuan itu? Sayangkan duit, sayangkan kerja, sayangkan isteri/suami, sayangkan anak tapi lupa bagaimana kau bermula, hingga kau ada hari ini. Saya menghormati orang-orang yang menjaga kebajikan ibu bapa mereka.

d'arkampo said...

aku pernah menukar lampin arwah bapak aku. Tak lama.Masa di hospital.

Terima kasih.

ron97 said...

aku, baru pulang dari kota penuh xtvt,
ke kampung, jaga mak.

hana_kirana said...

baru tadi borak dengan mak. tadi abah takde, keluar.

Cik Easy said...

uhhh..arghhh..iskkkk...wehh geram aku..

fathi aris omar said...

Salam, apakah Sdr pernah membaca cerita ini?

Menonton Osama Laden di 'sarang pengganas' (mStar Online, 20 Mac 2006)

http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_165a0797-c0a85062-101f2870-316ba104

RHAPSODY said...

kind of scary contemplating those what-ifs.

btw, you can post my site as "ramblings of a fish in fuschia" or for short.. Lauryn :)

i'm getting high traffic from your blogspot due to your label of my blog (though i'm not complaining hehe)

tuan tanah said...

saya baru telefon mak saya hari Sabtu lepas.
sayang mak!

artisticklytouch said...

Aku pernah menjaga arwah tok aku di hospital selama sebulan cuti sem di tahun kedua..... kemudian sambung pulak menjaganya di rumah cuti sem yang berikutnya. Aku dan sepupu bergilir2 kerana dia di UIA aku di UPM (masa itu cuti UIA tak sama dgn IPT lain). Setelah beberapa tahun nenda gering aku kadang-kala tertanya...

"sampai bila?"

Dan hari ini sudah 2 tahun dia pergi. aku teringat pada dia

labu_labi@Yahoo.com said...

Ada email

blackpurple said...

Tetiba rasa nak balik kampung......

syed syahrul zarizi said...

jambatan rupanya..