Wednesday, March 01, 2006

perasaan

...

Aku tak faham kenapa sesetengah orang suka sangat beretorik. Memanglah tidak salah, tapi kadang-kadang sesetengah retorik buat aku rasa seperti mahu mengepalkan penumbuk dan mengunjurkan jari hantu seraya mengucapkan, "SCREW YOU"! Betul!

Contohnya, komen BUKAN ANTI AGAMA minggu lalu yang kurang berpuas hati dengan komen Zainal Abidin di rancangan Melodi.

Ketika ditemu bual mengenai perlunya undian SMS untuk menentukan juara, Zainal Abidin dengan pedasnya menyebut bahawa masyarakat kita masih belum layak untuk menentukan pemenang sesebuah pertandingan nyanyian dan adalah wajar pemenang dipilih berdasarkan pilihan juri profesional.

Zainal Abidin juga menyebut lebih kurang begini: "Ada segelintir masyarakat yang hanya terpengaruh dengan keadaan individu seperti comel, lawa, kacak dan ada pegangan agama."

Keadaan ini menurutnya, adalah hipokrasi. Mungkin kita tahu kepada siapa kenyataan itu dituju.


Aku syak, BUKAN ANTI AGAMA cetek ilmu retoriknya. Retorik bukannya erotik!

Kau suka sangat beretorik kan? Hah! Ambil ni!!

Jika "individu seperti comel, lawa, kacak dan ada pegangan agama" sama dengan "kepada siapa kenyataan itu dituju" sama dengan "api", cuba kau anggarkan berapa ramai Majusi dalam Malaysia ni.

Ya! Aku kepalkan penumbuk, unjurkan jari hantu dan menjerit, "SCREW YOU!"

6 comments:

Pegawai Khalwat said...

Marah bang.... jangan tak marah.... dia kan naturalist. He he he....

sinaganaga said...

Ha ha.
Kau sembelit lagi pagi ni?
Ha ha.

ron97 said...

dia sedang memperjuangkan hasil dari sms yang dia hantar yang belum masuk akaunnya. dan takkan masuk sampai bila bila

kunci hilang said...

saya tertanya sendiri, siapakah BUKAN ANTI AGAMA itu?

Saya tidak tahu.

Op said...

tunggu bila Akademi Al-Quran keluar, tengok apa zainal nak komen pasal SMS tu pulak.

gadingaluh said...

jiwa luka a has been