Saturday, March 11, 2006

akan ku seberangi

...

Tidakkah kau terfikir untuk mengupah saja pengganas untuk meletupkan tambak di sebelah sini? Selagi tambak itu ada, kau seakan memberi mereka peluang untuk tidak memikirkan penyelesaian lain. Kau mimpikan jambatan? Hanya dalam mimpilah, dude!

Selagi tambak itu masih ada, jangan harap jambatan akan naik!

7 comments:

tujuh86 said...

UTUSAN MALAYSIA
Malaysia ajak Singapura sama-sama bina jambatan

PEKAN 10 Mac - Malaysia akan meneruskan rundingan bersama Singapura berhubung pembinaan jambatan menghubungkan kedua-dua negara dengan matlamat mengajak republik itu turut mengambil bahagian dalam pembinaannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, secara teknikal, masih belum terlambat bagi Singapura untuk menyertai pembinaan jambatan itu meskipun Malaysia telah memulakan projek pembinaan.

Beliau berkata, persoalannya ialah apakah keinginan republik itu adalah untuk bersama-sama menyempurnakan sebuah jambatan yang lurus atau hanya melihat sahaja jambatan indah yang akan dibina itu.

"Ya, itu kita tetap akan teruskan (pembinaan jambatan), rundingan dengan Singapura ialah untuk melibatkan Singapura dalam pembinaan jambatan penuh.

"Jadi sekarang yang ada ialah jambatan separuh atau Jambatan Indah, jika Singapura bersetuju, ia akan ambil bahagian," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Maxis Cyberlab Pekan dan Program Titian Teknologi Maxis, di sini hari ini.

Semalam, satu majlis simbolik membabitkan kerja-kerja uji tanah di dasar laut bagi kerja-kerja pembinaan Jambatan Indah-dalam struktur jambatan bengkok untuk menggantikan Tambak Johor telah dimulakan.

Mengikut jadual, ia akan siap dalam tempoh 36 bulan atau beroperasi menjelang 1 April 2009.

Sebagai tanda ikhlas Malaysia terhadap jirannya, satu reka bentuk jajaran akan disediakan sekiranya Singapura bersetuju membinanya pada masa hadapan. Jajaran itu akan membolehkan jambatan lurus dibina.

Kerja-kerja pembinaan jambatan itu yang setakat ini sudah bermula lima peratus, tetap diteruskan walaupun rundingan dua hala antara kedua-dua negara masih berlangsung dan Singapura menghantar nota bantahan melalui pihak ketiga.

Najib berkata, kerja-kerja pembinaan yang telah dimulakan itu tidak akan mengganggu proses rundingan yang dilakukan oleh kedua-dua negara.

"Kita berharap rundingan akan capai kata putus yang membolehkan Singapura menyertai pembinaan jambatan berkenaan," katanya.

Pada masa yang sama, dalam nada berseloroh, Najib berkata, jambatan indah yang bakal didirikan walaupun bengkok, sebenarnya sebuah jambatan yang cantik daripada segi estetik.

Malah, kata beliau, istilah bengkok tidak berapa sesuai digunakan kerana ia memberikan gambaran yang kurang elok.

tujuh86 said...

UTUSAN MALAYSIA
Singapura minta penjelasan kenyataan Mohd. Zin

SINGAPURA 10 Mac - Singapura menghantar nota pihak ketiga kepada Malaysia bagi meminta penjelasan mengenai satu laporan dalam media Malaysia yang menyatakan bahawa `Malaysia secara simbolik' melancarkan kerja-kerja pembinaan 'jambatan indah'.

"Singapura terkejut dengan komen yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, (Datuk) Mohd Zin Mohamed semalam di Johor Bahru apabila beliau berkata bahawa Malaysia telah secara simbolik melancarkan kerja-kerja pembinaan jambatan indah yang dijangka mula beroperasi menjelang April 2009,'' kata seorang jurucakap Kementerian Luar Singapura hari ini.

"Pada saat ini, satu pasukan dari Singapura berada di Kuala Lumpur untuk berunding mengenai keseimbangan faedah-faedah untuk pembinaan sebuah jambatan penuh," tambah beliau.

Jambatan separuh itu, yang dipanggil dengan pelbagai nama seperti 'indah' dan 'bengkok' dan dianggarkan berharga RM620 juta, akan dibina merentasi Selat Tebrau sebelah Malaysia sekiranya Singapura enggan menyertai pembinaan sebuah jambatan penuh.

Singapura telah menyatakan sebelum ini bahawa ia hanya akan bersetuju dengan pembinaan sebuah jambatan penuh bagi menggantikan Tambak Johor jika ada keseimbangan faedah bagi kedua-dua pihak.

sinaganaga said...

'SABOTAJ' sudah siap?

labu_labi@Yahoo.com said...

Saya bersetuju dengan Pemimpin tertinggi Republik Singapura. Mereka bijak. Ambil Ikhtibar bukan saja dlam pentadbiran negara, malah rumah tangga juga. Perlu ada faedah bersama yang seimbang. mereka mengamalkan pepatah ingat sebelum kena jimat sebelum habis. dan jangan sudah terhantuk baru tengadah. bersalahkan saya memberi pendapat sebegini?

Op said...

tutup TAMBAK suruh semua orang pakai TUAS. settle.

labu_labi@Yahoo.com said...

Lantinan tuas tak cukup kuat sampai ke darat. Bedebur masuk laut.

Pegawai Khalwat said...

Aku dah kata titi tu siap separuh saja. Kenderaan yang pergi kena patah balik masuk ikut Tambak juga.