Monday, November 24, 2008

telah diduga

...

Aku SMS dia, "Wei, aku nak ke klinik dulu. Pergelangan tangan kanan aku sakit sangat ni."

Dia balas, "Kau melan*** pakai tangan kanan ke?"

"Jangan buat lawak," aku balas, "tangan aku sakit sangat ni!"

"Hehe.. Sori!"

*** *** *** *** ***

Tapi aku tidak pergi berjumpa doktor sejurus itu kerana doktor sudah pulang dan malam nanti baru masuk bertugas kembali. Aku cuma ke farmasi, mencari pembalut dan ubat sapu.

Aku fikir boleh bertahan. Mungkin cuma tersalah urat.

*** *** *** *** ***

Bila doktor periksa pergelangan tangan, dia beritahu ini mungkin gout. Tempat yang bengkak itu sedikit panas.

Perrgh!

Kemudian doktor beritahulah apa yang tak boleh makan.

Lepas ini tak ada lagi nasi lemak sambal kerang, nasi beriyani kambing, Double Cheese Burger, Big Mac dan sebagainya.

*** *** *** *** ***

Nasi beriyani bukan nasi beriyani sebenar jika berlaukkan selain dari rendang kambing.

Nasi lemak kurang sedapnya, kalau tidak berlaukkan sambal kerang.

Double Cheese Burger, Big Mac...

Uhuk uhuk!!

*** *** *** *** ***

"Pantang gout ni cuma makanan laut saja ke?"

Bukan!

Gout disebabkan oleh paras asid urik yang tinggi dalam badan.

Amalan yang baik termasuk

Elakkan
* Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
* Ikan bilis, kembung, sardin
* Daging cincang
* Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
* Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

Kurangkan
* Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
* Peanuts, lentil, beans and peas
* Poultry
* Roti jagung dan bijirin


Renung-renungkan, dan selamat beramal!