Sunday, October 25, 2009

Monday, August 03, 2009

anak

...

Malangnya jadi Melayu di tanah sendiri. Asyik jadi kuda tunggangan saja.

Melayu tidak letih dan lesu jadi askar, jadi polis. Sebab mahu melawan musuh negara. Supaya rakyat kekal aman dan makmur. Tapi tetap dituduh juga berat sebelah, penuh korupsi oleh orang bukan Melayu. Dan mula pula letih bila dicemuh bangsa sendiri.

Melayu lupa dan tidak sedar dilaga-lagakan, dan terus diperkudakan oleh mereka yang mabukkan kuasa. Atau jadi askar pajak yang boleh dicaturkan sewenang-wenangnya.

Melayu sanggup berkorban, tapi akhirnya jadi korban. Korban kebodohan sendiri.

Melayu yang mahu suarakan hak, dipijak, dicemuh, dikeji. Dan satu persatu hak Melayu tertanggal, satu tak tinggal.

Malang sungguh jadi Melayu di tanah sendiri.

Sunday, July 26, 2009

muda

*** *** ***

Entah mana yang bodoh, mana yang gila.

Bas yang memandu di lorong kanan. Atau Vios yang mengekor rapat dengan lampu isyarat kanan dibiarkan menyala dan lampu tinggi dimainkan berulang kali. Pastinya, dipandu melampaui had laju.

Di lorong tengah bersusun kereta sederhana laju.

Entah mana yang gila, mana yang bodoh.

Saturday, July 25, 2009

Friday, July 24, 2009

Thursday, July 09, 2009

ke

***

Dengan mansuhnya PPSMI, maka kedengaranlah ngomelan cikgu-cikgu Matematik dan Sains. Bukan sebab mereka menyokong dasar PPSMI, tapi kerana sudah tidak boleh lagi mendapat elaun mengajar dalam bahasa Inggeris.

Duit mahu, tapi mengajar masih juga dalam bahasa Melayu.

Dan kalau ke blog Dr. M, ada rakyat sudah mula marah-marah kerana pemansuhan ini, dan mahu menunjukkan rasa marah dan kecewa itu dalam kertas undi nanti.

Buat susah, mansuh pun susah!

*** *** ***

Otak kanak-kanak ini macam span. Ajarlah apa sahaja, dia akan serap sebaik mungkin.

Kalau yang belajar itu gagal, puncanya adalah orang yang mengajarnya itu tidak betul.

Friday, June 26, 2009

gelanggang

...

Adalah sebabnya kenapa dalam telefon bimbit kamu profail 'silent' dilaras supaya tidak berdering.

Jadi elok sangatlah jika ia dibiar begitu sahaja kerana pasti si empunya mahu telefonnya tidak berdering bila dia memilih profail ini.

Tidaklah elok nanti, ketika kamu sujud, kawan di sebelah hilang khusyuk dan timbul berahi bila mendengar telefon bimbit kamu mendesah-desah dengan nada dering lagu The Pussycat Dolls, misalnya.

Idok begitu, Yeop?!

Wednesday, June 17, 2009

nakhoda

55 perkataan

Speedtest



Aku kalau dapat setakat 43 patah perkataan je, malu aku kalau tampal kat sini. Keh keh keh!

Thursday, June 04, 2009

pulang

...

Memang sudah jadi trademark bagi filem Hindustan, adegan menyanyi dan menari sambil bertukar-tukar pakaian.

Dian punya teorinya sendiri.

Katanya, mereka perlu kerap menukar pakaian kerana ianya mudah busuk disebabkan aktiviti menyanyi dan menari di banyak tempat. Tambahan pula destinasinya jauh-jauh belaka.

Ujarnya lagi, orang India akan membawa bawa beg banyak kalau pergi berjalan-jalan.

*** *** *** *** ***

Selain menghiburkan kami dengan teori-teori lawaknya, Dian juga boleh menyengat kami dengan soalan mautnya.

Antaranya, "Macam mana adik Ammar keluar daripada perut Mummy?"

Yang ini boleh jawab. Tak jadi masalah.

Mummynya akan jawab, "Adik Ammar ni besar, jadi doktor potong perut Mummy."

Tanpa perlu bercerita tentang burung dan lebah, bagaimana pula kami hendak terangkan bila Dian bertanya, "Macam mana adik Ammar boleh ada dalam perut Mummy? Macam mana dia masuk?"!

Tuesday, May 12, 2009

berlayar

Aku belek Ammar Rais Najwan.

"Eh! Ini bukan ikut hidung Abah, bukan ikut hidung Mummy tapi ikut hidung Dian."

Si nakal menyambung, "Ha ah! Macam hidung Dian kan? Mancung!"

Heh!

Saturday, May 09, 2009

kini

Macam deja vu.

Ini yang kedua. Lelaki. 4.5kg.

Alhamdulillah!

Nama sudah pilih tapi belum daftar lagi.

Wednesday, May 06, 2009

enggang

...

Apabila Inggeris kata, "Oh, yes! Yes!", dan Perancis kata, "Oui! Oui!"

Tapi bila sampai di Jepun, dia kata, "Iie! Iie!"? Kenapa tidak dijawab, "Hai! Hai!"

Heh!

Thursday, April 30, 2009

telah

...

Aku tak faham kenapa kenderaan yang memandu di lorong kiri, dan jalan di hadapannya tidak terhalang, tiba-tiba mahu menukar lorong ke sebelah kanan tanpa perlu memberi isyarat.

Dan kau pula sedang memandu laju di lorong kanan terpaksa memperlahankan kenderaan sedang kau tahu kenderaan di belakang kau sudah terlalu rapat.

Mengucap sahajalah,

Atau kalau masih sempat, beri isyarat tangan dahulu.

Tengok yang mana lebih penting.

Prioritize. Heh!

Friday, April 24, 2009

tiba

...

Kotak rokok dengan gambar-gambar ngeri. Perokok masih juga merokok.

Aku dah terdengar tentang ura-ura ini sejak bertahun dulu. Kerana ada penyelidikan di salah sebuah universiti tempatan yang percaya imej ngeri dapat menakutkan perokok tegar. Ha ha!

Jika kepercayaan ini adalah benar, bolehkah ia diaplikasi ke atas kes-kes kemalangan jalan raya?

Kalau sepanjang jalan dan lebuhraya di mana kemalangan kerap berlaku dipasang dengan imej ngeri kemalangan, kau fikir orang akan memandu lebih berhati-hatikah?

Atau orang akan memandu lebih laju kerana mahu mengelak memandang imej ngeri ini terlalu lama.

Atau mungkin orang sudah lali dengan imej-imej ngeri ini lalu hilang rasa ngilu...

*** *** *** *** ***

Salah satu sebab kenapa BN tumbang pada pilihanraya umum yang lepas ialah kerana BN melaburkan terlalu banyak wang ke atas iklan, poster, papantanda.

Di satu pihak, BN mahu dilihat sebagai parti yang berjasa pada bangsa, agama dan negara.

Tapi di pihak rakyat, ramai yang sudah celik dan tertanya-tanya entah berapa juta ringgit sudah dileburkan untuk iklan-iklan ini. Dan mungkin semakin ramai yang sakit hati bila terpandang imej-imej propaganda ini dan bertekad mahu mengundi pembangkang. Mereka letih mahu diingatkan BN sudah buat itu ini, walhal rakyat terus sahaja terhimpit.

Imej yang mahu dipaparkan, BN sebagai hero. Imej yang rakyat nampak, BN penipu.

*** *** *** *** ***

Seperti Icarus yang teringin menyentuh mentari, terlupa bahang mentari akhirnya mencairkan lilin yang mencantumkan sayap-sayapnya. Sayapnya luluh, dan Icarus jatuh lalu mati terhempas.

Paradoks Icarus.

Monday, March 23, 2009

Ekuinoks

...

Bila Pak Lah marah-marah mahu taktik kotor tumbangkan calon dihentikan, adakah dia bermaksud taktik kotor dalam mendapatkan pencalonan adalah dibolehkan?

Thursday, March 12, 2009

di bulan tiga

...

Aku beritahu isteriku, "Abah tak balik malam ni."

Isteriku beritahu si nakal, "Dian, Abah nak tidur rumah Mummy baharu malam ni."

"Hah?"

*** *** *** *** ***

Beberapa hari kemudian, Dian beritahu aku, "Dian nak cari Abah baharu."

"Sebab apa?" tanya aku.

"Sebab Abah tak handsome."

Sejak bila Brad Pitt sudah tak cukup handsome?

Monday, February 16, 2009

mentari di khatulistiwa

...

Tuanku Mizan hendak ingatkan sahaja. Manalah, kot-kot terlupa pula nak serahkan kuasa. Atau berubah fikiran barangkali.

Bukan kita tak tau, bukan kita tak ingat.

Semalam kata tak fikir soal kahwin, hari ini menikah.

Semalam kata tak mau bubar, hari ini sudah bubar.

Heh!

Hendak jadi hebat, kononnya kena 'unpredictable'. Cheh! Ini bukan 'unpredictable', tapi 'undecisive'!

Flip flop!