Thursday, June 04, 2009

pulang

...

Memang sudah jadi trademark bagi filem Hindustan, adegan menyanyi dan menari sambil bertukar-tukar pakaian.

Dian punya teorinya sendiri.

Katanya, mereka perlu kerap menukar pakaian kerana ianya mudah busuk disebabkan aktiviti menyanyi dan menari di banyak tempat. Tambahan pula destinasinya jauh-jauh belaka.

Ujarnya lagi, orang India akan membawa bawa beg banyak kalau pergi berjalan-jalan.

*** *** *** *** ***

Selain menghiburkan kami dengan teori-teori lawaknya, Dian juga boleh menyengat kami dengan soalan mautnya.

Antaranya, "Macam mana adik Ammar keluar daripada perut Mummy?"

Yang ini boleh jawab. Tak jadi masalah.

Mummynya akan jawab, "Adik Ammar ni besar, jadi doktor potong perut Mummy."

Tanpa perlu bercerita tentang burung dan lebah, bagaimana pula kami hendak terangkan bila Dian bertanya, "Macam mana adik Ammar boleh ada dalam perut Mummy? Macam mana dia masuk?"!

3 comments:

artisticklytouch said...

Mummy jawab...papa bawak dia masuk haha papa sila kembangkan jawapan yer

sinaganaga said...

Abah yang masukkan... Aaaa... boleh ke jawapan macam tu?

Mak Izz said...

dian bagitau uji, ammar lahir kuar kt perut. then dia tanya, "baby mak teh kuar kt mana?" *erk! taktau nk jawab apa. nk jawab betul ke.. atau kena kelentong sket. huhu.. byk mulut budak ni!