Friday, March 10, 2006

asalkan ku bisa

...

Aku 12. Dia 11.

Pak cik mentertawakan kami. "Kaki macam pondan! Sehelai bulu pun tiada."

Hati menggerutu. Aku dan dia. Panas!

Dia masuk bilik air. Lama.

Keluar, kemudian.

"Kau buat apa lama-lama dalam bilik air?" Aku.

"Cukur bulu kaki," dia.

Dua minggu kemudian. Bulu kakinya melebat. Keras, kerinting.

"Eh! Kenapa sebelah saja yang lebat?" Aku.

"Dulu aku 'test' je!"

Ah! Apalah yang kami tahu? Masih muda. Aku 12. Dia 11.

11 comments:

kunci hilang said...

Dia dulu 11. Sudah lebat sebelah.
Sekarang, bagaimana agaknya?
Kamu pula? :)

Tok Rimau said...

Bulu pondan pun lagi lebat. Itu baru penghinaan yang unggul.

tujuh86 said...

Ah! Aku 12. Dia 11. Apalah yang kami tahu?

Pegawai Khalwat said...

Bulu kaki saja?

Bulu lain?

(Maksud aku ketiak, jangan fikirkan yang bukan-bukan)

Op said...

haha dah tengok kaki aku? hasil cukuran pada umur yang lebih kurang sama. aku cukur 2-2 belah tapi.

labu_labi@Yahoo.com said...

beri add. email ada mail untuk adik! ASAP. Tuliskan di ruangan komen ini.

tujuh86 said...

Email saya, anarkismelayu[at]yahoo[dot]com, gom.anarkis[at]gmail[dot]com.

labu_labi@Yahoo.com said...

Saya akan menulis. MULAI SEKARANG.

sinaganaga said...

Pondan pun ada misai. Kau?

tuan tanah said...

bulu kaki lelaki wajib lebat dan kerintingkah?

Anonymous said...

"kenapa bulu kaki awak lebat sangat?"

"kecik2 dulu suka main dlm kebun, paya.. kena kudis. sebab tu subur.."

:-)