Monday, July 07, 2008

Bukankah

...

It's now official. The baby's gone.

Apa perasaan aku? Sedih? Aku baik-baik sahaja.

Bukan aku yang terguling-guling menahan sakit sebab turun darah. Bukan aku yang rasa seperti mahu tercabut nyawa dan berkali-kali meminta ampun dan maaf.

Aku baik-baik sahaja.

*** *** *** *** ***

Aku tak mahu mengaku aku ini suami yang baik, tapi aku fikir di saat-saat sukar seperti ini, tempat suami adalah di sisi isteri.

Mengapa aku kata aku bukan suami yang baik? Sebab aku selalu berbohong dengan isteri kalau mahu bersantai dengan teman-teman. Dahulu, bila dia telefon dan bertanya bila mahu pulang ke rumah, selalu aku kata, "Meeting tak habis lagi. Saya balik lambat."

Dahulu, jika bersama kawan-kawan, dan isteri menelefon kata mahu makan bersama, selalu aku kata, "Awak makan dahulu. Jangan tunggu saya."

Dan aku pun sambung berborak sambil minum teh bersama kawan-kawan, sehingga jam 9 atau 10 malam. Kadang-kadang terlajak hingga jam 11.

*** *** *** *** ***

Tapi akhir-akhir ini, aku tak mahu lagi berbohong. Jadi, kalau aku mahu melepak bersama kawan, aku berterus-terang sahaja. Dan akhir-akhir ini, isteri aku juga tak berapa kesah aku mahu melepak, sekali-sekala.

Mungkin dia sedar, lelaki seperti aku pun perlukan ruang sekali-sekala untuk bersama kawan-kawan. Lelaki gasar seperti aku, tak suka hidup terkongkong.

Sabtu lepas, aku ingin melepak bersama kawan, tapi isteri aku mahu aku jadi pemandu. Kebetulan, Sabtu dan Ahad itu ada kenduri perkahwinan sepupunya.

Aku paling malas pergi kenduri. Tapi aku benci bila isteri aku dakwa, aku ini lebih suka mementingkan kawan-kawan dari saudara maranya. Err, sebenarnya aku lebih benci bila ibu bapa isteri aku dakwa, aku ini lebih suka mementingkan kawan-kawan dari saudara maranya.

*** *** *** *** ***

Jadi, apa isunya?

Ya, aku terasa hati tapi aku baik-baik sahaja.

Kalau terasa pedas, berhenti makan cili.

*** *** *** *** ***

Kata orang, kalau mahu berhenti merokok, elakkan dari makan makanan yang pedas-pedas.

Hari ini sudah genap 30 hari aku berhenti merokok.

9 comments:

SugarLESS daddy said...

kau bapak mithali.

sol-jah said...

: (

but tahniah juga,
wa paling lama 1 minggu
tu pun psl sakit tekak kronik

Spyz

abdullahjones said...

bola kaca saya kata, kamu akan merokok balik dalam masa 15 hari dari saat kamu membaca komen ini.

Saharil said...

takziah jigo. tabah-tabahkan, rezeki tuhan, sapa tau. (dan tahniah juga, kerana sudah 30 hari puasa rokok, semoga permanen)

ah tok said...

Samalah aku cuma beza aku berterus-terang selalu. So, tak dapat apa yang mahu dihajati. Bukan takut isteri beb! Isteri suka menakutkan kita.

Lelaki sering memahami wanita. Kadangkala wanita tidak memahami lelaki.

Bro, semoga hidup bertambah ceria.

ayobkelubi said...

beb, lu mmg bapak mithali yang sejati..

Op said...

takziah dude
bukan rezeki kali ni

dugongsenyum said...

tak terkata.

Po said...

apa kata kalau kita berjudi.

kau berhenti terus dari merokok dan aku juga berhenti terus.

sesiapa yang berhenti terus dikira pemenang.

Judi itu haram.

ok?