Thursday, December 18, 2008

darah

Jarak di antara tol Jalan Duta ke tol Rawang lebih kurang 26.5km. Rekod peribadi ialah 13 minit. Aku nak balik rumah sahaja, bukan nak pergi mati!

Tapi aku faham bila kamu rasa tercabar bila dipotong oleh CLK 850 (baca: Kancil). Aku faham kamu malu bila kenderaan kecil memotong kamu. Mana nak letak muka, bila awek di sebelah kamu pun sudah tergelak-gelak.

Tapi maaflah, aku tak boleh tahan mahu ketawa besar kerana kamu terpaksa pula beratur di belakang kenderaan lain kerana mahu membayar tol secara tunai.

Semangat nak berlumba sahaja tak cukup, Yeop! Persediaan kena ada. Paling koman pun sediakanlah Touch & Go.

Idok begitu?!

2 comments:

OP Zaharin said...

kalau ada TnG tapi tak ada smarttag pun apa guna.

he he he

jiGOMorrison said...

SmartTag pun kadang-kadang kena beratur juga. Kadang-kadang lebih dahsyat sesaknya, sebab perlu jarakkan kenderaan dari pagar tol. Nampak sahaja hebat, tapi tak tak 'Smart' pun. Heh!