Sunday, September 04, 2005

Seni Perbualan #1

#1 Jangan sesekali melompat keluar dari topik tanpa isyarat. Kau mungkin mengundang bencana!

Contoh yang kurang bijak

En. R: Isteri kau baca blog kau tak?
En. N: Dia baca tapi dia tak paham. Jadi tak ada apa masalahlah.
En. B: Semuanya putih ya?

Aku yang duduk di sebelah En. B, hanya melihat En. N mendengus dan sekilas itu juga suara hatiku berkata, "Oh! Sh!t!!"

Riak wajah En. N berubah menjadi tegang. Aku rasa bila-bila masa saja meja boleh diterbalikkan dan En. B tersembam ke tanah.

En. N: Kau cakap pasal isteri aku ke?

Sebenarnya, En. B bertanyakan tentang kulit buku, tapi oleh kerana dia melompat keluar dari subjek, dia meletakkan dirinya dalam risiko dihembus api oleh En. N.

Hah!

Lompat
>> Op
>> Basri

3 comments:

Op said...

ooooooooooo kau dah tukar blog address. patutla pi sana asik ada guestbook je :P

sinaganaga said...

Mula esok. Aku nak panggil. Dia. Mat JUMP! or Matarabak (Mat yang Selalu Tertinggal Gerabak).

Amacam?

samurai said...

aku dah bace 3 versi cite pasal scene nih. tiap2 satu bagi aku lain2 feel. huhuhu..