Tuesday, September 13, 2005

Bila kata dikota

...

Dengan selaras senapang di tangan kiri. Atau secangkir racun di tangan kanan. Atau kau sudah memandang ke bawah melihat kereta yang cuma sebesar semut. Atau dengan mengikat tali ke siling. Berjingkit di atas kerusi. Antara sampai dan tidak.

When a blind man cries
(Words & music by Ritchie Blackmore, Ian Gillan, Roger Glover, Jon Lord and Ian Paice)

If you're leaving close the door
I'm not expecting people anymore
Hear me grieving, lying on the floor
Whether I'm drunk or dead, I really ain't too sure

I'm a blind man
I'm a blind man
And my world is pale
When a blind man cries
Lord you know
There ain't no sadder tale

Had a friend once in a room
Had a good time but it ended much too soon
In a cold month in that room
We found a reason for the things we had to do

I'm a blind man
I'm a blind man
Now my room is cold
When a blind man cries
Lord you know
He feels it from his soul


>> The meaning of suicide in literature

9 comments:

jiGOMorrison said...

Tujuh kejadian bunuh diri setiap hari - Soi Lek
Oleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI

SUBANG JAYA 12 Sept. - Tujuh kejadian bunuh diri berlaku setiap hari di seluruh negara yang mengakibatkan lebih 2,000 kematian setahun.

Ekoran itu, lebih 30,000 orang yang terdiri daripada keluarga dan sahabat handai mereka yang membunuh diri turut mengalami trauma daripada perbuatan itu, setiap tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, antara faktor yang menyebabkan kejadian tersebut ialah kemiskinan, kehilangan orang yang disayangi, keretakan perhubungan seperti penceraian dan penyalahgunaan dadah.

Di samping itu, kegagalan akademik dan sejarah penyakit fizikal atau mental seperti kemurungan serta sejarah bunuh diri dalam keluarga juga menyumbang kepada peningkatan kes berkenaan.

"Kadar peningkatan bunuh diri dianggarkan antara lapan hingga 13 orang setiap 100,000 penduduk setahun dan tujuh orang setiap hari serta lebih 2,000 kematian setahun.

"Kaum India merupakan golongan yang paling ramai membunuh diri iaitu 21.1 orang bagi setiap 100,000, diikuti kaum Cina (8.6 orang setiap 100,000) dan Melayu (2.6 orang setiap 100,000)," katanya pada majlis perasmian Sambutan Bulan Cegah Bunuh Diri 2005, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis, Datuk Dr. Shafie Ooyub.

Menurut Soi Lek, aliran juga menunjukkan peningkatan dua kali ganda bagi orang Melayu sejak 1960-an.

Ini kerana semakin ramai orang Melayu berhijrah ke bandar dan terdedah kepada tekanan yang tinggi di kota metropolitan.

Tambah beliau, antara cara-cara membunuh diri yang dikenal pasti sering berlaku adalah meracun diri dengan racun makhluk perosak dan racun rumpai, menggantung diri dan terjun dari bangunan tingi.

Bagaimanapun katanya, meracun dengan karbon monoksida semakin popular bagi mereka yang cuba membunuh diri.

"Bagi membantu individu yang mempunyai masalah kemurungan dan niat untuk membunuh diri, kementerian menyediakan 27 buah hospital di seluruh negara yang memberi perkhidmatan psikiatri dengan sejumlah 85 orang pakar psikiatri, dua klinik pakar psikiatri dan 56 kaunselor," jelasnya.

Di samping itu, kata Soi Lek, sebanyak 754 klinik kesihatan memberi perkhidmatan kesihatan mental di mana rawatan susulan terhadap pesakit yang mengalami kemurungan dan penyakit mental yang lain dijalankan.

"Sehingga tahun lalu, sebanyak 40 orang pakar perubatan keluarga dan 135 pembantu perubatan juga diberi latihan penyakit kemurungan.

"Sebenarnya niat untuk membunuh diri boleh disekat dengan mengambil kira keluhan mereka secara serius, menjadi pendengar yang baik dan menunjukkan sifat penyayang, memastikan mereka selamat dan mendapatkan bantuan pakar," ujarnya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Shafie yang mewakili Soi Lek turut melancarkan satu draf Garis Panduan Pelaporan Media yang telah disediakan oleh pihak media cetak dan elektronik bersama Kementerian Kesihatan, International Association for Suicide Prevention, The Befrienders dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Dengan adanya garis panduan tersebut, saya berharap semua wartawan dan penerbit media elektronik tidak terlalu mensensasikan sesuatu kes bunuh diri supaya tiada yang meniru tingkah laku dan perbuatan yang dianggap sebagai membanggakan ekoran liputan yang meluas," kata Shafie.

Anonymous said...

Melayu bunuh diri bertambah
Oleh Nurul Hazren Masitom

SUBANG JAYA: Aliran membunuh diri di kalangan orang Melayu meningkat dua kali ganda sejak 1960-an berikutan faktor tekanan hidup di bandar besar berdasarkan kajian penyelidik di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanapun, kajian itu menunjukkan kaum India mencatat kadar bunuh diri tertinggi, diikuti Cina dan Melayu.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Soi Lek, berkata penghijrahan kaum Melayu ke bandar dan terdedah kepada 'stress' yang tinggi akibat hidup di kota metropolitan menyebabkan peningkatan dua kali ganda kejadian itu sejak 1960-an.

"Wanita pula cenderung kepada cubaan membunuh diri berbanding lelaki.

"Kaedah bunuh diri dengan karbon monoksida kini semakin popular," katanya ketika merasmikan Bulan Cegah Bunuh Diri 2005 dengan tema Cegah Bunuh Diri - Tanggungjawab Bersama di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Shafie Ooyub merangkap pengerusi jawatankuasa penganjur program berkenaan.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Datuk Dr Narimah Awin dan wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Malaysia, Dr Han Tieru.

Pada majlis itu juga, wakil media cetak dan elektronik diberi draf Garis Panduan Pelaporan Media yang antara lain menyatakan perkara wajar dan tidak dilaporkan mengenai kejadian bunuh diri bagi mengelak mempengaruhi individu yang menunjukkan kecenderungan itu.

Peningkatan aliran itu juga dipengaruhi faktor kejadian bunuh diri selebriti terkenal seperti di Hong Kong dan Korea walaupun setakat ini tiada kes seumpama itu berlaku di Malaysia.

Kadar berlaku kejadian bunuh diri antara lapan hingga 13 orang bagi setiap 100,000 penduduk setahun dengan tujuh kes bunuh diri sehari.

Dr Chua berkata, kejadian bunuh diri antara 10 penyebab utama kematian di dunia dan penyebab ketiga bagi mereka yang berumur antara 15 dan 34 tahun.

Beliau berkata, penyebab atau tingkah laku bunuh diri berlaku akibat pelbagai faktor yang kompleks dan saling berkait antaranya kemiskinan, kehilangan orang disayangi, keretakan perhubungan seperti perceraian, penyalahgunaan dadah, kegagalan akademik dan sejarah penyakit fizikal atau mental seperti kemurungan serta sejarah bunuh diri dalam keluarga.

Katanya, bagi membantu individu yang mempunyai masalah kemurungan dan niat membunuh diri, kementerian itu menyediakan 27 hospital yang memberi perkhidmatan psikiatri dengan 85 pakar psikiatri, dua pakar psikologi klinikal dan 56 kaunselor, selain 754 klinik kesihatan yang memberi rawatan susulan terhadap pesakit kemurungan dan mental.

Sementara itu, Dr Shafie, meminta media tidak melaporkan secara terperinci kejadian bunuh diri di negara ini bagi mengelak individu yang menunjukkan kecenderungan itu terikut-ikut dan bertindak sendirian tanpa bantuan.

"Paling penting ialah pencegahan iaitu keluarga atau rakan terdekat yang tahu ada kenalan mereka menunjukkan tanda-tanda bunuh diri seperti kemurungan dan dinasihatkan mendapatkan bantuan pakar atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Befrienders," katanya.

* dipetik dari Berita Harian Online

Sufian said...

Dude, kat mana dalam Quran kata Tuhan larang membunuh diri?

Aku cari perkataan "suicide" dalam terjemahan Yusuf Ali tak ada pun.

Anonymous said...

Dub,

dah periksa al-Nisa:29? Mungkin?

sinaganaga said...

GUITAR by CAKE

I'm sitting by the,
Window of your,
Thirty-second,
Floor apartment,

Waiting,
For your,
Phone calls,
All to End,

I'm sitting,
watching, wind blow,Watching time go,
Watching cars go by,

I'm,
Waiting for these,
Memories to,
Begin,

If I,
Threw my guitar,
Out the window,
So far down,

Would I,
Start to regret it,
Or would I smile,
And watch it slowly fall, fall, fall,

Garbage trucks,
And taxi cabs,
Don't seem like they can,
Reach me here,

The clammer,
Of jackhammers,
Seems so faint,

Well, the way you treat me,
Like the only,
Slightly brings me down,
Alot

I don't think that I'll,
Ever be the same,

Yeah, If I,
Threw my guitar,
Out the window,
So far down,

Would I,
Start to regret it,
Or would I smile,
And watch it slowly fall, fall, fall,

Fall, fall, fall,
Fall, fall, fall,
Fall, fall, fall...

Sufian said...

Ok. Thanks dude.

Anonymous said...

Dub,

Kalau terjemahan Yusuf Ali memang begitu bunyinya. Tapi cuba bandingkan pula dengan terjemahan berikut:

PICKTHAL: O ye who believe! Squander not your wealth among yourselves in vanity, except it be a trade by mutual consent, and kill not one another. Lo! Allah is ever Merciful unto you.

SHAKIR: O you who believe! do not devour your property among yourselves falsely, except that it be trading by your mutual consent; and do not kill your people; surely Allah is Merciful to you.

Ada sesiapa yang faham Arab dan boleh bantu tafsirkan lebih lanjut?

Anonymous said...

ramai yang telah 'membunuh diri' sedang jasad masih terus berlari!

Berlari dikejar realiti
Berlari mengejar makna hakiki.

Anonymous said...

jeng gejeng gejeng
jeng gejeng gejeng..

Life it seems, will fade away
Drifting further every day
Getting lost within myself
Nothing matters no one else
I have lost the will to live
Simply nothing more to give
There is nothing more for me
Need the end to set me free

Things are not what they used to be
Missing one inside of me
Deathly lost, this can’t be real
Cannot stand this hell I feel
Emptiness is filling me
To the point of agony
Growing darkness taking dawn
I was me, but now he’s gone

No one but me can save myself, but it’s too late
Now I can’t think, think why I should even try

Yesterday seems as though it never existed
Death greets me warm, now I will just say good-bye

gedebushh
kelepekkk
kiokkk..
:-)

* fade to black - metallica