Tuesday, December 27, 2005

sekali kerdipan bersamamu

...

"Bunyi kucing macam mana?" Aku.

"Nyau.." Dian.

"Bunyi lembu?"

"Mooo.."

"Pandai, anak abah ni!!"

** ** **

Pernah tak kau terjumpa sepasang suami isteri buat tak tahu saja bila anaknya bingit membentak-bentak mahukan sesuatu? Dan kau pun berbisik di dalam hati, "Hish! Kalau anak aku, dah lama aku lempang!!"

Ah! Kau belum punya anak lagi, bolehlah kau kata begitu.

Mungkin kau tak sedar, ketika hati kau bernazar "mahu melempang", Tuhan sudah bersedia untuk menunaikan permintaan kau.

Ya! Memang anak kau, satu hari nanti, memang layak dilempang, kerana degilnya akan berganda-ganda melebihi kedegilan anak yang mahu kau lempang dulu.

Satu hari nanti, mungkin pelempang pun tidak mencukupi untuk mendiamkan anak kau itu. Atau kau sudah letih melempang, dan ia lebih baik kalau kau biarkan saja si anak membentak-bentak.

Percayalah! Ada orang yang sudah menyesal kerana Tuhan tunaikan permintaannya.

** ** **

"Eh, tengok lampu ni. Lawa kan?" Aku.

"Mooo.." Dian.

10 comments:

RHAPSODY said...

hi! thanks for dropping by!

now, on to your post:

good observation, tak pernah aku terfikir macam tu.

but.

i cannot help but feel that your kata-kata bagaikan satu doa untuk pembaca pula...

Najwa Aiman said...

ekekekekekekekkeekke..... betul! betul..!!! ekekkekekee....

eh... anak aku pun boleh tahan gak buasnya.... hmm... aku ada penah nak lempang anak org ke dulu? oh ya! aku bukan rasa nk lempang... aku rasa sonok sgt.. smpe aku penah cakap.. "kalau aku ada anak lelaki nanti, aku nak dia lasak mcm gitu.."

Oh my God!!!!

ayobkelubi said...

itulah.

aku pun tak berani nak bernazar sedemikian.

kerana aku pun menghitung bulan untuk menjadi spt kau.

artisticklytouch said...

786, juga kepada ibu2 n bapa dulu, kini dan selamanya, semoga ketabahan dan kesabaran sentiasa bersama kalian...

"kalau sedari dulu bapak mengajar Sazali, sudah tentu Sazali tidak menjadi begini bapak. Tapi bapak, sedikit-sedikit anakku Sazali, anakku sazali. Sekarang Sazali sudah punya Uang, Sazali boleh bikin apa Sazali suka. Semua ini salah bapak!" Kata Sazali sambil kaki kanannya diletakkan di atas kerusi dan sebelah satu lagi di lantai. - Anakku Sazali

samurai said...

buat apa nak salahkan budak. kalau dia tak mcm tu, org tak panggil dia budak.

patut salahkan bapak budak. sebab tak ajar anak jgn jadik degil. huhuhu..

p/s: belum ada anak. boleh le aku buat statement mcm tu.

tuan tanah said...

ada satu iklan di sini.
tempatnya di pasaraya. seorang anak membentak-bentak bila ibunya menjegilkan mata tanda marah melihat dia mengambil bungkusan keropok.
sebaik anak membentak, si ibu terus menghempaskan beg tangannya ke lantai dan meniarap sambil kaki dan tangan membentak-bentak (bagaikan anak kecil). orang sekeliling melihat. si anak terkejut melihat perlakuan si ibu, terdiam, dan tak jadi nak mengambil keropok tadi.

bagus juga cara ni kalau nak elakkan anak membentak2. kita tiru balik perlakuan anak tadi.

Pegawai Khalwat said...

Sabar jelah.... budak nak besar tu... (ulang balik ayat ni setiap tahun. Umur mana boleh patah balik ye tak?)

Lagi satu, elok rotan je. Tapi bak kata orang-orang tua; tak ada rotan, pelempang pun berguna.

Gunakanlah tanpa was-was.

Anonymous said...

sayang anak 'tangan2'kan..

kangmasanom said...

heepy new yearr2006

now a daddy said...

aku belom merasai apa yang kau sedang rasa, anak aku masih terlalu kecil.

ragamnya tetap ada, namun buat masa sekarang, apa jua perlakuannya aku gembira melayan. tidak sedetik pun dihati merasa marah sebalik kasihan.

apapun, satu pepatah melayu yang kau dan aku harus ingat: berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.