Monday, December 19, 2005

Seluruh

...

Kau ingat dengan berkahwin tu, semua masalah kau sudah selesai, ya?

Sebelum berkahwin, mereka mengasak kau dengan pertanyaan yang sepusat sepusingnya berbunyi begini, "Bila nak kahwin? Kalau tak ada kawan lagi, Mak Cik boleh carikan. Anak Pak Sahak yang baru habis belajar... bla bla bla."

Dan kau pun menjawablah, "Nantilah dulu. Muda lagi ni. Tak puas bujang."

Dan mereka menyambung, "Muda apanya? Mak Cik masa umur kau ni, anak dah sedozen."

Dan kau pun terdiam dan segera merancang untuk berkahwin. Dengan siapa saja yang sudi melamar. Walau apa saja kerjanya. Segala duit hangus kenduri kendara, biar kau tanggung! Kau berjanji.

Selepas berkahwin (selalunya, lima bulan kemudian), mereka akan mengasak kau kembali, "Dah ada apa-apakah? Takkan kosong lagi?"

Kau mengeluh. Tapi tak selalunya kau bernasib baik untk berkahwin dengan penembak tepat. Kadang-kadang, tanah tak subur masa dibajak. Kadang-kadang ditembak dengan peluru kosong saja.

Tu pun dah cukup baik kerana kau tak ditembak oleh penembak curi. Mula-mula tembak, bila dah kena (bila perut dah kembung), si penembak hilangkan diri.

Bukankah itu lagi parah?

Oh! Ada lagi yang lebih parah.

Bila kau terpaksa berkahwin dan menanggung biawak hidup. Yang bila celik saja matanya, hanya mahu duit. Minta temboloknya diisi. Segera! Dan bila sudah siap makan, mendesak pula 'dilayan'.

Dan kini selepas lama berkahwin, dan anak pula hampir sedozen, suami kau pula dengan hanya menghantar SMS saja, jatuhkan talak.

Parah!!

Lelaki baik susah dicari, ya? Dan. Kau pun berjanji, untuk tidak berkahwin.

8 comments:

sinaganaga said...

Dude,
Buat apa kau ada PORSHE banyak2 kalau kau cuma nak bawa Julia saja!!!

Ha ha.

tujuh86 said...

Julia mana satu yang kau maksudkan ni? Julia Rais atau Julia Roberts?

Kenapa aku perlu beli PORSCHE banyak-banyak, kalau banyak lagi model kereta yang aku belum ada?

Bukunota said...

oit,

anak bukan biawak idup lh. apa lah ko ni.

zairi said...

eh, susah jugak kawen ni ya. Ya, jadi apa agaknya Ramli Sarip skang ni kalo dia kawen. Hehehe... Listen : SYJ - Mata Sepet. Rock uu!

Anonymous said...

nazmi, kau nieh baca tak betul.
he doesn't mean kids as biawak hidup. tapi menanggung suami yg macam biawak hidup.

"Bila kau terpaksa berkahwin dan menanggung biawak hidup. Yang bila celik saja matanya, hanya mahu duit. Minta temboloknya diisi. Segera! Dan bila sudah siap makan, mendesak pula 'dilayan'."

apalah kau nieh


-rafthah-

Anonymous said...

fuiyoo ayahanda,
entry kali ni very2 mewakili kerisauan anakanda yang belum lagi berumahtangga.

lelaki yang baik memang susah nak dicari!kalau berjumpa plak, statusnya bukan bujang lagi! :(

p/s: kalau nampak icon anakanda online dekat YM tu, kdg2 tak betul. anakanda online pakai smartphone tapi dah logout pun, dia appear as online lagi ni.
-anakanda zz

tujuh86 said...

nazmi,
Rujuk komen rafthah.

zairi,
Lambat cepatnya nikah kahwin bagi lelaki bukan satu isu penting, KECUALI kalau kau berpewatakan macam perempuan. Atau dikelilingi kawan-kawan gay.

rafthah,
Tepat sekali.

anakanda zz,
Menulis dari hati harapnya akan sampai ke hati juga.

artisticklytouch said...

hehehehe aku jumpa jugak kau 786

anyway tq 4 the skrip baru baca satu... yang lain2 tuh aku akan baca bila kelapangan tapi yang dah kubaca itu looks promising, malam tadi aku bermimpi setting dan pelakon2nya .... alamak ....

anyway salam perkenalan..