Thursday, December 08, 2005

kau bisa menjelma

...

Aku terbau belerang lagi. Tapi sahaja aku buat tak tahu.

Kalau bertekak. Tentu, aku sahaja yang salah. Kalau dia kata hitam, tak mungkin jadi kelabu. Jadi, lebih baik aku diamkan sahaja.

Aku balik, dia diam. Dia keluar, aku diam. Sudah jadi halimunan.

Dia ada, aku tak nampak. Aku ada, dia tak peduli. Semacam ada tembok Berlin.

Di dalam rumah sendiri.

Betul kata kau. Dua tahun pertama ini macam-macam dugaannya.

"Bukan bos awak tu kawan awak juga ke? Beritahu sajalah, mesti dia faham." Dia.

Ah! Kalau 'dia' yang tidur sebelah aku hari-hari pun tak faham, bagaimana pula nak harapkan 'kawan' yang dah jadi bos supaya faham?!

Dan beban seberat dunia ini terus-terusan tergalas di bahuku. Sendirian.

Persundalkan dengan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing!!

2 comments:

sinaganaga said...

Saudaraaaaee...,
Perempuan dijadikan bukan untuk kita fahami!

Cuba2 renungkan... Sekian dunia jam seploh!!!

Cik Easy said...

Perempuan senantiasa bengkok.. bukan kau harus meluruskannya...ko perlu memahami kebengkokannya.. bak tercipta dia dari tulang rusukmu yang semulajadi bengkok.. learn and live with it...

huh lama aku tak beri comment kat blog org ehehhehhehe.