Monday, January 09, 2006

Dunia

...

Kan bagus kalau aku bercuti hari ni.

Tak payah buat kerja, tak perlu kena maki!!

Itulah, orang dah bagi cuti, masih nak kerja. Tengok ni. Beban tak cukup berat, batu digalas. Akhirnya, sehelai jerami juga yang mematahkan tulang belakang aku!

Selain kena maki yang merosakkan mood aku untuk berhari raya. Pasrah sajalah, dude!!

Patutkah, aku hantar surat perletakan jawatan? Keputusan yang aku patut ambil bertahun dulu. Tapi selalu aku tangguhkan atas nama persahabatan.

Persahabatan taik kucing! Bahalul!!

11 comments:

sinaganaga said...

Kau ni, sebenarnya, kerja tak kena bidanglah bro!!!

artisticklytouch said...

sabar bang, sabar... bawak mengucap.. - line paling popular dalam drama TV.

zairi said...

Jangan,tunggu dapat bonus... :]

Anonymous said...

kalau sepatutnya letak jawatan dari dulu, tapi x buat2 jugak, maknanya, mengakulah yang persahaatan anda masih lagi utuh... kalau tidak, dah lama dah angkat kaki.. betul tak.. eh, betul ker?

Pegawai Khalwat said...

Sabor bang.... jangan salahkan taik kucing, mahupun kucing atau taik itu sendiri. Kucing dan taik tak bersalah...

yang bersalah mereka dan keluarga mereka.....

Cik Easy said...

Aku boring ahh beb.. aku baca blog ko dari dulu sampai sekarang asyik komplen pasal kerja jer.. wehhhh resign jer lah.. carik kerja yang sesuai dgn nafsu ko..

. said...

cari kerja lain dulu,
baru resign

rasabaik said...

berkata tentang taik kucing yang tak bersalah, sebenarnya kaum berbulu tu tidak dianugerahkan sistem hidup (sistem pembetungan) yang credible, mungkin sebab taik mereka kecil, tak macam taik kita ataupun kawan kita primate yang lain.
tapi itu bukan lesen untuk mereka berak di mana-mana sempat, lebih lagi di muka pintu rumahku. sebab tu kucing, seperti beberapa sahabat dalam hidup kita, termasuk dalam kategori 'boleh diterajang'.
walau bagaimanapun, kalau nak berenti, berentilah. rezeki itu ada di mana-mana, dan tentu sekali bukan di sisi taik kucing.

Bukunota said...

naga, apa bidang yang sesuai dengan jigo. jangan kau jawab t*t*k lagi!!!

easy, cuba ko bayangkan jigo tak komplen pasal kerja kat blog dia. mahu aku kena rush ke pejabatnya utk cover pasal sorang mamat mengamuk.

jigo, kau nak resign, kau dah ada back-up planning?

shutter_speaks said...

bak kata siti,

percayalah, akan sentiasa ada benda yang kita tidak puas hati walau dimana kita berada.

jgn mkn hati sangat,,, baik makan kas kas lagi sodappp ekekeke ;-)

Pegawai Khalwat said...

Lagi pasal taik kucing. Nampaknya yang salah kucing tu la, bukan taik kucing.

Tapi kalau aku nak kaitkan taik kucing dengan kas kas.... hummm...

Karang ada yang tak lalu makan.....