Friday, January 06, 2006

bersama isinya

...

"Diam ini ada baiknya. Kurang cakap kurang dosa." Tok Rimau.

Sekarang, perhatikan gambar di sebelah dengan teliti. Inilah wajah teman-teman yang mesra duduk semeja. Tapi yang kau tak nampak ialah seorang dari mereka bertahi lalat di atas bibir (ditutupi misai), dan seorang lagi bertahi lalat di cuping telinga.

Aku pun tak berniat mahu gantungkan personaliti seseorang itu pada kedudukan tahi lalat di tubuh. Tapi menarik juga kalau kau mahu perhatikan personaliti seseorang itu dengan duduk letaknya tahi lalat di tubuh. Hei! Ini ilmu mengenal personaliti, bukan menimbang untung buruk nasib.

Jika diperhatikan, dia yang bertahi lalat di bibir ini bila bercakap cukup tegas. Tapi kadang-kadang berdesing juga telinga mendengarnya. Kadangkala, pedihnya terasa menikam sampai ke hulu hati. Sudah menjadi syarat utama kalau mahu duduk semeja dengannya: "MESTI TAHAN MAKI".

Yang bertahi lalat di cuping telinga ini pula sedikit resah bila pendapatnya dibidas. Orang-orang tua kata, jika seseorang bertahi lalat di cuping telinga maknanya orang itu seorang yang sensitif. Emosinya setipis kulit bawang. Orang-orang tua kata. Tipu mereka, tipulah aku.

Pejam mata kau. Sekarang, cuba bayangkan apa akan jadi kalau mereka berdua ini duduk semeja dan berbual.

Nah! Bila yang bertahi lalat di bibir sudah mula menyingsing lengan baju, yang bertahi lalat di cuping telinga pula akan menepis dan berpencak.

Aku? Si batu api. Cubalah teka di mana letaknya tahi lalat di tubuhku.

Hah!

Oit! Pembaca-pembaca yang lurus bendul, sila ambil perhatian!! Tiada seorang pun yang cedera semasa penggambaran ini. Kami semua (aku terkecuali) mesra-mesra belaka. Ini adalah fiksyen semata. Jika ada persamaan dengan mereka yang hidup atau mati, aku tak mahu ambil peduli.

6 comments:

Pegawai Khalwat said...

Lalat punya tahi, manusia dapat nama...

Duniawi... duniawi....

(Eh... ajaq la aku sama ilmu kenal personaliti tu! Kalau Sharifah Aini yang berbelas tahi lalat tu entah camna ye....)

sinaganaga said...

gambar yang tertera hanyalah hiasan

Op said...

hujan lebat malam tu
malam sebelumnya cerah pulak ya :-"

hahaha

Anonymous said...

gambar sekadar hiasan dari filem tempatan bertajuk Ku Genggam Bara Api Di Misaimu.

-Basri

tuan tanah said...

ooooooo... itu maksudnya...
tahi lalat saya pun atas bibir.. errr... bukan... di tgh2 antara hidung ngan bibir. boleh pakai jugak ke?

daun said...

kalau nak berkawan kene la pandai bertolak ansur..

kalau si tahi lalat telinga tak dpt toleransi dengan si tahi lalat bibir.. takkan la dpt duduk semeja..