Tuesday, January 03, 2006

asalkan

Pada hari Ahad yang lepas, saya mengikut Abah ke Putrajaya untuk menghadiri Gath GJ 2005. Kami sampai sekitar jam 3 petang. Sampai sahaja, saya tengok rakan-rakan Abah sudah beratur untuk mengambil makanan.

Kami duduk di meja belakang. Jauh dari lensa kamera. Suara dari pentas pun hanya sayup-sayup kedengaran. Yalah! Dah datang lambat, takkan nak duduk depan pentas?!

Abah kata, anugerah tahun ni lebih berkualiti kerana dipilih sendiri oleh panel hakim yang pernah menang anugerah sebelum ni. Tahniah untuk pemenang anugerah terutamanya Uncle Basri, Uncle Rimau, Uncle Adi dan Uncle Naga!! Yeah!

Bagus sekali persembahan Abang ND dan Abang AP. Sungguh saya terpegun. Mereka mainkan banyak lagu-lagu popular. Ramai yang turut sama menyanyi.

Ya, saya perasan juga Uncle Easy terbaring-baring menghalakan lensa kamera ke arah saya. Auntie Daun tuduh saya groupie. Jangan fitnah saya!! Saya hanya suka muzik.

Sebelah saya ni, Uncle Adi, dia senyap saja orangnya, macam Abah juga. Dari mula majlis hingga akhir majlis Abah dan Uncle Adi tak berbual langsung.

Namun keseluruhannya, saya amat berbesar hati kerana Abah sudi membawa saya bersama ke majlis ini. Bagi pihak Abah, saya mengucapkan tahniah untuk semua pihak yang terlibat. Jumpa lagi di majlis akan datang.

Yang benar,
DIAN

12 comments:

Cik Easy said...

ehehehhehe entry adik dian nih menolak anggapan uncle easy yang adik dian nih groupie seperti tuduhan fitnah auntie Daun...

Tok Rimau said...

Suruh bapak kau datang rumah Tok Rimau. Nanti Tok bagi jajan.

Anonymous said...

Kirim salam kat bapak kau, terima kasih sebab sudi menumpangkan uncle.

-basri

tujuh86 said...

Uncle Easy, jangan terpedaya dengan fitnah. Auntie Daun memang cemburu kerana saya lebih comel. :)

Uncle Rimau, Abah bilang CNY dia mungkin balik ke JB. Boleh jumpa ke? Senibong?

Uncle Basri, Abah bilang kecil punya hal, jangan kecoh-kecoh la!!

Anonymous said...

Bilang sama your father, Auntie Rafthah book awal2 buat menantu. mata tuh besar comel gila!!!!!!

siapa berani cakap groupie, naya jer nak kena skin alive makcik tuh. ha ha ha ha. future spice girls lah!

-rafthah-

rudy bluehikari said...

DIAN memang tomel. uncle nak cium pipi tapi Abah Dian dok jeling-jeling. Nak kasut pink sebelah boleh? uncle rudy

bean_beh said...

dian,

dari atas pentas abg bean dok curi2 memandang..tp dian malu2 je. tak lena abg bean teringatkan dian...andai dian pun sama, sudikah dian...

meminjamkan getah rambut aritu? kiutla getah tu..rambut abg bean pon dah nk panjang nih, leh la wat stail rambut grupi cam dian. pastu bila abg nd & abg ap perform laie kita dok bwh stage sorak sesama ek? mesti sronok kan?..boley le..boley le..

:o

Cik Easy said...

Abang Bean...dian bukan groupie.. dia future spice girl with a brain..

daun said...

Adik Dian,

Auntie Daun cuma menyatakan apa yang Auntie Daun nampak dan simpulkan.

1. Gaya pakaian Groupie (sleeveless and skirt jeans pendek)
2. Rupa yang comel ( Rambut toncit atas, mata bulat dan ala-ala confortable dengan semua orang)
3. Reaksi Adik Dian bila ada konsert unplugged ND (tak pula adik dian beruja bila kak ungku sdg menyanyi)

Jika salah anggapan Auntie, Maafkan Auntie. Auntie teringin jadi groupie tapi dah lebih had umur dan kecomelan pun sudah kurang (tapi masih ada comel tu). Pakaian apetah lagi. Tak melayakkan Auntie utk digelar Groupie. Bukan auntie jeles, Auntie bangga ada sorang groupie yang tak malu utk bergaya spt Groupie, dan benar=benar sukakan muzik.. Kecuali lagu-lagu Sheila Majid.

Sekian.

Auntie Mu
Daun

cempakabiru said...

dian yg tomey amat..
acik hana nk je pi peluk, cium2 dian masa kat dewan..tp masa tu acik malu laa..lgpon abah dian ushar jer anak dia..mana tau kot2 sapa pi kidnap.tp kat alamanda acik sempit cubit2 manjer gitu pipi dian..jumpa lagi ekk nnt.muaahhss!

tuan tanah said...

cumilnya Dian ni...walaupun tak bertemu secara live. rasa nak jadikan adik angkat! (kalau nak jadikan anak angkat, nampak tua sangat pulak saya kang ...hehe)

sinaganaga said...

Dian,
Kau kata abah kau pendiam??? muerekekekekeekeke... Sorry dude, uncle naga terpaksa ketawa kuat-kuat....

Dian,
Kau kecik lagi, kau belum kenal rinci abah kau lagi....

Dan, sekali lagi, maafkan uncle kerana terpaksa ketawa kuat-kuat.