Friday, January 20, 2006

bagai

...

Kau tak ada lesen motor, tapi masih nak naik motor? Jangan risau!! Siapa kata kau memerlukan lesen?! Boleh saja kalau kau mahu menunggang motor tanpa helmet. Atau kalau mahu menunggang melawan arus sekalipun, kalau kau bernasib baik, kau akan dibaling dengan kerusi oleh pegawai JPJ.

Jangan risau, pihak JPJ akan menghantar wakil untuk berunding dengan kau. Mak kau marah-marah hingga susah nak berunding? Jangan risau, bapa kau boleh berunding dengan mereka dan minta ganti rugi RM130,000-00.

Dengan wang sebanyak ini kau boleh buka sekolah memandu.

Selamat mencuba!

Oh! Sebelum aku terlupa. Ada sesiapa yang sudi ajarkan aku hisap shisa dengan batang betik?!

9 comments:

abdullahjones said...

batang betik buat ulam bang, bukan buat shisha.

Anonymous said...

siapa kata "naik" motor semestinya harus bergerak? Naik motor tidak perlu lesen dan tidak perlu topi keledar! Fathi ;)

Pegawai Khalwat said...

Aku nak berniaga bangku lepas ni. Boleh aku letak dekat-dekat tempat pemeriksaan.

Berniaga helmet dan lesen terbang dah tak laku sekarang ni.

Tak pun aku buka kelas silat atau tomoi, nanti orang nak pukul orang lain senang sikit.

artisticklytouch said...

hahahhaha aku mengetawakan mak bapak budak ittew...motif!!!????

anak kau tidka layak dibaling kerusikan?? sepatutnya dibaling batu nisan kepadanya....

sebab penunggang2 bodoh mcm anak kaulah polis selalu buat road block

motif!!!???

Bukunota said...

aku baru tahu ada posisi lain bila hisap shisha.

yangselalu orang hisap sisha sambil duduk dan tergadah ke langit. syok...

zairi said...

ha, aku pon baru tau macam mana nak isap shisha pakai batang betik. Tima kasih apek, i lap u!

amyz! said...

Kalau aku jadi pegawai JPJ, aku bukan saja baling kerusi, aku pastikan mak bapak dia pun kena tindakan sebab lepaskan anak dia dengan takde lesen, road tax dan insurans. apa ke bodoh diorang ni?

kalau dah mati katak tengah jalan sok, mesti dorang salahkan orang lain.

sedang org yang nak kuatkuasakan undang2 pun diorang blh nak salahkan org tu balik.

izzulyfa said...

aku tau... esok2 dia ckp yg tu bukannya batang betik. Tapi batang paip heheeha...

saman dia! saman mak ayah dia! saman org kampung!!..

ron97 said...

130,000?
untuk mak bapak dia
anak dia?
paling koman 2 tahun dlm penjara?

anaknya perlu 2 tahun untuk dpt 130,000
bapaknya perlu 13 minit utk habiskan 130,000