Friday, August 26, 2005

Setahun yang sudah

...

Dian,

Sebenarnya Abah tak tahu nak tulis apa. Abah fikir, Abah boleh tulis sesuatu yang istimewa. Tapi Abah tak tahu nak mulakan dari mana. Abah tulis. Abah padam. Abah tulis. Abah padam.

Abah bukan uncle Kampo awak. Dia pandai tulis yang tulus dari hati. Dia pemerhati yang hebat. Walaubagaimana tulus pun Abah, Abah tidak mampu tulis sebagus dia.

Tapi Abah janji. Kalau Abah ada masa, Abah cerita apa yang berlaku setahun yang lepas. Tapi itu cerita yang terlalu istimewa untuk ditulis di sini. Abah nak bisikkan di telinga awak. Masa awak tidur nanti. Supaya awak mimpi yang indah-indah. Dan sentiasa ingat bagaimana susahnya Mummy nak lahirkan awak dulu.


Kad Pengenalan awak yang berwarna merah jambu Posted by Picasa

Maaf, tak ada kek untuk awak. Awak kecil lagi. Belum sesuai nak makan kek. Nanti awak sakit perut, Abah dan Mummy juga yang susah. Ingat lagi bila Atuk suapkan awak makan durian dan kemudian awak cirit birit? Kesian Abah tengok Mummy risau.

Hah! Tapi tu semua alasan je. Sebenarnya gaji Abah belum masuk lagi. Hah!

Kalau ikut uncle Spyz awak, Abah patut hadiahkan awak adik! Ah! Kesian kat awak. Muda-muda lagi dah kena berkongsi kasih. Dahlah Abah dan Mummy tak luangkan banyak masa dengan awak. Kalau ada adik lagilah Abah dan Mummy tak ada masa untuk awak.

Tapi dengar sini, Dian. Ada kek atau tak ada kek, ada adik atau tak ada adik, awak mesti percaya, Abah sayangkan awak. Sangat sangat sangat sayangkan awak.

Tak kiralah kalau Abah selalu jerit-jerit kat awak bila awak menangis masa nak tidur. Atau Abah marah bila awak main pasir dan letakkannya atas kepala. Atau awak selalu selongkar rak di dapur dan sepahkan semua bawang dan kentang. Atau awak bawa buku Abah ke bilik air dan rendam dalam baldi.

Abah tetap sayangkan awak.

Muah!! Selamat hari lahir, sayang!!

7 comments:

sinaganaga said...

Hai my twinkle twinkle little star,
Uncle Naga mahu berpesan: Bumi Kita Satu. Jagalah Bersama-sama! Dan Jangan Main Manchis!!!

Happy birthday dude!

~ Uncle Naga

Anonymous said...

harap2 hati bersih sesuci embun pagi.. salam hari lahir to Dian

nikki said...

hmm dian sebaya dgn alia(5ogos)rupanya.manis.H.B'day 2 dian!

Anonymous said...

Dian,

Pakcik bukan abah kamu.Pak cik cuma geng dengan abah kamu.Pakcik juga bukan Uncle Naga.Dia suka main api.

Bersempena hari lahir Dian ini, pakcik kalungkan sejuta harapan agar suatu hari nanti Dian akan menjadi kebanggaan Ummi dan Abah.

Tatkala Abah Dian marah-marah sama Dian, ingatlah yang Abah Dian sebenar tension dengan segala kemelut dunia.

"Ayah marah Seriii...?" Scene 26, Take 5 Taken from the Movie : Fenomena staring M.Nasir.

Anonymous said...

Muah!! Selamat hari lahir, Dian!!


-lan-

izzulyfa said...

selamat hari lahir Dian... Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mendampingimu...

cik puan daun said...

Dian bebeh,

Acik Daun wish Dian Happy Birthday, Acik Daun masih tak dpt bagi Dian kawan untuk bermain. Tapi takper, Asalkan Dian Rocckkkkkk!!!!! :P