Thursday, August 18, 2005

Akademi Tilawah Fantasia?!

...

Apa jadi kalau Tilawah al-Qur'an ikut format Akademi Fantasi?

KALAU!

2 comments:

jiGOMorrison said...

Dipetik UTUSAN

Qari syor tilawah al-Quran tiru konsep Akademi Fantasia
Oleh Saifulizam Mohamad dan Haradiah Shah Hamdan


KUALA TERENGGANU 17 Ogos - Seorang qari tilawah al-Quran peringkat kebangsaan mencadangkan supaya tilawah itu meniru konsep program realiti Akademi Fantasia (AF) supaya ia lebih segar dan berupaya menarik minat golongan muda mengikutinya.

Peserta dari Perlis, Pisol Yusob berkata, ini termasuk 'mengurung' peserta dalam sebuah premis bagi jangka masa tertentu untuk diberi latihan mengenai teknik dan bacaan yang betul.

Menurutnya, para peserta pula perlu dipilih daripada golongan muda yang berjaya melepasi ujian membaca al-Quran.

Bagaimanapun, bagi mengekalkan kualiti tilawah yang diadakan sejak 48 tahun lalu, penentuan pemenang akan tetap dibuat oleh hakim profesional, katanya kepada Utusan Malaysia.

Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama ini telah diberi hak untuk siaran secara langsung acara tahunan itu, tetapi konsepnya tidak banyak berubah.

Selain peringkat kebangsaan, RTM dicadangkan supaya menjadikan tilawah peringkat antarabangsa lebih menarik dengan meniru konsep realiti. Di bawah konsep itu, kehidupan seharian para peserta akan dirakamkan, termasuk gelagat-gelagat menarik mereka.

Menurut Pisol lagi: "Tidak perlu tiru seratus peratus rancangan AF termasuk kaedah memilih juara melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), tetapi kita ubahsuai sedikit supaya ia menepati kehendak dan perkembangan dunia."

"Saya percaya ia tidak akan menjejaskan kesucian al-Quran," ujarnya.

Ron97 said...

semoga ianya ditonton..
jangan tayang kat rtm.
sbb penonton itu yang penting