Thursday, May 04, 2006

bertanda ringgit

...

Aku percaya dia terlupa nak telan pil kuning tu lagi.

Aku tak berapa marah kalau dia nak terus-terusan berkhutbah dalam drama arahannya. Ya! Walaupun drama-dramanya tidak dimulai dengan bismillah atau diselit dengan kata-kata sufi dan wali, dia memang suka berkhutbah. Dia betul mengikut perkembangan semasa. Habis isu gejala sosial ditelanjangkan dan ditoreh dalam drama arahannya.

Tapi malam semalam dia betul buat aku naik angin. Untuk kesekian kalinya.

Ok, bagaimana kau bayangkan pesta liar? P E S T A L I A R.

Belon-belon berbagai warna diikat dilekatkan ke dinding. Botol-botol arak bergelimpangan. Pil-pil khayal bersepah di lantai. Ada yang sempat memadu asmara dan melunaskan nasfu di kamar tidur. Sekumpulan remaja mabuk, khayal. Menari-nari. Muziknya? Irama METAL. Bingit dan keras.

Op op! ULANG!

Mereka menari seperti di disko tapi bermuzik-latarkan irama METAL?! Apa kejadahnya semua ini? Ini satu fitnah yang dahsyat! Amat!!

Aku tak kata budak METAL semuanya bersih. Tak minum arak, tak ambil pil khayal. Tapi adakan pesta liar dengan irama METAL yang bingit?

Hah? Kau jarang masuk kelab malam? Hah? Kau tak ada duit nak beli kaset lain? Hah? Kru penggambaran kau semuanya budak METAL? Mereka bukan kaki disko walaupun ramai yang kaki tonggang atau ambil ganja?

Ya! Nanti aku cuba usahakan buku untuk dia. Tajuknya? The Complete Idiot's Guide to Wild Party.

Hah?! Pil kuning kau dah habis?

11 comments:

k2yks said...

"ni.. ni ecstasy kan??"
(tunjuk pil putih macam panadol dalam plastik)

Bukunota said...

ha ha ha.

kau tengok tragedi.

aku tengok misi xx ray!

BooK said...

buat drama tak buat homework

kepimpinan melalui teladan

Pegawai Khalwat said...

Dia nak tunjuk kesan asimilasi budaya kot....

Tak pun dia nak jimat masa nak tunjukkan keburukan disko dan metal serentak.

Ha ha ha.... tak pun dia malas nak buat keja rumah, bak kata Bukhari....

Op said...

niat tidak menghalalkan cara.

Naim said...

betul kata OP.

kunci hilang said...

drama apa ya?
pesta liar, ada macam 'ggw' mungkin.

zizie ali said...

saya suka entri ini. ada permainan kata. ada unsur sarkasme. dan sedikit unsur khutbah. hehe hehe

blackpurple said...

Salam. Aku biasa makan pil kuning juga.. Bio C plus ke apa entah namanya.....hehehe

dugongsenyum said...

dorang tak tau, dengan megi kuning pun kita boleh buat wild party. macam malam tadi. hehehe

izzulyfa said...

a'ah...saya pun kompius gak.???? tak relevan sungguh!