Tuesday, May 16, 2006

tentang

...

"Alamak, salah lagi! Matilah aku!!"

Perut bertambah kecut bila melihat dia datang meluru. Macam peluru! Aku nampak tangannya melayang ke muka.

*Pap!*

Dahi aku ditepuk. Kuat! Aku terduduk dan hampir terjatuh!

Namanya Cikgu Abdul Rahman bin Atin. Tapi budak-budak panggil dia ARBA. Mengajar matematik. Garang nak mampus! Mampus pun tak garang seperti itu.

Aku memang lemah matematik. Selalu sangat dapat merah.

Ah! Bukan matematik saja aku lemah. Hampir semua mata pelajaran aku lemah.

Tapi aku cukup suka Prinsip Perakaunan. Cikgu Abdul Samad Morseh yang ngajar. Tiap kali masuk kelas mesti berbau rokok yang berselang seli dengan bau gula-gula Hacks. Nafasnya kuat. Macam kuda! Dia garang tapi tak ganas.

Cikgu yang cantik manis? Seksi? Ramai!

Biasalah! Aku yang sekolah lelaki ni sentiasa dalam kegersangan. Mana-mana cikgu perempuan pun cantik dan seksi di mata aku, err, maksud aku, KAMI. Seksi di mata kami. Kucing betina pun kadang-kadang nampak seksi. Ha ha! Oops!

Oh, kau nak tahu apa kesudahannya bila aku kena pelangkung dengan ARBA pada hari itu? Adakah aku terus jadi genius?

Tak juga. Sampai sekarang aku masih lemah matematik. Mungkin sebab otak aku bergegar kuat sangat masa kena tepuk dulu.

Apa-apapun, untuk semua guru, terima kasih banyak kerana sudi memanusiakan seorang orang. SELAMAT HARI GURU!

12 comments:

sinaganaga said...

Oit, kau ingat lagi tak jalan dari sekolah kau (melalui tangki air) menuju ke sekolah aku (melalui rumah HM Pak Brahim)?

tujuh86 said...

Mungkin pernah lalu tapi tak ingat!

Aku kalau melompat pagar pun selalu tunggu bas di depan Sekolah Teknik.

Cuma kalau berjogging selalu lalu depan sekolah kau. Tapi selalunya, aku pintas ke Taman Tasik Permaisuri lalu longkang besar. Ha ha! Pernah kena kantoi dan Cikgu bertugas suruh aku pusing Tasik Permaisuri 3 kali.

Op said...

Cikgu matematik aku guru disiplin. Kau ingat tak garang? Garang juga tapi tak pernah naik tangan walaupun rotan di tangan.
Misai? Melenting dude!

Bukunota said...

cikgu2 di kisas, tak ada yg garang2 (sangat). mungkin sekolah orang pandai2. hehehe

Pegawai Khalwat said...

Aku pun lemah matematik bang. Lemah dan malas. Tapi tak pernahlah dapat merah.

Member aku pun sama, lemah dan malas. Tapi satu hari tu apa hidayah dia dia dapat, dia jadi rajin. Sebabnya dia dapat markah yang agak tinggi setelah buat kerja dengan betul2.

Aku? Masih lemah dan malas.

Tapi karangan memang aku skor.

kunci hilang said...

setahu saya di sekolah yang penuntutnya cuma golangan laki-laki ada banyak buah jambu. Jambu mawar, jambu batu, jambu putik dan jambu air.

Adakah sekolah laki-laki itu merupakan musuh ketat pasukan sekolah 'cap kunci' di jalan cheras? Setahu saya penuntut di situ gemar keluar malam menuju ke taman tenaga. Cari nasi goreng pattaya.

abdullahjones said...

ya,ya. lelaki yang dulunya bersekolah lelaki sahaja memang selalu kegersangan kerana itulah mereka akhirnya menjadi penulis blog.hahaha.

ish, saya teringatkan shafura, budak perempuan sekolah sebelah. semua perempuan. lawa. sempat dating tiga kali sebelum di ketahui adik perempuan saya.
'abang dating dengan shafura??!!! budak tu playgirl!!!' kata adik saya. dia dengki. saya? budak sekolah lelaki sahaja memang selalu kegersangan, playgirl pun playgirl lah. playlah. hahaha.

ayobkelubi said...

uuiiiiiih,sekolah org-org pandai di kolumpo tu.aku sekolah org-org jahat kolumpo.

jauh kot dari sekolah korang.

artisticklytouch said...

Di sekolah yang mahukan anak muridnya berjaya di dalam sains, nun di selatan tanah air, aku dilempang oleh cikgu Sidon kerana aku letak baldi bawah katil sedangkan baldi sepatutnya diletak disebelah rak kasut.

Motif sampai nak lempang bagai? tak berdisiplin ke kalau letak baldi bawah katil?

rudy bluehikari said...

sepanjang aku sekolah menengah cikgu math aku semuanya pompuan seksi. makanya aku jadi terel math tak semena2...addmath yg selalu dpt 9 pun boleh dpt kredit masa SPM. MUhahahahaahahah!

warna wani said...

aku pun lemah math. tah kenapa la sampai ari ni alergik tengok nombo.

Anonymous said...

weh,aku rasa kau ni budak X-sassians, spm 1990 (kalau x salah) kelas 5 maju, former classmate,azizi, masri, safian dll.akupun dah lupa betulke.akupun x-sassian dan tentu kau kenall, muahahahahaha.akhinya jumpa kau kat sini