Thursday, May 11, 2006

duit

...

Di ruang-ruang koran tempatan, 'hiburan' sebenarnya bukan terletak di RUANGAN HIBURAN. 'Hiburan' bersepah-sepah dalam ruangan politik, sukan, mahkamah, surat dari pembaca dan kadang-kadang tersasar ke muka depan.

"Niat mesti betul dan lurus."

BETUL? Kalau kau rasa benda tu salah, tapi ketua kata betul, benda tu mesti betul. Tidak boleh tidak! Jangan cuba membangkang. Apatah lagi dianggap sebagai menyokong usul pembangkang. Walaupun niatnya betul. Err, 'betul' apa yang kau cakap tadi?

LURUS? Macam pembaris. Lurus bendul. Ikut saja kata ketua. Jangan belok, jangan melencong. Dan mereka pun berjalan berpimpin tangan seperti orang buta. Kadangkala tersondol juga orang di hadapan. Tapi mereka berjalan juga. Lurus. Berpimpin-pimpin.

Orang yang berprinsip tak ada tempat di situ. Di sana sudah penuh dengan si tolol dan bahalul. Yang hanya mengikut telunjuk. Ya! Dan tak kesah kalau disuruh terjun lubuk.

Oh, lupa nak tanya. Kau rasa terhibur bila membaca ruangan HIBURAN?

11 comments:

Anonymous said...

Patutnye' Ikut aku selagi aku dijalan yang benar dan betulkan aku bila aku salah'

Hadari Malaysia'Ikut je aku benar atau salah asal niat kamu betul'

Boleh gitu?

Amal tanpa Ilmu ...binasa...

Akak

sinaganaga said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sinaganaga said...

Jig,
Ruang HIBURAN sekarang ini penuh dengan cerita sedih.

Hah, apa? Norman dan Abby Abadi dah bercerai? Hah, apa?

Anonymous said...

maaf datuk. saya nak tolong orang kita..... huh!

-Naim-

Op said...

aku rasa terhibur bila tengok gambarnya. bukan teks nya.

haha.

esis said...

terhibur dengan sinis nya. haha

zizie ali said...

sudah sampai masa ruangan HIBURAN ditukar kpd CERITA ARTIS.
jangan sokong cadangan ini jika anda ahli Kelab Penyokong Kerajaan.

tuan tanah said...

bila baca ruangan HIBURAN tempatan, saya lebih tertanya-tanya daripada rasa terhibur:
siapa dia ni? pelakon? penyanyi? model kolam renang?

Pegawai Khalwat said...

The boss is always right!

The artist is always wrong!

kunci hilang said...

pembaris plastik lutsinar yang saya gunakan sewaktu di sekolah rendah dulu tidak lurus bendul. Apabila kerap digunakan ia akan membentuk dua, kadang-kadang tiga kecerunan.

dugongsenyum said...

Kisah Benar - Wahid Kasran. Lebih menghiburkan.