Thursday, May 25, 2006

memikirkan

...

"Eh, jomlah ikut aku malam ni. Pergi rumah sebelah."

"Gila kau!! Tak berani aku. Rumah tu berpuaka. Ada orang pernah kena bunuh dulu. Lepas tu, tuan rumah yang terakhir pula, mati bunuh diri."

"Jomlah!"

"Kau pergilah! Aku tak nak!!"

Dipujuk, diugut, didesak dan dipaksa, akhirnya aku mengikut juga. Dalam terpaksa dan benar-benar terdesak.

Rumah puaka tu dikelilingi semak samun. Aku rasa imej itu sudah terlalu klise. Cengkerik pula seperti takut mahu berbunyi. Kami melangkah berhati-hati. Bulu tengkuk sudah tegak terpacak sebaik sahaja memasuki perkarangan rumah.

Aku ternampak kelibat berlari-lari di balik rumah yang sudah tak bertingkap itu. Celaka!

Seekor kucing entah dari mana, menerpa ke dada. Arghh!!!

Suara tersekat di kerongkong! Dengan susah payah aku bertakbir!

"Allahu akbar! Allahu akbar!"

*Pap!!*

"Bangun! Bangun! Kenapa ni?!"

Isteri menepuk bahu. Terkejut mungkin. Anak di sebelah. Masih lena.

"Pukul berapa sekarang?"

"5.30"

Aku sambung tidur.

6 comments:

Anonymous said...

Cheh! Mimpi ropanya... :D

Tak cuci kaki sebelum masuk tido ke?

~tef

tojit said...

dia ingat ko tgh dgr ceramah P*S kot :-)

Pegawai Khalwat said...

Kalau hantu mesti ada kucing.
Tak boleh ka ada binatang lain.

Kura-kura ka...
Musang ka.....
Rimau ka....
Naga ka....
Semut ka.....

hana_kirana said...

Kata Ustaz Ismail Kamus, kalau bermimpikan kucing (berefekkan seram lagi tidak menyeronokkan pulak tu), dah tentu mimpi itu datang daripada jin

Op said...

kau tengok banyak sangat cerita misteri kat tv3 tu?

artisticklytouch said...

Macam cerita masa zaman sekolah dulu. Rumah disangka berpuaka tapi rupanya port amek ganja (sebab tu malam2 dengar orang mengilai). Kalau bini kau tak kejut mesti kau dapat tangkap penagih tu.

kucing? Err...dia penyiasat persendirian (puss in boots)