Wednesday, April 26, 2006

dan dunia kian sempit

...

Aku rasa dia kegersangan, err maksud aku, kebosanan.

Dia menghantar SMS dan membebel-bebel tentang penggunaan perkataan DNA dalam sebuah rancangan bersiri di TV. Tapi aku agak dia menonton rancangan itu kerana ada Raja Farah. Dan aku amat percaya dia sedang berfantasi menjadi orang halimunan.

"Apa kau buat kalau kau jadi halimunan?" Aku.

"Nak tolong orang buta melintas jalan!" Dia.

Konon! Aku tak percaya sebab dia bukan halimunan dan Raja Farah tiada di depan mata.

Ah! Itu semua fiksyen semata, jangan terpedaya. Seperti kata mereka yang marah-marah pada Faisal bila dia mencemuh Gubra, "Kau ni jumud sangat! Filem cuma sebagai hiburan. Mereka berlakon sebagai muhrim mestilah buat betul-betul, baru real!"

Maknanya kalau aku jadi pelakon utama dan kakak mereka ini berlakon sebagai isteriku, aku boleh meramas dadanya bila aku suka. Ya! Mereka amat percaya aku dan kakak mereka sudah menjadi muhrim sebaik saja Puan Sutradara menjerit, "Action!" Itulah akadnya. Dan Puan Sutradara itulah kadi, wali dan saksinya.

Mereka kata Faisal patut ambil yang positif dan abaikan yang negatif. Maksudnya, buat buta dan pekak saja. Ikut pengiraan mereka, positif campur negatif masih lagi positif. Jadi buat apa nak bising-bising terpekik terlolong macam orang disampuk polong?

Aku tahu yang Faisal tahu, lebih sukar memisahkan tumpahan nila dalam sebelanga susu daripada membersihkan sekandang lembu yang terpalit lumpur.

15 comments:

sinaganaga said...

>>>lebih sukar memisahkan tumpahan nila dalam sebelanga susu daripada membersihkan sekandang lembu yang terpalit lumpur.

Pergh! Filsuf!

d'arkampo said...

kat tempat aku kalau filusufnya hebat...cuma satu perkataan sahaja yang terbit.

"Tinggi!" bermakna tingginya makna filusuf itu. Tingginya ilmu mantiknya.

Untuk kau. Kali ini.

Tinggi!!

Pegawai Khalwat said...

Ayat hang ni ayat makrifat ni bang.

Perghh....

Bole aku pinjam buat skrip?

Bukunota said...

Oit. Betul aku nak buat kebaikan saja kalau jadi halimunan. Tolong orang. Bantu orang.

Yg lain-lain tu, part time je.

Hehehe

ron97 said...

kanta pembesar bukanlah tandingan bagi kanta sentuh biru.
walaupun kanta pembesar itu, lebih teliti.

k2yks said...

aku tahu engkau tahu bahawa engkau tahu apa yg aku tahu..

Op said...

makin tinggi filsuf brader kita nih. hari tu senyap lama pergi betapa gamaknya hehe.

esis said...

best filsuf ni. benar

BooK said...

hihi. filsuf. sungguh!

Tok Rimau said...

tak adillah meletak semua dosa pengarah2 film atas bahu yasmin seorang. orang lain pun buat apa yang dia buat.

Apa pasal tikam dia seorang? Amuklah! Tebas kepala semua.

k2yks said...

tokr, org lain juga buat apa yg dia buat. tapi org lain tak letak "Bismillah.." pada pembukaan dan 'kata2 Rumi' sbg penutup..

BooK said...

tokr:
filem yasmin nukak aurat
filem lain pon

filem yasmin menggatal-gatal
filem lain pon

filem yasmin CUBA mentafsir maulana rumi
filem lain tidak pon

filem yasmin dimulai dengan basmalah, diisi seperti filem lain
filem lain tidak pon

zizie ali said...

aku tak kisah kalau orang curi duit aku seposen. kalau seribu, aku marah.
yasmin curi dua ribu.

kunci hilang said...

aku tak kisah kalau orang curi duit aku seposen. kalau seribu, aku marah.
yasmin curi dua ribu.
- zizie.

haha.. filsuf yg sungguh juga ni!

Sufian said...

Kat depan meja aku ni ada buku tajuknya Lagi-lagi Cerpen Underground. Dalamnya ada cerita pasal gay, pasal pembunuh, pasal seks luar nikah, dan bermacam-macam lagi.

Dalam kata pengantarnya ada cerita emergant literature, hegemony, serta "moraliti negatif dan kekotoran dunia."

Aku suka buku LLCU. Ia satu breakthrough. dalam penulisan Bahasa Melayu.