Thursday, June 28, 2007

pula

...

Dulu Yin, sekarang Haiqal.

Cari punya cari, tengok-tengok anak selamat di rumah datuk. Aduhai!

Antara sebab-sebab yang boleh difikirkan kenapa ibu bapa Haiqal tidak bertanya terus pada ayah mereka:

1. Takut datuk terkejut cucu hilang!
2. Mereka anak beranak sedang berperang dingin, mungkin.
3. Datuk tunggu orang ramai tawarkan ganjaran, whuosh!!

Kesimpulannya, anak kita tanggungjawab kita!

kita

...

Antara soalan di tengah bulan yang lelaki tak mahu dengar tapi perempuan suka tanya ialah, "Mana pergi duit gaji awak?!"

Kalau mood aku nak bergurau, aku akan jawab, "Saya ada perempuan simpanan. Duit gaji semua dah belanja untuk dia."

Tapi hal sebenarnya, pertama, aku tak ada perempuan simpanan, dan kedua, aku tak suka mewah-mewahkan perempuan dengan duit. Duit bagi perempuan, mana pernah cukup!

Lagipun, kalau aku ada perempuan lain, aku lebih suka (kalau boleh!) yang percuma saja. Ha ha!

Oops!

Ok, apa cerita duit tadi? Hmmm...

** ** **

Farewell Rabid Wolverine!

Wednesday, May 09, 2007

akan

...

Bila harga barang naik, Menteri jawab, "Rakyat kena ubah cara hidup, berbelanja dengan berhikmah. Kalau sekarang pakai kereta, jual kereta pakai motor. Kalau sekarang pakai motor, jual motor naik basikal. Kalau sekarang naik basikal, jual basikal jalan kaki!"

Seorang rakyat yang lurus bendul bertanya, "Kalau sekarang jalan kaki?"

Menteri jawab, "Potong kaki, tak payah berjalan!"

Bila harga tol naik, Menteri jawab, "Kalau tak mahu bayar, guna jalan lain."

Tapi jalan bertol atau tidak, masih juga sesak setiap pagi dan petang. Dan rakyat dibiarkan menganga dan melopong, menanti perjanjian kosensi didedahkan.

Rakyat bertanya, "Bila Datuk Seri?"

Datuk Seri terlupalah tu.

Bila bayaran TV kabel itu mahu dinaikkan, Menteri jawab, "Kalau tak suka, jangan tonton. Tengok saja TV percuma!"

Ramai marah. Itu jawapan yang kurang wajar, pastinya. Kurang ajar? Mungkin juga. Dia menteri yang bekerja untuk rakyat atau bekerja untuk syarikat TV kabel?

Tak lama lagi pilihan raya. Dah dekat sangat.

Rakyat dah berapa suka nak dengar jawapan para Menteri yang dimulakan dengan 'kalau tak suka..." lagi. Rakyat dah kurang gemar dengan parti dot dot, rakyat patut pangkah parti tut tut pula! Biar padan muka Pak Menteri.

Integriti Agenda Nasional, konon!

Integriti tahi kucing! Ptuih!!

Friday, May 04, 2007

menghilang?

...

Tidak ada cerita yang nak dikongsi. TAK ADA!

Gambar Dian yang riang ria ini hanya untuk hiasan. Halwa mata, orang kata.

Kalau otak kau berdetik, "ah comelnya Dian!" aku ucapkan berbanyak terima kasih! Macam mana rupa kuih, begitulah juga rupa acuannya. Lebih kuranglah. Ha ha!

Kalau tak percaya, cuba kau tanyakan pada Dian, "Abah hensem tak?"

Kalau moodnya baik, aku pasti kau akan dengar jawapan darinya, "Hensem! Macam Brad Pitt!!"

WUHOO!!

** ** ** **

Kalau kau suka baca sajak, kau boleh dapatkan Sajak-Sajak Suci AbdullahJones daripada pengedar tunggal, Amir Mukhriz. Sila hubungi dia melalui email amirmukhriz(AT)gmail(DOT)com untuk tempahan.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan dan puan. Terima kasih!

Saturday, April 28, 2007

Maruah

...

80% Melayu belum berdaftar sebagai pengundi?

Biar betul! Kenapa? Tak berminat dengan politik?

Betulkah?



Sekarang boleh daftar secara automatik ya?

Wednesday, April 25, 2007

jangan

...

Memang menyedihkan bila orang yang berbudi terasa hati dan kemudian bersumpah untuk tidak berbudi lagi. Sudahlah budinya itu seolah-olah tidak dikenang, dia dilemparkan pula dengan berbagai tuduhan. Penyangak, penculik, mangkuk dan berbagai nama lagi yang sedap meluncur dari mulut tapi tak selalunya sedap didengar di telinga.

Kalau maruah sudah tercalar, lupakanlah saja duit ganjaran. Orang sekeliling pun memandang hina saja. Hoi, kau ingat diorang lapar sangat ke dengan duit kau tu!

Kepada rakyat Malaysia, tahniah kerana masih bertindak mengikut perasaan yang tebal dengan prejudis! Malaysia boleh!!

Yie~haa!!

Thursday, March 29, 2007

dijual

...

It's good to be alive! IT REALLY IS!!

Baru turun dari IAB, Genting Highlands. Pergi sana sendiri. Turun pun sendiri. Aku rasa aku masih tak pandai nak memandu turun bukit yang berselekoh tajam. Sungguh!

Aku biarkan gear free menuruni bukit. ZruuuUUUMMMMM!! Laju, dude!! Nak-nak lagi melayan selekoh. Ha ha!! Sekejap makan kiri, sekejap makan kanan. Pergh!! Nak-nak lagi dalam hujan lebat.

Tapi seperti yang aku cakap tadi, syukur kerana aku masih hidup lagi.

Sebab tadi, masa aku seronok menderas turun bukit melayan selekoh, tiba-tiba aku terasa brek aku tak makan. Aku pijak sampai ke lantai (betul ni, dude!!) tapi kereta sport aku macam tak mahu berhenti. Kereta di hadapan pula main-main brek. Cilakak!

Aku tarik handbreak! Tak ada hasil pun, sebenarnya. Kalau kereta di depan memang tak bergerak, aku rasa aku memang dah cium bontotnya. Muaaaaaaaaaaaah!!!

Ya, aku hidup lagi. Aku masih boleh updet blog. What a big deal, kan?

Lutut aku masih tak hilang lagi ketarnya. Ha ha!!

It's good to be able to laugh and tell you all about this. IT REALLY IS!

Saturday, March 24, 2007

atau

...

Bukan main-main perang
Bukan perang main-main

Thursday, February 08, 2007

ditukar

...

Mungkin kau dah jelak nak dengar benda-benda sebegini, tapi biarlah berbuih mulut aku ulang. Harap-harapnya kalau benda-benda begini kalau diulang, boleh masuk juga ke dalam otak mereka yang senak.

Selalu sangat bila orang di bawah bising-bising, orang di atas buat tak tahu.

Bila sudah bosan membantah tapi tiada tindakan pun diambil, maka surat pun melayang-layang. Orang di atas pun kata, "jangan jadi bacul! Kalau berani, jangan berselindung di sebalik surat layang!"

Maka, mereka yang berani sedikit akan mengemukakan dakwaan dengan surat yang ditandatangani dengan nama sebenar. Tapi kau tahu apa kata orang di atas? "Jangan buang masa saya dengan tuduhan seumpama ini. Banyak kerja lain lagi saya nak tengok!"

Ya! Kerja mereka terlalu banyak hingga untuk menyiasat pun tiada masa. Sebab itulah banyak sangat kes seleweng terlepas, kerana orang di atas pandang sebelah mata saja pada dakwaan yang ditimbulkan.

Ada pula orang di atas yang bising-bising mahukan bukti. Kata mereka, "kalau betul tuduhan ini, sila kemukakan bukti!"

Kau pun tahulah orang-orang di bawah ini sebenarnya bukan ada kerja pun. Bukankah mereka ini saja suka-suka membuat tuduhan tanpa bukti. Sebab itulah mereka jugalah yang diarahkan untuk menyiasat setiap rinci dakwaan yang dikemukakan. Mereka kena cari bukti yang kukuh. Bukan setakat mendengar khabar-khabar angin. Para penyiasat pihak penguasa yang bersepah-sepah itu buat apa? Cium dan jilat kasut sajakah? Terlalu dungukah untuk membuktikan sama ada tuduhan itu berasas atau tidak?

Namun bila orang-orang di bawah berusaha mencari bukti dan saat hendak dibentangkan sahaja bukti itu, orang di atas pun resah, "rahsia pemerintah tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya. Hukuman penjara akan dikenakan kepada mereka yang engkar!"

Dan begitulah yang belaku setiap kali ada isu. Dan bahalul-bahalul inilah yang makanannya adalah undi yang kamu campakkan dulu. Aduhai!

Thursday, January 25, 2007

ganti

...

Damn! Aku ada blog rupanya!!

Thursday, January 04, 2007

biarpun

...

Alamak! Kau ada baca akhbar hari ni?

Petikan dari Berita Harian

Mereka yang cuma memiliki seorang anak - perempuan - berisiko 25 peratus mendapat penyakit itu (barah prostat) berbanding lelaki yang ada sekurang-kurangnya seorang anak lelaki.

Bagi lelaki yang mempunyai dua anak perempuan tetapi tiada anak lelaki, risiko meningkat kepada 40 peratus, manakala mereka yang mempunyai tiga atau lebih anak perempuan berisiko 60 peratus menghidap barah prostat.

Secara keseluruhan, bapa kepada anak perempuan berisiko 40 peratus mendapat penyakit itu.


Aku ada seorang anak perempuan. Itulah saja anak aku buat masa ini. Bermakna, aku sudah berisiko 25%.

Memang ingin nak tambah anak seorang lagi. Harap-harapnya lelaki, tapi kalau dianugerahkan perempuan juga, risiko aku menghidap barah prostat boleh meningkat ialah 40%.

Aduhai!!

Lompat
>> Prostat Cancer