...
Bila harga barang naik, Menteri jawab, "Rakyat kena ubah cara hidup, berbelanja dengan berhikmah. Kalau sekarang pakai kereta, jual kereta pakai motor. Kalau sekarang pakai motor, jual motor naik basikal. Kalau sekarang naik basikal, jual basikal jalan kaki!"
Seorang rakyat yang lurus bendul bertanya, "Kalau sekarang jalan kaki?"
Menteri jawab, "Potong kaki, tak payah berjalan!"
Bila harga tol naik, Menteri jawab, "Kalau tak mahu bayar, guna jalan lain."
Tapi jalan bertol atau tidak, masih juga sesak setiap pagi dan petang. Dan rakyat dibiarkan menganga dan melopong, menanti perjanjian kosensi didedahkan.
Rakyat bertanya, "Bila Datuk Seri?"
Datuk Seri terlupalah tu.
Bila bayaran TV kabel itu mahu dinaikkan, Menteri jawab, "Kalau tak suka, jangan tonton. Tengok saja TV percuma!"
Ramai marah. Itu jawapan yang kurang wajar, pastinya. Kurang ajar? Mungkin juga. Dia menteri yang bekerja untuk rakyat atau bekerja untuk syarikat TV kabel?
Tak lama lagi pilihan raya. Dah dekat sangat.
Rakyat dah berapa suka nak dengar jawapan para Menteri yang dimulakan dengan 'kalau tak suka..." lagi. Rakyat dah kurang gemar dengan parti dot dot, rakyat patut pangkah parti tut tut pula! Biar padan muka Pak Menteri.
Integriti Agenda Nasional, konon!
Integriti tahi kucing! Ptuih!!
Wednesday, May 09, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
mmg pun, boleh pula dia ckp macam tu kan? mmg cam haram!
Moto baru: KALAU TAK SUKA, JANGAN BUAT. BUAT APA YANG KITA SUKA SAJA
mmg cam..er..cam... er.. shilake!! [bahasa yg telah ditapis]
Oit, oit. Ko cakap bila sindiket Sol jah akan bersidang kat kedai mamak Fathima. Nanti aku join jadi pengerusi majlis. ngeh, ngeh, ngeh. Opis aku kat area2 tuh jer.
Saya menang moto!
ptuih! aku teringgin benar nak jumpa menteri menteri semua tu pasal banyak sangat dah kata carutan aku simpan. tak tertanggung dah rasanya!
chill jigo. as long as pemilihan pemimpin ikut sistem sekarang... this is what you'll get.
or ko boleh pujuk ramai2 pilih pemimpin yang lagi baik? illogical.
rakyat malaysia ni kebanyakkannya masuk dalam category 'cattle'.
Boleh digembala.
oit, bro. bila akan ada entri baru nih? ke dah tukar kepimpinan..? he he he he .....
ayam dalam reban.
selagi ada makan, selagi ada lampu utk panaskan badan, itu dah cukup dari bagus!
kesian si ayam tak tahu diaorang tunggu masa je nak kena sembelih!
wo!
eh, betul punya marah la..
abang marah bang.. *wink *wink
hak hak hak .. bro Jigo, baru aku perasan tadi yg opis bro belakang jer.. kire dekat sgt ngan opis aku. muahaha .. keciknya donia ini
hai... assalamualaikum, nak kena tapis ler kepemimpinan.
Post a Comment