Thursday, February 08, 2007

ditukar

...

Mungkin kau dah jelak nak dengar benda-benda sebegini, tapi biarlah berbuih mulut aku ulang. Harap-harapnya kalau benda-benda begini kalau diulang, boleh masuk juga ke dalam otak mereka yang senak.

Selalu sangat bila orang di bawah bising-bising, orang di atas buat tak tahu.

Bila sudah bosan membantah tapi tiada tindakan pun diambil, maka surat pun melayang-layang. Orang di atas pun kata, "jangan jadi bacul! Kalau berani, jangan berselindung di sebalik surat layang!"

Maka, mereka yang berani sedikit akan mengemukakan dakwaan dengan surat yang ditandatangani dengan nama sebenar. Tapi kau tahu apa kata orang di atas? "Jangan buang masa saya dengan tuduhan seumpama ini. Banyak kerja lain lagi saya nak tengok!"

Ya! Kerja mereka terlalu banyak hingga untuk menyiasat pun tiada masa. Sebab itulah banyak sangat kes seleweng terlepas, kerana orang di atas pandang sebelah mata saja pada dakwaan yang ditimbulkan.

Ada pula orang di atas yang bising-bising mahukan bukti. Kata mereka, "kalau betul tuduhan ini, sila kemukakan bukti!"

Kau pun tahulah orang-orang di bawah ini sebenarnya bukan ada kerja pun. Bukankah mereka ini saja suka-suka membuat tuduhan tanpa bukti. Sebab itulah mereka jugalah yang diarahkan untuk menyiasat setiap rinci dakwaan yang dikemukakan. Mereka kena cari bukti yang kukuh. Bukan setakat mendengar khabar-khabar angin. Para penyiasat pihak penguasa yang bersepah-sepah itu buat apa? Cium dan jilat kasut sajakah? Terlalu dungukah untuk membuktikan sama ada tuduhan itu berasas atau tidak?

Namun bila orang-orang di bawah berusaha mencari bukti dan saat hendak dibentangkan sahaja bukti itu, orang di atas pun resah, "rahsia pemerintah tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya. Hukuman penjara akan dikenakan kepada mereka yang engkar!"

Dan begitulah yang belaku setiap kali ada isu. Dan bahalul-bahalul inilah yang makanannya adalah undi yang kamu campakkan dulu. Aduhai!

7 comments:

jagoan said...

kau carut saja orang yang dimaksudkan :D

sinaganaga said...

Nandayo!

Anonymous said...

mereka bukan hanya pahat yg perlu ditukul-tukul! mereka juga tidak percaya pokok blh bergoyang walaupun tiada angin!golongan apakah mereka ini?

areyoung said...

Tulah tu, blog yang menjadi piring bagi mentimun ni pun nak dipantaunya. Takutlah tu!

Pegawai Khalwat said...

Ya.... aku memang sibuk!

Muahahaha.....

Psss.... perasan jadi orang besar.

Tok Rimau said...

Aku pi kepada pembikin KELAPA. Adik, jangan risau. Kemenangan adik tertangguh.

Nazri said...

Weh, update la weh, aku nak baca blog!