Thursday, January 04, 2007

biarpun

...

Alamak! Kau ada baca akhbar hari ni?

Petikan dari Berita Harian

Mereka yang cuma memiliki seorang anak - perempuan - berisiko 25 peratus mendapat penyakit itu (barah prostat) berbanding lelaki yang ada sekurang-kurangnya seorang anak lelaki.

Bagi lelaki yang mempunyai dua anak perempuan tetapi tiada anak lelaki, risiko meningkat kepada 40 peratus, manakala mereka yang mempunyai tiga atau lebih anak perempuan berisiko 60 peratus menghidap barah prostat.

Secara keseluruhan, bapa kepada anak perempuan berisiko 40 peratus mendapat penyakit itu.


Aku ada seorang anak perempuan. Itulah saja anak aku buat masa ini. Bermakna, aku sudah berisiko 25%.

Memang ingin nak tambah anak seorang lagi. Harap-harapnya lelaki, tapi kalau dianugerahkan perempuan juga, risiko aku menghidap barah prostat boleh meningkat ialah 40%.

Aduhai!!

Lompat
>> Prostat Cancer

9 comments:

tujuh86 said...

Bapa ramai anak perempuan boleh kena kanser

LONDON: Lelaki yang memiliki ramai anak perempuan lebih berisiko tinggi menghidap barah prostat berbanding mereka yang melahirkan anak lelaki, menurut satu kajian.

Kajian ke atas beribu-ribu lelaki mendedahkan bahawa lelaki yang mempunyai anak perempuan saja 40 peratus lebih berkemungkinan menghidap penyakit itu yang meragut lebih 10,000 nyawa setahun di United Kingdom.

Ia juga menunjukkan lebih ramai anak perempuan yang dimiliki seorang lelaki, lebih besar risiko dia didiagnos dengan penyakit itu.

Penemuan juga menunjukkan barah itu berkaitan dengan kecacatan dalam kromosom yang turut menentukan jantina bayi. Penyelidikan Amerika Syarikat mengesan kesihatan bapa kepada lebih 90,000 kanak-kanak.

Secara keseluruhan, lebih ramai bayi lelaki dan perempuan dilahirkan.

Bagaimanapun, mereka yang menghidap barah prostat lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan berbanding lelaki.

Mereka yang cuma memiliki seorang anak - perempuan - berisiko 25 peratus mendapat penyakit itu berbanding lelaki yang ada sekurang-kurangnya seorang anak lelaki.

Bagi lelaki yang mempunyai dua anak perempuan tetapi tiada anak lelaki, risiko meningkat kepada 40 peratus, manakala mereka yang mempunyai tiga atau lebih anak perempuan berisiko 60 peratus menghidap barah prostat.

Secara keseluruhan, bapa kepada anak perempuan berisiko 40 peratus mendapat penyakit itu.

Bagaimanapun, memiliki anak lelaki dan perempuan tidak meningkatkan risiko si bapa, kata penyelidik dari Universiti Columbia di New York.

Menulis dalam Jurnal Institut Kanser Kebangsaan, penyelidik berkata barah mungkin disebabkan perubahan pada kromosom seks - dan kecacatan sama mungkin menjejaskan kemungkinan memiliki anak lelaki atau perempuan.

Pakar Britain berkata, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menentukan perkara sebenar kaitan antara kromosom seks dan barah. – Agensi

Sumber: Berita Harian

ac970818 said...

kita sama dude, anak aku juga semua perempuan. semua dude... setakat ni lah

abdullahjones said...

barah prostat pon anugerah bang. bukan semua orang dapat.

saharil said...

kenapa dia guna perkataan "mempunyai" dan "memiliki" - bukan "membapakan" atau seumpamanya? kalau macam tu, kau ambik anak angkat lelaki - habih cerita.

--> saharil.com

Pa'chik said...

Kemungkinan saja. Rokok isap tak? Tu lagi banyak kemungkinan.

sinaganaga said...

Aku ada tahu satu ubat yang sangat power dan dapat mencegah barah prostat. Mao?

dugongsenyum said...

mana tah aku baca : onani boleh elakkan kanser prostat.

Tapi tak dapat elakkan neraka hahahaha

blackpurple said...

Patut la.....

Cik Easy said...

Onani masuk neraka?