Tuesday, September 05, 2006

mata

...

Kalau kau tak punya kenderaan dengan tujuh tempat duduk, dan kebetulan pula isteri kau pula gila membeli-belah selain mengemas, baik kau berjaga-jaga.

Mungkin kau tak mahu bila kau ditimpa celaka di tengah jalan dan rasa marah meluap-luap bila kau gagal menemui spanar dan segala jenis tok nenek perkakas untuk menggodam kereta kau itu. Kemudian, kau capai telefon dan dail nombor isteri kau, "Kat mana awak letak tool-box?"

Dan dari belah sana, kau dengar dia jawab, "Hah?! Tu hari shopping tak muat nak letak semua barang, jadi kita keluarkan tool-box daripada kereta."

Akhirnya kau menyumpah panjang!

Suka mengemas itu sifat terpuji. Siapalah yang tak suka kalau rumah dan kereta bersih berkemas, tapi kalau mengemas itu boleh menyusahkan orang lain, itu mengundang petaka namanya!

Nasib baiklah, jack (john? jerk? apa nama menatang mat salleh yang kita gunakan untuk mengangkat kereta bila mahu menukar tayar?) itu tersorok bersama spare-tyre, dan spare-tyre itu pula terlalu berat untuk dikeluarkan. Aduhai, perempuan!

*Pesanan ikhlas khidmat masyarakat ini ditaja oleh tuan punya kereta yang prihatin.

5 comments:

el-Maaniq said...

emm.. semoga berbahagia..

ayobkelubi said...

rasanya kita panggil jack sparrow kot?. hehehe.

sib baik dia suka mengemas.kalau tidak harus kereta tu nampak macam lori sampah, mahu? :)

sinaganaga said...

“Kau mana awak letak toolbox?”

“Toolbox? Ok, go to MENU, find WINDOW, and scroll SHOW TOOLS!”

“Abah kau!”

BooK said...

jack black kot...

mintak tolong dia kemas bilik aku. time kasih.

spyz said...

power betul tool si jack/john tu eh.. bleh angkat kereta..
kih kih kih...