Friday, September 08, 2006

langit

...

4 comments:

jiGOMorrison said...

Muszaphar, Faiz calon akhir angkasawan pertama negara
Oleh Habibah Omar dan Helmi Mohd Foad

SEPANG 4 Sept. – Pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan pegawai pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kapten Dr. Faiz Khaleed dipilih sebagai calon angkasawan negara untuk mengikuti latihan di Rusia selama 12 bulan.

Hanya seorang daripada mereka akan mengikuti ekspedisi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2 September 2007 - dua hari selepas negara menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaannya.

Pemilihan mereka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang KL, di sini hari ini.

Dr. Sheikh Muszaphar, 34, yang masih bujang, berkelulusan ijazah perubatan MBBS dan penuntut tahun akhir sarjana Surgeri Ortopedik di UKM, sementara Dr. Faiz, 26, pula memiliki ijazah sarjana muda pergigian akan menjalani latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City, Rusia mulai hujung bulan ini.

Di situ mereka akan menjalani latihan sebelum seorang daripada mereka dipilih untuk ke angkasa lepas.

Latihan profesional yang akan mereka jalani di Rusia ini akan melayakkan mereka menjadi angkasawan profesional dan membolehkan mereka menyertai program yang dianjurkan Amerika Syarikat atau negara Eropah lain.

Angkasawan pertama negara dijadual berlepas ke ISS bagi program penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk penyelidikan kanser dan bioteknologi.

Calon berjaya akan berlepas dengan pesawat Soyuz 2 Rusia yang akan bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Di situ, angkasawan negara akan berada enam hingga lapan hari dengan melaksanakan aktiviti penyelidikan sains, teknologi dan industri Malaysia, sebelum pulang ke bumi.

Pada 27 April lalu mereka bersama dua lagi calon ke peringkat akhir pemilihan angkasawan negara - juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) Mohamed Faiz Kamaluddin, 34, dan jurutera yang juga calon wanita tunggal, S. Vanajah, 35, telah berlepas ke Moscow, Rusia untuk menjalani ujian di Agensi Angkasa Rusia (RSA)

Bagaimanapun Mohamed Faiz dan Vanajah tidak dipilih kerana Mohamed Faiz gagal dalam ujian perubatan sementara Vanajah pula mengalami tekanan ketika ujian daya tindakan graviti yang dijalankan di situ.

Ketika mengumumkan calon angkasawan negara itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia berjaya mengorak langkah baru dengan membuktikan kemampuan untuk menghantar angkasawan ke angkasa lepas.

"Ini adalah satu detik penting dalam sejarah. Kerajaan dan seluruh rakyat mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang terpilih dalam usaha memartabatkan nama negara di pesada dunia.

"Daripada 10,000 pemohon dan melalui tapisan ketat, panel pemilihan angkasawan sebulat suara memilih kedua-duanya untuk menjalani latihan di Rusia," katanya.

Dilancarkan

Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, setelah perbincangan dijalankan dengan Rusia dan dipersetujui oleh Perdana Menteri, tarikh yang diputuskan untuk angkasawan pertama negara berlepas ialah 2 September tahun depan.

Katanya, ia merupakan tarikh yang bersejarah kerana Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-50 pada tahun itu dan dua hari selepas itu, negara akan mencipta sejarah dengan menghantar rakyat Malaysia ke angkasa lepas.

"Ia juga merupakan tarikh di mana hubungan diplomatik antara Malaysia dan Rusia mencapai 40 tahun dan pada tarikh itu juga, genap 50 tahun kapal angkasa pertama dilancarkan ke angkasa lepas," katanya.

Menurutnya, sama ada Dr. Sheikh Muszaphar atau Dr. Faiz yang dipilih akan ditentukan di peringkat akhir dan Pengerusi Panel Pemilihan Calon Angkasawan Negara, Tun Mohamed Hanif Omar akan terlibat hingga ke akhir sebelum pelancaran ke angkasa lepas.

Sementara itu Mohamed Hanif memberitahu, pada mulanya Dr. Sheikh Muszaphar dan Mohammed Faiz merupakan dua calon yang dipilih namun disebabkan Mohamed Faiz tidak melepasi ujian perubatan maka tempatnya diganti oleh Dr. Faiz

Jelasnya, biarpun Dr. Faiz adalah calon simpanan, kedua-duanya mempunyai peluang seimbang dan mereka akan menjalani latihan yang sama di Rusia kelak.

Program angkasawan negara ini adalah timbal balas Kerajaan Rusia-Malaysia yang membabitkan pembelian 18 jet pejuang jenis Sukhoi SU-30MKM bernilai AS$1 bilion (kira-kira RM3.4 bilion), dengan kerajaan Rusia menawarkan tempat untuk seorang angkasawan Malaysia menyertai ekspedisi angkasawan Rusia ke ISS.

*Dipetik dari http://utusan.com.my

jiGOMorrison said...

2 pegawai perubatan dipilih sebagai angkasawan negara ke Rusia

SEPANG 4 Sept — Pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan doktor gigi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kapten Dr Faiz Khaleed dipilih sebagai calon angkasawan negara bagi menjalani latihan di Rusia selama 12 bulan.

Pemilihan mereka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Dr Sheikh Muszaphar, 34, yang masih bujang, berkelulusan MBBS dan penuntut tahun akhir pengajian Surgeri Ortopedik peringkat sarjana di UKM, sementara Faiz Khaleed, 26, pula memiliki ijazah sarjana muda pergigian telah dipilih oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar.

Mereka terpilih daripada 11,000 rakyat Malaysia yang memohon untuk menjadi calon angkasawan pertama negara yang dibuka permohonannya pada 13 Okt 2003.

Kedua-dua mereka akan berlepas ke Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City akhir bulan ini untuk menjalani latihan sebelum seorang daripada mereka dipilih untuk mewakili negara ke angkasa lepas.

Latihan profesional yang akan mereka jalani di Rusia ini akan melayakkan mereka menjadi angkasawan profesional dan membolehkan mereka menyertai program yang dianjurkan Amerika Syarikat atau negara Eropah yang lain.

Angkasawan pertama negara dijadualkan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2 Sept tahun depan bagi menjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk penyelidikan tentang kanser dan bioteknologi.

Calon yang berjaya itu akan berlepas dengan pesawat pelancar Soyuz 2 Rusia yang seterusnya akan bertemu dan bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Di situ, angkasawan negara akan berada selama enam hingga lapan hari dengan melaksanakan aktiviti penyelidikan untuk manfaat sains, teknologi dan industri Malaysia, sebelum pulang ke bumi.

Sebelum ini, pada 27 April lepas mereka bersama dua lagi calon yang berjaya ke peringkat akhir pemilihan angkasawan negara — juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) Mohamed Faiz Kamaluddin, 34, dan jurutera yang juga calon wanita tunggal, S. Vanajah, 35, telah berlepas ke Moscow, Rusia untuk menjalani ujian di Agensi Angkasa Rusia (RSA).

Mereka telah menjalani ujian yang meliputi tiga aspek iaitu fizikal, fisiologi dan psikologi selama tiga minggu.

Program angkasawan negara ini adalah timbal balas kerajaan Rusia-Malaysia yang membabitkan pembelian 18 jet pejuang jenis Sukhoi SU-30MKM bernilai US$1 bilion (kira-kira RM3.4 bilion), di mana kerajaan Rusia menawarkan tempat untuk seorang angkasawan Malaysia menyertai ekspedisi angkasawan Rusia ke ISS.

*Dipetik dari http://utusan.com.my

jiGOMorrison said...

Faktor Vanajah, Faiz tidak terpilih

SEPANG 4 Sept. - Faktor tekanan ketika ujian daya tindakan graviti sehingga peringkat 9G ketika saringan terakhir di Rusia merupakan penyebab calon tunggal wanita, S. Vanajah gagal melayakkan diri sebagai dua calon terakhir angkasawan negara.

Pengerusi Panel Pemilihan Program Angkasawan Negara, Tun Mohammed Hanif Omar berkata, ujian tersebut penting kerana angkasawan perlu mengalami tekanan lebih tinggi ketika berada di angkasa lepas.

Beliau berkata, dalam saringan kelapan ketika di Rusia, keempat-empat calon terakhir angkasawan negara menjalani ujian perubatan termasuk neurologi dan adaptasi tubuh badan dalam keadaan mikrograviti.

Mohammed Hanif berkata, Kapten Mohammed Faiz Kamaluddin pula yang pada satu ketika merupakan antara calon teratas sebagai angkasawan pertama negara terpaksa digugurkan kerana menghadapi masalah dari segi perubatan.

Bagaimanapun masalah perubatan yang dihadapi oleh Muhammed Faiz tidak didedahkan kepada media.

Ujian daya tindakan graviti yang dikenali sebagai daya-G biasa dialami oleh setiap juruterbang tempur.

Daya-G yang tinggi di udara wujud apabila juruterbang melakukan manuver atau menukar arah pesawat dengan pantas pada kelajuan cukup tinggi.

Ujian berkenaan menggunakan peralatan dinamakan 'High Performance Human Centrifuge' (HPHC).

Ketika pada tahap 5G sahaja, seseorang itu boleh merasakan seolah-olah kulit muka ditarik ke bawah dan pada masa sama, pernafasan semakin sukar seolah-olah terdapat beban berat yang menindih.

Ketika itu darah pada otak akan mengalir ke bahagian bawah badan sehingga ke paras kaki dengan kadar laju.

Pada ketika itu juga, jantung manusia tidak berupaya mengepam semula darah ke bahagian atas badan.

Apabila ini berlaku, bekalan oksigen pada bahagian otak semakin berkurangan dan jika dibiarkan akan menyebabkan juruterbang pengsan atau dikenali sebagai G-LOC (loss of consciousness).

Bagi Vanajah, 35, dan Mohammed Faiz, 34, kegagalan melayakkan diri sebagai dua calon angkasawan negara bukan bererti suatu perkara yang mereka perlu merasa kecewa.

Sebaliknya, mereka berdua merasa gembira kerana dapat melalui pengalaman cukup berharga sepanjang menjalani projek angkasawan negara tersebut sejak Oktober 2003.

Kedua-duanya juga merasa bangga kerana rakan mereka, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed terpilih sebagai dua calon angkasawan yang akan dihantar ke Rusia hujung bulan ini sebelum salah seorang daripadanya dipilih menyertai misi ke angkasa lepas.

Vanajah yang merupakan calon tunggal wanita berkata, program tersebut memberikan galakan kepadanya untuk mempelajari dan mengadaptasikan ilmu yang diperoleh.

"Sekarang saya dapat tahu sejauh mana keupayaan saya dan saya terima dengan hati gembira," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman dua calon angkasawan negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini, hari ini.

Vanajah yang merupakan penyelaras majlis Kumpulan Berjaya berkata, beliau tidak mengetahui faktor-faktor kegagalannya dalam ujian yang dijalani sehingga diberitahu pagi ini.

Bagaimanapun beliau menyatakan perkara tersebut bukan penghalang baginya untuk terus memberikan khidmat kepada Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

Sementara itu, Mohammed Faiz berkata, beliau tidak terkilan kerana tidak terpilih memandangkan program tersebut adalah misi untuk seluruh rakyat Malaysia dan bukannya orang perseorangan.

"Saya ambil perkara ini sebagai suatu yang positif kerana apa yang penting sepanjang program ini saya dapat berjumpa dengan ramai pakar dan ramai orang daripada pelbagai bidang," katanya yang akan kembali meneruskan kerjaya sebagai juruterbang Malaysia Airlines System (MAS).

*Dipetik dari http://utusan.com.my<

jiGOMorrison said...

Government in talks to get live telecast of space journey

KUALA LUMPUR: Malaysians will be able to watch its first astronaut rocket into space on Sept 2 next year once plans to show the historic event live on local television are finalised, Science, Technology and Innovation Minister Datuk Dr Jamaludin Jarjis said yesterday.

The ministry and the Russian authorities were in discussion to beam live the astronaut’s journey aboard the Russian space launcher Soyuz 2 to the international space station, as part of a programme to celebrate Malaysia’s 50th Merdeka Day celebration next year, he told reporters here.

Earlier, he opened a symposium on the Third National Symposium on Quality Management organised by the ministry, the Malaysian Institute of Nuclear Technology, the National Productivity Corporation and the Malaysian Radiation Protection Association.

On Monday, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi named the two candidates selected to undergo a 12-month training stint at the Yuri Gagarin Aerospace Training Centre at Star City in Moscow at the end of the month.

They are Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 34, a medical officer of Universiti Kebangsaan Malaysia hospital and Kapt Dr Faiz Khaleed, 26, a dental surgeon with the Malaysian Defence Forces.

Dr Sheikh Muszaphar and Dr Faiz were among four aspirants who made the cut in the previous selection process that took them to Moscow for assessment.

The other two are Malaysia Airlines pilot Mohamed Faiz Kamaluddin, 34, and engineer S. Vanajah, 35, the sole woman candidate. All four underwent training at the Russian Space Agency in Moscow.

Jamaludin also said the ministry would set up a special interactive website to enable Malaysians to communicate with the astronauts under Malaysia’s first astronaut programme.

"We are in talks with the Education Ministry to allow students to communicate with the astronauts and conduct biological science experiments as well as to learn about science and technology," he said.

In announcing the candidates on Monday, the prime minister said the pair had not only beaten more than 10,000 candidates for the chance of a lifetime, but had also earned a place in the history of the country.

*Dipetik dari http://thestar.com.my