Wednesday, June 28, 2006

yang

...

Jika kau dibalun dengan kuat dan kerap ketika kau sudah semakin mendekati garisan penamat, kau layak digelar kuda jaguh (the winning horse).

Dalam kebanyakan organisasi kerja, kuda-kuda jaguh inilah juga yang ditimbunkan dengan pelbagai tanggungjawab. Tok Rimau sudah sentuh tentang spesis ini. [Baca lanjut]

Dalam organisasi kerja, selain kuda jaguh terdapat juga kerbau bajak. Jangan salah tafsirkan spesis 'kerbau bajak' ini sebagai si dungu. Walaupun akalnya MUNGKIN(!) kurang cerdas, kerbau bajak sepatutnya lebih dikenali kerana ketekunannya.

Dan seperti juga kuda jaguh, kerbau-kerbau bajak inilah juga yang sering dipukul dalam kebanyakan projek.

"Kerja lagi! Lagi! Lagi! Nah! Ambil kerja ni! Aku nak tengok hasilnya petang ni juga! Tak cukup lagi?! Nah! Ambil ni! Siapkan sekarang!!"

Begitulah kata-kata yang sering dilemparkan pada kerbau bajak yang keletihan sedang badannya terpaksa menahan perit dipukul.

Ah! Beruntunglah kamu-kamu yang jadi ular, buaya, anjing dan babi.

7 comments:

AyuaXuraimi said...

:)) ade yg lawak.. ade yg benar.. aku suka!

Pegawai Khalwat said...

Err.... aku nak jadi harimau boleh?

Ehh... harimau dah Tok Rimau ambil.

Psss.... untung di duniawi, dunia satu lagi?

Anonymous said...

Apa beza Kerbau Bajak dgn Kuda Lumba?

Jigo,
Apa lagi spesis yang ada dalam zoo yang dipanggil opis?

Pegawai,
kau boleh jadi beruang sarkas. Disuruh duduk, duduk. Nanti diberi makan ikan. ha ha ha.

`Tok Rimau

sinaganaga said...

Allo Mat Kerbau! Jom minummm! Ha ha.

Sayuti said...

saya spesis kambing. dan bukan sebab malas mandi.

hana kirana said...

Pada saya, apa pun yang kita mahu jadi, ular atau babi atau buaya mahupun tenuk merangkap cipan, semuanya terpulang dan daripada diri sendiri.

Pada saya lah.

Op said...

esok pastikan henfon kerbau ditutup supaya tak kena panggil untuk dipukul - nah siapkan ni siapkan ni ini lagi itu lagi.. hehe.