Thursday, June 01, 2006

jadi

...

Mejanya berselerak dengan kartu niaga, invois, DO, PO, Quotation, tender dan gelas kopi pagi semalam.

Dan dia menaip di Notebooknya. Tekun. Di balik selerakan yang merimaskan mata yang memandang. Sesekali dia memintal-mintal rambutnya. Sesekali mengelus janggutnya. Kadangkala, dia seakan mahu menghantuk kepala ke skrin monitor.

Letih. Malah lelah!!

Kring kringg kringg!! Telefon menjerit, merintih, memekik, meraung, merayu dan melolong dari celah-celah timbunan kartu niaga, invois, DO, PO, Quotation, tender dan gelas kopi pagi semalam.

"Bos nak jumpa! Sekarang!" Jerit suara dari sana.

Dia memandang jam. Alamak!

"Kejap. Aku nak jumpa big boss dulu."

Dia berlari ke tandas. Lama juga.

Kemudian, sebaik keluar saja dari tandas, dia membentang sejadah dan mengangkat takbir.

"Allahu akbar!"

Di sana. Yang menelefonnya sebentar tadi, terpinga-pinga. "Aik? Big boss mana pula dia nak jumpa?!"

7 comments:

blackpurple said...

Alhamdulillah..
Masih ada ingatan untuk yang Satu...

Pegawai Khalwat said...

Bagos!

tuan tanah said...

saya suka entry ini

Op said...

dude, aku ada buatkan banner cerbung. kod htmlnya ada kat thread dalam forum.

izzulyfa said...

entry yg boleh membuatkan bos-bos rasa insafff...

rudy bluehikari said...

haha... kdg2 bos pangge pada waktu yang betul. Tapi waktu yang betul itulah kita "ter"alpa dengan YANG SATU..dan pada masa itulah kita baru terhegeh2 nak sujud kepd DIA.

Romantis Selatan said...

ya. itulah big boss yang paling utama.