Thursday, June 15, 2006

sampai

...

Bos kata, yang penting cuma hasil. Berapa banyak yang kau boleh dapatkan untuk syarikat. Ringgit Malaysia, semestinya.

Penat lelah kau tak ada nilainya kalau benda yang kau usahakan tak berhasil.

Kalau benarlah usaha itu tidak penting, aku sarankan kita berpeluk tubuh sahaja.

Kalau kita bersungguh-sungguh berusaha tetapi gagal. Dan kemudian terpaksa pula mendengar maki hamun majikan, tidakkah lebih adil jika kita duduk berdiam diri sahaja? Kerana nanti hasilnya tetap nihil.

Sekurang-kurangnya kita tidak lelah.

Ya! Dirgahayu kapitalis!!

2 comments:

artisticklytouch said...

Dirgahayu kapitalis! Urrgghhh..

Tifani Teh said...

ya dirgahayu peluk-tubuh...