Wednesday, June 21, 2006

sempit

...

Sejak Fara Fauzana meninggalkan ERA, aku memang suka melompat-lompat dari satu siaran radio ke siaran radio yang lain. Tak pernah tetap. Sekejap ERA. Kemudian melompat ke HOT FM. Kadangkala SINAR.

Malam semalam, dalam perjalanan pulang ke rumah aku dengar SINAR. Wow! Mereka mainkan Bohemian Rhapsody. Kalau umbun kepala kau masih lembut lagi, lagu ini adalah antara lagu popular Queen. Kalau kau tak kenal siapa Queen, kau boleh lap hingus hijau kau tu dulu, kemudian kau cari saja 'Queen' di 'search engine' yang banyak tu!

Lagu ni komplikated. Sungguh! Terbahagi kepada enam seksyen seperti berikut: pengenalan, ballad, guitar solo, opera, rock dan outro.

Bila tiba seksyen opera, aku ternantikan mereka nyanyikan 'Bismillah' tapi hampa! SINAR dah khatankan lagu tu.

Ya! Macam seorang artis wanita yang diwawancara di TV tempoh hari. Bila ditanya tentang skandalnya, dia menuding jari ke atas dan berkata, "Dia lebih tahu. Saya tak mau komen!"

Ah! NamaNya sudah tidak boleh disebut lagi dalam lagu.

Kontroversi? Lagu tu sebut juga nama syaitan, tapi boleh pula lepas?!

Dan dikatakan, oleh kerana Queen menyebut nama Dia-yang-namaNya-tidak-boleh-disebut itu, maka kerajaan Iran membenarkan lagu ini dimainkan daripada kelompok kecil muzik pop Barat tahun 2004.

Hah? Iran, syiah? Kita, sunni?

Oh, ok!

12 comments:

amanitium said...

Kalau kau tak kenal siapa Queen, kau boleh lap hingus hijau kau tu dulu, kemudian kau cari saja 'Queen' di 'search engine' yang banyak tu!

oh, saya kenal siapa Queen... (sambil mengelap hingus hijau)

sinaganaga said...

Aku suka lagu Bohemian Rhapsody. Dan. Aku suka lagu BASIKAL.

Tapi aku suka album Innuendo. Rock uuu!

spyz said...

we will we will beat(rock) u
dung dung chey
dung dung chey

mula2 kenal queen sbb 'we r the champion'. lagu wajib cheers club sekolah dulu2...

p/s traxx.fm 7-10am Ok gak. tapi musim bola ni asik cerita bola aje. boring...

d'arkampo said...

Siapa Queen? Queen Elizabeth?

he he he

Selain Queen (paling best, another bite the dust).Aku suka Men At Work yang muncul di masa yang sama ketika kegemilangan Queen.

Aku juga suka Pink Floyd.

Banyaklah aku punya sukaa!

tujuh86 said...

Aman,
Ha ha! Kalau malas nak ngelap, kau sedut saja la. Srot srot!! Hmm.. lemak berkrim!!

Nag,
Ah! Lagu BASIKAL tu mengingatkan aku pada lagu KAPAL SELAM Beatles. BENDA KECIL DIPANGGIL CINTA juga menyeronokkan. Aku lebih gemar PERTUNJUKAN MESTI DITERUSKAN. Tangkap leleh, dude!!

Spyz,
Ya! Lagu Queen yang itu sering berkemundang bila tiba musim sukan. Olimpik, Sukan SEA, etc.

Po,
Men At Work? Siapa tu? Diorang kerja apa? Srot srot!!

amanitium said...

Oh, Queen tu, Freddie Mercury ke? Kalau itu saya kenal, saya pernah tengok videoklip 'We are the champions,' pakaian yang dipakainya menampakkan bulu dada yang amat banyak dan sesuai untuk pembiakan agas. :D

Saya suka lagu Under Pressure, Queen bersama David Bowie.

artisticklytouch said...

oooo...itu semua lagu Queen...

samurai said...

kenal queen dari lagu 'we are the champion'.

lagu 'i want to break free' pon gerek jugak. dewa 19 re-make lagu ni.

Op said...

album yang wajib di pasang bila kami stayback di ofis kena siapkan program/masa main doom (tahun aku lupa dah). hehe.

Pegawai Khalwat said...

Aku tak abis lagi lap ingus ijau ni...

*srutt-srutt-sruuttt*

Pss.... err... ntah...

AyuaXuraimi said...

aku antara kenal dan tak kenal queen (sambil lap hingus yg kau kata) aku suka born to love you OST PRIDE..

Tok Rimau said...

Yang kau nak dengar nama Tuhan dari mulut mendiang tu apahal?

Putarkan punat radio ke Ikim.fm.

[Sorry Jig, aku masih dalam mode Batu Api. You are my only worthy enemy. Kalau Aku Batman, kau The Joker. Kalau aku Ultraman, kau raksasa tanduk.]