"Jom tidur!"
Ah, sudah! Kerja tengah banyak, isteri pula ajak tidur. Bukan! Ini bukan sedutan iklan syampu isteri bertudung yang suaminya telefon ibunya untuk memberitahu, "Minggu ni kami tak dapat datang, mak. Ada hal sikit!"
Eleh! 'Ada hal sikit' konon!! Anu kau dah mengaum, kan? Kan? Kan?!
Ok, balik kepada cerita aku tadi. Aku tanya isteri aku balik, "Apasal?"

"Apa dia?"
"Dia cakap jangan tutup lampu. Takut hantu!"
Huh?!
Minggu sebelumnya, ramai pelajar perempuan yang histeria.
Kau pun taulah budak-budak sekolah ni. Bila tiba musim periksa saja, ramai yang histeria. Mungkin stress, kot?
Dian memang selalu ikut ibunya meronda di asrama. Ketika di bilik di mana budak histeria itu berehat, Dian berlari-lari di keliling budak itu dan kadangkala berhenti sebentar. Sambil jari menuding ke syiling Dian berkata, "Hantu! Hantu!"
Kemudian sambung berlari. Berhenti. Tunjuk ke tingkap pula, "Hantu! Hantu!"
Ceh!
Dan orang cakap kawasan ni memang keras. Tempat orang-orang dulu buang puaka.
Ya! Dan memang ada jin di sini. Jin perempuan dua beradik. Di sebatang pokok ceri. Mahu berkawan dengan pelajar perempuan di sini.
Sungguh!!