Friday, July 22, 2005

Kau buatku menangis

...

Berbelas tahun dulu. Mungkin sudahpun menginjak. Ke puluhan tahun.

Entah kenapa. Memori itu bermain lagi seperti pita yang tidak musnah walaupun sudah kubakar. Dan kucampak jauh ke tengah hutan. Bermain di fikiranku. Berkecamuk.

Aku. Duduk di tepi longkang. Pintu belakang. Di atas bukit. Menghadap jalanraya yang sibuk. Melihat kenderaan meluncur laju.

Aku cuma mahu melihat bas sekolah. Sarat dengan pelajar.

Sedang aku pula sudah hampir dua minggu ponteng. Bukan itu mahuku.

Abah sudah berpisah dengan Emak. Dan Abah terlalu sibuk untuk menguruskan pertukaran sekolahku. Dan Emak pula baru mahu mula belajar. Berdikari. BERdiri. DI atas. KAki. SendiRI. Tanpa lelaki di sisinya. Tentu agak sukar. Mulanya. Untuk membesarkan kami tiga beradik.

Abah. Mungkin sudah bernikah. Dengan perempuan itu. Entah. Aku tak pernah melihatnya. Cuma. Pernah sekali Abah membawaku. Bertandang ke rumah keluarganya. Tapi. Aku cuma duduk di kereta. Memandang ke arah rumah. Abah malu membawaku berjumpanya. Barangkali.

Dan aku duduk seperti orang bodoh. Di dalam kereta. Menunggu Abah keluar dari rumah. Perempuan itu.

Dan seperti orang bodoh. Duduk di tepi longkang. Melihat bas-bas sekolah yang meluncur laju.

Bodoh!

1 comment:

Anonymous said...

Kalaulah tangisan masih ada ertinya - faomar@yahoo.com