Tuesday, August 05, 2008

orang

...

Kalau kamu memandu Kancil, jangan sekali-kali mengorek hidung terutamanya jika memotong kenderaan lain.

Mungkin kamu tak berniat pun untuk menyinggung hati orang tetapi ada orang berego besar yang ultra-sensitif.

Seperti kata Sigmund Freud, orang yang egonya besar ini, 'anu'nya kecil. Ha ha!

*** *** *** *** ***

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Pahang Sabtu lepas, aku berhenti di sebuah hentian rehat untuk berqada' hajat.

Usai qada' hajat, aku berdiri di hadapan kereta dan datang beberapa lelaki pun baru keluar dari tandas.

"Datuk," sapa aku.

Dia tersenyum dan bertanya, "Dari mana?"

Aku fikir dia tak peduli pun dari mana aku. Langit gelap, tak sesuai untuk berbual panjang.

Aku tak ingat aku jawab sehingga mulut aku berbuih atau tidak, tapi mereka semua sudah pergi dari situ. Tidak lama selepas itu hujan turun dengan lebatnya.

*** *** *** *** ***

"Sepatutnya orang miskin tak punya kenderaan tak akan terlibat dalam soal kenaikan harga minyak."

"Kenapa pula? Sudah jadi lazim di Malaysia, bila minyak naik, harga barang-barang pun akan ikut naik."

"Jadi?"

"Jadi, kenaikan harga barang akan menjejaskan juga orang-orang miskin termasuk mereka yang tidak mempunyai kenderaan yang gunakan minyak. Betul?!"

*** *** *** *** ***

Ke mana duit yang ditarik dari subsidi minyak yang kononnya mahu digunakan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam.

*** *** *** *** ***

Tak sempat pula aku hendak berdebat dengannya. Tapi lain kali, aku nak tulis panjang tentang sistem pengangkutan awam yang macam *tuuuut!!*.

1 comment:

Op said...

kau bawak kereta turbo berkuasa solar. masa bila kau naik pengangkutan awam?