Wednesday, August 06, 2008

oleh

...

Wa tabik sama lu la, apek!

Wa pun tak mampu nak buat. Sanggup tak kahwin, dan makan sedap-sedap. Tu tak campur lagi pening-pening siapkan assignment. Lu korbankan banyak masa, duit dan kudrat.

Perghhh!!! Lu memang hero!

Lim Kim Peu

1953 - Lahir

1965(?) - Tamat darjah enam

1971 - Tukang sapu

1980 - 1988 - Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (USM)
Pekerjaan - Tukang Sapu (RM130 sebulan)

2002 - 2008 - Sarjana (UM)
Pekerjaan - Pengawal Keselamatan di Melaka (RM500 sebulan)

10 comments:

jiGOMorrison said...

Pengawal keselamatan usia 55 tahun lulus sarjana

Oleh YANG CHIN MEE

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Semangat tinggi dan sikap tidak mudah berputus asa membuahkan kejayaan kepada seorang pengawal keselamatan berusia 55 tahun apabila beliau memperoleh ijazah sarjana daripada Universiti Malaya (UM) hari ini.

Biarpun mengalami pelbagai rintangan sepanjang enam tahun tempoh pengajian dalam bidang sejarah, pengawal keselamatan berkenaan, Lim Kim Peu (gambar), akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya.

Pagi ini, Kim Peu menerima ijazah tersebut daripada Pro-Canselor UM, Raja Dr. Nazrin Shah pada majlis konvokesyen universiti itu di sini.

Kim Peu yang masih bujang mula mengikuti program pengajian jarak jauh ijazah sarjana di UM pada 2002 dan sepanjang tempoh itu beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di Melaka.

Kim Peu memberitahu Utusan Malaysia, dengan pendapatan RM500 sebulan, beliau terpaksa menggunakan sebahagian besar wang gajinya untuk membiayai kos pengajian di UM.

"Wang memang merupakan satu masalah. Saya menghabiskan sebahagian besar daripada gaji saya untuk membayar yuran, tetapi itu pun tidak mencukupi.

"Nasib baik pihak universiti bertimbang rasa dan membenarkan saya membayar yuran secara ansuran," katanya.

Pengorbanan Kim Peu itu berbaloi apabila baru-baru ini beliau berjaya mendapat pekerjaan sebagai jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Melaka selepas lulus pengajian peringkat sarjana.

Lelaki yang berasal daripada keluarga buruh kasar di Merlimau, Melaka itu hanya menamatkan pelajarannya sehingga darjah enam. Pada 1971, beliau bekerja sebagai tukang sapu pada usia 18 tahun.

"Kerja sebagai tukang sapu memang susah dan kotor. Ramai orang menghina dan memandang rendah terhadap saya kerana pekerjaan itu.

"Keadaan itulah yang mendorong saya untuk melanjutkan pelajaran," katanya.

Dengan belajar sendiri, Kim Peu berjaya menamatkan pelajaran sehingga ke tingkatan enam di sekolah swasta sebelum ditawarkan mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1980.

Pengajian Kim Peu di USM dihabiskan dalam tempoh lapan tahun dan beliau merupakan pelajar yang mengambil masa paling lama untuk menamatkan pengajiannya.

"Pada 1980, saya masih seorang tukang sapu. Banyak masalah dihadapi. Gaji saya ketika itu cuma RM130 dan saya terpaksa menyara keluarga.

"Bagaimanapun, dengan semangat tinggi, saya tidak pernah terfikir untuk berhenti belajar dan akhirnya saya berjaya juga menamatkan pengajian walaupun mengambil masa selama lapan tahun," katanya.

Menurut Kim Peu, sepanjang tempoh pengajiannya dari dulu hingga kini, beliau tidak pernah makan atau minum di luar.

"Saya terpaksa menjimatkan wang. Makanan segera seperti ayam KFC, McDonald's atau minuman Coca-Cola tidak pernah saya jamah kerana wang perlu disimpan untuk meneruskan pelajaran," ujarnya.

Demi mengubah nasibnya, Kim Peu memilih untuk meneruskan pelajaran selepas beberapa tahun lulus ijazah pertama di USM. Beliau kemudian diterima untuk mengikuti kursus sarjana pengajian sejarah di UM.

Sumber: Utusan Malaysia Online

tasekM said...

isshh... nak kena berkenalan dgn apek nih...

dugongsenyum said...

ini baru betul no pain no gain! perghhhh

DeeN said...

Isk, malunya dengan apek tuh.
Payah nak jumpa orang macam tuh. Hebat ar! Respek! Respek!

ayobkelubi said...

salah satu wira tak didendang yang ada kat malaysia. ini sepatutnya yg diberi datuk atau tan sri bukannya penyangak2 wang rakyat!.

eh, emosi lak aku ni bang.

artisticklytouch said...

kau sanggup sapu lantai sambil dilihat awek2? aku sanggup cuma aku tak sanggup membongkok lama2 itu

Yana Ismail said...

salam ziarah~

Respect la sama itu apek..wallaweh..:)

OP Zaharin said...

tak makan kfc tu wa saspek gila lah. wa kalau seminggu tak pekena kfc, gigil beb.

jiGOMorrison said...

tasikmerah,
kalau boleh kena berguru dengan dia sekali.

dugongsenyum,
pergh!! speaking london la lu. hehehe!

deen,
memang tabik spring beb!

ayobkelubi,
tak perlu beri title datuk pun tak apa, tapi kau agak-agak boleh jadi tokoh maal hijrah tahun ni tak?

arts,
beb, dulu masa wa kerja 7-E, memang tu la kerja wa hari-hari. sapu dan mop lantai. apa ada hal.

liyana,
yep,

op,
jom ngeteh.

Sweet Thinker said...

hoho. sgt menarik!

p/s: nape bro set nk tulis komen kna login ek? susah lew.