Thursday, November 23, 2006

disedut

...

Bayangkan kau sedang memandu di jalan yang kiri kanannya sudah bersusun kereta. Kau menyusuri berhati-hati. Tanpa kau sangka, ada seorang makhluk Tuhan muncul dari celahan kereta-kereta itu, dan ZRUPPPP!!! dengan selambanya melintas sambil melenggang Mak Limah. Dan kau tak punya pilihan selain untuk menekan brek kecemasan!

Skreett!! Sikit lagi nak langgar, tapi tak langgar pun.

Dia menjeling pada kereta kau yang kurang daripada 1000cc itu. Bibirnya terjuih. Dari riak matanya, kau boleh mengagak apa yang terbuku di hatinya. "Hek Eleh! Baru bawa kereta cinonet camni pun nak bawa laju-laju!! Tak sedar diri langsung!!"

Dan kalau yang melintas jalan itu pula yang melihat ke dalam kereta kecil itu, pasti dia juga dapat menangkap apa yang pemandu itu cuba sampaikan, "Kau jangan ingat kena langgar dengan kereta kecik ni kau tak boleh mampus!!"

Bayangkan!

8 comments:

kingbinjai said...

tgh cuba

Pegawai Khalwat said...

Langgar je, bukan salah hang.

Pa'chik said...

member saya dulu pejalan kaki tu bukan takat juihkan bibir je, siap pegi tendang pintu. Baru nak kuar pegi kejar, kete depan dah jalan.

Sian member tu. Kete baru beli. Tapi lepas 3,4 hari, dapat gak budak tu, nak mintak ganti budak tu jenis tak berduit, last² dia tabuh je budak tu. Buat lepas geram.

RHAPSODY said...

pejalan kaki diberi keutamaan. tapi, gunalah lintasan zebra!

spyz said...

aksi seorang mat rempit bila melalui situasi yg sama..

skritttttt!!

prenggg!!
prengggggg!!
prenggggggggGGGG!!!

[pelenggang mak imah pun teropocot lalu berdengkit-dengkit ke tepi..]

Bukunota said...

ofis ko tu mmg sesak.

blue_cherry said...

hamba tumpang lalu erk..
[yg pasti bukan hamba yang lalu depan keta cinonet tuan hamba tu.. he he]

Garang nyer..

Pakteh said...

Terhibur baca entri ini.