Wednesday, April 26, 2006

dan dunia kian sempit

...

Aku rasa dia kegersangan, err maksud aku, kebosanan.

Dia menghantar SMS dan membebel-bebel tentang penggunaan perkataan DNA dalam sebuah rancangan bersiri di TV. Tapi aku agak dia menonton rancangan itu kerana ada Raja Farah. Dan aku amat percaya dia sedang berfantasi menjadi orang halimunan.

"Apa kau buat kalau kau jadi halimunan?" Aku.

"Nak tolong orang buta melintas jalan!" Dia.

Konon! Aku tak percaya sebab dia bukan halimunan dan Raja Farah tiada di depan mata.

Ah! Itu semua fiksyen semata, jangan terpedaya. Seperti kata mereka yang marah-marah pada Faisal bila dia mencemuh Gubra, "Kau ni jumud sangat! Filem cuma sebagai hiburan. Mereka berlakon sebagai muhrim mestilah buat betul-betul, baru real!"

Maknanya kalau aku jadi pelakon utama dan kakak mereka ini berlakon sebagai isteriku, aku boleh meramas dadanya bila aku suka. Ya! Mereka amat percaya aku dan kakak mereka sudah menjadi muhrim sebaik saja Puan Sutradara menjerit, "Action!" Itulah akadnya. Dan Puan Sutradara itulah kadi, wali dan saksinya.

Mereka kata Faisal patut ambil yang positif dan abaikan yang negatif. Maksudnya, buat buta dan pekak saja. Ikut pengiraan mereka, positif campur negatif masih lagi positif. Jadi buat apa nak bising-bising terpekik terlolong macam orang disampuk polong?

Aku tahu yang Faisal tahu, lebih sukar memisahkan tumpahan nila dalam sebelanga susu daripada membersihkan sekandang lembu yang terpalit lumpur.

Friday, April 21, 2006

Titian

...

Dua bulan lepas, heboh! Kecoh sekampung! Jadi polemik di ruangan akhbar.

Artis itu sudah diceraikan melalui SMS.

Bukan! Aku bukan bercerita tentang artis yang itu. Ini artis lain. LAIN!! Terlalu kecil namanya. Tak ramai yang sedar betapa hebatnya dia sebagai ratu drama.

Kecoh kerana dulu dia yang beriya-iya meminta cerai. Macam-macam perangai dan kerenah dibuatnya. Kalau orang biasa mungkin tak tahan. Tapi suaminya bukan orang biasa. Mungkin bukan setaraf wali, tapi sifat sabarnya cukup tinggi.

Artis ni berbuih mulut menyumpah seranah, tapi suaminya diam sahaja. Pernah sekali dia mengunci suaminya di luar rumah, tapi suaminya hanya tersenyum saja bila disapa jiran-jiran. Tak cukup dengan itu, pernah dilonggokkan pakaian suaminya di hadapan rumah dan dijadikan unggun api.

Gila agaknya perempuan ini! Itulah yang selalu dibisikkan jiran-jirannya bila mereka bertemu sesama sendiri.

Tapi sabar pun ada tahapnya juga. Akhirnya, si suami menghantar SMS. Melepaskannya. Tak tahan dituduh dayus.

Bila membaca SMS daripada si suami, artis tersenyum. Puas! Kerana cita-citanya untuk mengahwini teman lelakinya sudah hampir tercapai. Tapi bila diwawancara, dia tanpa silu mengalirkan air mata, melelehkan air hidung.

"Saya sudah diceraikan!"

Esoknya, gempar media dengan berita perceraiannya. Suaminya dituduh dayus kerana menceraikannya melalui SMS.

Memang! Dia memang aktres yang hebat! Ramai peminat menghulurkan simpati, meminjamkan bahu. Kalaulah mereka sedar akan helah artis ini.

Tapi kelmarin kampung itu kecoh lagi. Heboh! Beritanya melata di muka ruangan gosip.

Artis ini dilihat setiap hari bertunggu tangga di depan pejabat suaminya. Mahu rujuk kembali katanya. Dan dia terus memujuk, "Terimalah saya kembali. Saya tahu saya dah buat silap, maafkanlah saya. Saya rela dihukum, asalkan abang sedia ambil saya kembali sebagai isteri!"

Gila agaknya perempuan ini! Itulah yang selalu dibisikkan rakan-rakan sekerja suaminya bila mereka bertemu sesama sendiri.

Khabarnya teman lelaki yang digila-gilakan artis ini sudah beristeri. Dan artis ini tidak pula rela berkongsi kasih. Alahai!

Langit sudah gelap, kilat sabung menyabung, tempayan sudah kosong tapi hujan belum lagi mahu turun nampaknya.

Dan kodok-kodok makin riuh bertempik.

"Onnnngggg!!! Onggg!! Onnnggg!"

Bersambut sahut, berlawan-lawan. Tapi hujan belum lagi mahu turun.

Wednesday, April 19, 2006

sehalus rambutmu

...

Mereka kata cinta bukan berhala untuk disembah.

Dan hati ini bukan rumah tumpangan untuk kau datang dan pergi. Sesuka hati.

Menusuk di jiwa ini
hingga di mana
ianya akan berakhir?

Tuesday, April 18, 2006

sanggup kulintasi

...

Dia pergi. Tanpa ucapan selamat tinggal.

Pergi entah ke mana.

Hilang!

Friday, April 07, 2006

asalkan

...

Dan Ustaz KEJU berkata, "Ingatlah! Neraka itu panas!!"

Ketawa semua ahli SEMANGAT KEJU. Bukan kerana tidak takutkan kepanasan neraka, tapi kerana melihat Presiden KEJU seperti kepanasan.

Sambung Ustaz KEJU, "Saya tidak mengatakan dengan masuk PERTUBUHAN PRODUK-PRODUK ASAS TANI itu seperti masuk neraka, tapi baiklah berhati-hati dan jangan sampai jadikan PERTUBUHAN PRODUK-PRODUK ASAS TANI itu neraka!"

Semua mengangguk dan menggeleng. Cuba menghadam setiap patah, tapi Ustaz KEJU dengan segera jatuhkan bom.

"Dalam neraka tak ada KEJU!"

Mereka berpandangan sesama sendiri. Terdiam.

Lompat
>> Sebuku keju. Keju sebuku.
>> Keju
>> Semangat dan geju
>> KEJUtan
>> Kek keju Shazy
>> Keju: Kedai Jual-jual
>> haa?

Tuesday, April 04, 2006

ku bisa

...




Laman Seni, 1 April 2006

Monday, April 03, 2006

mengecapi

...

SABOTAJ langsai! Memang tak banyak kami cetak.

Terpaksalah kamu jilat tapak tangan, kalau tak mahu kempunan.

Separuh berbisik, takut kalau terdengar oleh Naga, aku tanya Op, "Kau rasa ada untung tak?"

Dia tersenyum. Mata melirik ke bil-bil di tangan Naga. Lepas tolak itu ini, entah berapa bakinya nanti. Alahai!