Monday, November 28, 2005

Non sequitur

...

Sekitar 9 pagi. Aku ambil gambar ni, kemudian aku tidur.

"Tolong belikan sawi." Dia.

Sampai di kedai, baru aku terfikir: "Macam mana rupa sawi?"!

Aku tidur sepanjang perjalanan. Terjaga hanya di Terminal Bank Negara.

"Ini sawi?"

"Bukan, itu bayam. Sawi dah habis." Penjual sayur.

Sampai di KL Sentral, aku turun. Tak menoleh ke belakang lagi.

Saturday, November 26, 2005

Bagi kamu agama kamu

...

Nota: Jika kau seorang moralis, ketepilah. Juadah ini bukan untuk kau!

Dan. Mereka pun berdebatlah. Sama ada Michelle Leslie itu sudah Islam atau belum. Dan bertanyalah mereka lagi. Kalau betul Michelle sudah Islam, berapa kerapkah dia bersolat? Sudahkah dia berhenti mengambil alkohol? Makanan haram? Sudah berpuasa semasa Ramadan? Bagaimana dengan zakat? Tapi bagaimana pula hubungannya dengan Scott Sutton?

In CourtBila menghadiri perbicaraan, sopan. Sungguh! Buat banyak mata jantan-jantan Malaya tak berkelip. Sambil meneguk air liur. Tentunya!

"Ah! Semua ini untuk perbicaraan saja. Hormati mahkamah!" Kau.

"Semua tu untuk kaburi mahkamah! Kalau di sini, sama macam nak masuk mahkahmah syariah la, dude!" Dia.

Ha ha!

Betul! Kau tengok berapa ramai orang ditangkap khalwat, merogol, meliwat, mencabul, berlaku lucah di khalayak ramai, bila memasuki mahkahmah, semua nak ditutup. Baru jumpa tudung, baru jumpa songkok. Sudah tak nampak lagi apa yang terdedah selama ini. Yang nampak cuma bengkak dan lekuk.

Kononnya, berpakaian nak menghormati mahkahmah, tapi dalam erti kata lain ia menghina mahkahmah! Pakaian boleh menutupi akhlak yang buruk, betul?! Dan, mereka berjaya menipu hakim dan peguamcara. Kau pun tahulah berapa ramai anak gadis yang bertudung, bila di taman-taman bunga, sudah ditelanjangkan di antara pusat ke lutut. Tangan-tangan si kekasih pula sudah asyik meneroka taman larangan. Dan si gadis mengerang-ngerang, berdesah-desah! Sedang mereka masih bertudung!?

Tu belum dicampur lagi perempuan bertudung yang membonceng motor tapi tangan sibuk mencari-cari gear penunggang. Motor? Gear tangan?

MeoOOOooWWW!!Oh! Berbalik pada cerita si cantik manis Michelle. Gambar ini pasti boleh membuat kau mengiau! Atau mengaum. Kalau kau berketurunan kucing besar. Dan buas.

Macam kau tak pernah tengok, perempuan bertudung tapi tak tutup aurat. Pakaian ketat, pakaian jarang. Bikin mereka yang melihat tertoleh-toleh. Tersedak-sedak.

"Jaga pandangan kau! Pakaian adalah hak individu. Biar Tuhan saja yang menilai hati kami," Mereka kata.

Tapi benda-benda percuma ini terus-terusan melintas di depan mata. Dalam pelbagai saiz dan warna. Tepuk dada, tanya iman.

"Di manakah keadilan?!" Nafsu kau menjerit. Testosteron kau meronta-ronta. Mengeras. Tak boleh angkat, dude!

Dan. Kau dan aku pun berfantasi yang macam-macam.

Mereka bingit mengutuk mereka yang baru memeluk Islam tapi tidak mengamalkan cara hidup Islam. Sedang ahli keluarga mereka (atau masyarakat mereka) yang lahirnya sebagai Islam bebas mengamalkan hedonisma. Hipokrit!

Ah! Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.

Ya! Puji-pujian bagi Tuhan, dan hulurkan peluru.

Friday, November 25, 2005

Melepasi Zon Kantuk

...

Geronimo Bayangkan! Kau dan aku. Punya nama seperti kebanyakan peribumi Amerika.

Kuda Gila. Kerbau Duduk. Putik Jagung. Hujan Di Wajah. Mata Putih. Bintang Pagi. Gagak Berawan. Awan Guruh Merah. Si Kecil Tanduk Bagak.

Atau. Kau boleh saja mengambil nama yang menepati iklim setempat. Kalau mahu.

Kiambang Bertaut. Kembang Tak Jadi. Harimau Merunduk. Naga Bersembunyi. Rajawali Bertenggek. Kambing Menanduk. Awan Tergantung. Belati Berdarah. Tempinis Merengek. Kerikil Pecah. Dubuk Kesiangan.

Nama aku? Hujan Tujuh Sungai.

Hah! Cuba kau bayangkan!!

Nota: Semua ini ditulis setelah membaca sejarah Peribumi Amerika, berlatarkan suara majikan lewat dinihari, "Patutlah kerja tak siap. Kau sibuk update blog rupanya!"

Wednesday, November 23, 2005

Lelaki gasar

...

Lelaki gasar seperti aku. Pasti tak punya ramai teman.

Bicara dalam bahasa yang aneh. "Apa frekuensi kau, Kenneth?". Ah! Kami ini spesis yang terancam!!

Tapi inilah lelaki yang selalu berdiri sebelah. Di masa senang mahupun susah. Dulu.

Kini. Setelah hampir tujuh tahun, akhirnya kami bertemu semula.

"Kau nak tangkap gambar aku ke? Biar aku nyalakan rokok ni dulu. Baru nampak ikonoklastik," katanya.

Dia tak banyak berubah. Cuma. Perutnya sahaja yang bertambah bundar.

Dan. Aku percaya, misainya itu tak pernah dicukur. Cuma digunting bila memasuki mulut.

"Kalau kau kena racun, boleh jumpa aku. Misai ni boleh jadi penawar!" Dia. Dengan wajah yang keras.

Dia masih berlawak seperti dulu. Walau sekarang sudah jadi guru. Nun! Jauh di Kudat.

Entah bila kita boleh berjumpa lagi.

"This isn't a tale of heroic feats. It's about two lives running parallel for a while, with common aspirations and similar dreams." Ernesto Guevara de la Serna

Tuesday, November 22, 2005

Tendang K, gantikan dengan L

...

Sudah jadi klise. Kalau disebut lagi, boleh jadi dosa.

Dan. Inilah dosaku: "Manusia berubah"!

Sama ada kau suka atau tidak. Itulah kenyataannya. Manusia berubah.

Tak kiralah, bertambah baik atau bertambah buruk.

Tujuh tahun, beb! Sudah tentu, 'manusia' itu berubah.

Kalau kau buntingkan perempuan tujuh tahun lepas, mungkin anak kau itu sudah mula bersekolah.

Dalam sekelip mata segalanya boleh berlaku, inikan pula tujuh tahun.

Dalam tujuh tahun, 'manusia' itu sudah bertambah hebat. Dan sahabat-sahabat di sekelilingnya cuma keldai tunggangan untuk dia sampai ke destinasi impiannya. Kepala-kepala sahabatnya inilah yang menjadi tangga untuk dia terus naik. Ke atas. (Takkan ke bawah, pula?)

Hah! Kau dan aku tertawa. Melihat 'manusia' itu bermegah-megah. Mungkin dia fikir, dia boleh menongkat langit. Selamanya.

Dian, tujuh tahun lagi awak sudah mula bersekolah. Tujuh tahun lagi, hidup lagikah Abah?!

Ah! Tujuh tahun lagi punya cerita, kau nak cerita sekarang buat apa?!

Hah!

Thursday, November 17, 2005


Eating is fun v.02 Posted by Picasa

Wednesday, November 16, 2005

Sentuh dan pergi

...

Kau nak tahu bagaimana pertengkaran itu bermula?

Pagi. Si lelaki memandu ke tempat kerja. Sampai di tol, menuju ke laluan TnG.

Tet!

Kemudian. Palang tak terangkat. Di skrin. Baki kurang.

Kemudian, terkedek-kedek datang gadis tol yang cantik manis. Tapi mulutnya semacam puaka.

"BAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA BIIIIIIIII," lelaki menjerit. Memang sepanjang itulah harakatnya. Dari dalam kereta. Bila sudah melepasi palang.

Kereta dimatikan. Buka dompet. Wang kurang daripada RM20.

Nak top-up kejadah apa!

Lelaki keluar dari kereta. Melihat jam. Pasti lewat lagi sampai ke pejabat.

"Tak boleh bagi tiket ke?" Lelaki. Separuh menengking. Dengan muka yang bengis.

Gadis tol, terkedek-kedek berlari ke pondok sebelah.

Lelaki lihat jam. Setengah minit, seminit, seminit setengah...

"Minta maaf ya, bang," Gadis tol. Menghulurkan tiket.

Tiket dicapai. Masuk kereta. Hidup. Memecut ke Bangsar.

Semasa memecut, capai handphone. Tet tet tet!

"Baguslah awak, TnG dah habis pun tak nak bagitau. Nyusahkan orang betul!"

Hantar.

Beberapa minit kemudian. Terima.

"Padan muka. Siapa suruh tak tanya! Salah sendiri nak salahkan orang."

Tet tet tet!

"Nak kena tanya dulu ke? Dah awak yang pakai kereta, bila TnG habis bagitaulah. Tidaklah nyusahkan orang."

Hantar.

Terima. Hantar. Terima. Hantar.

Dari cerita sekecil habis baki TnG, hinggalah kisah anak.

Lelaki sudah menduga akan bertengkar. Cuma menunggu masa dan ketika. Semalam, bau belerang sudah berlegar di udara. Dan pagi ini, dia tidak perlu menunggu lebih lama. TnG adalah picunya.

Dan gunung berapi itupun meletuplah. Sekonyong-konyongnya. Dan berbogellah alam semesta.

Terima kasih TnG. Dan juga mulut puaka yang cantik jelita.

* Kisah ini hanya fiksyen. Hah!

Tuesday, November 15, 2005

Betul

...

Apa saja yang kau dengar dari mulut mereka memang betul. Aku takkan menafikannya. Ya, apa saja.

Monday, November 14, 2005

JB, tunggu aku datang!

...

Sepatutnya sudah bertolak ke JB. Tapi masih tersangkut lagi di office. Masih ada beberapa RFQ yang belum disiapkan.

Dian dah keletihan. Merengek-rengek menahan kantuk. Hingga tertidur di sofa.

Puteri Beradu Entah pukul berapa nak sampai JB?!

Janji nak makan tengahari bersama Tok Rimau. Nanti. Tapi tengoklah dulu, kalau tiba-tiba ada perubahan.

Wednesday, November 09, 2005

Get to know me. Better.

...

Your view on yourself:
Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education:
Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.

The right job for you:
You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.

How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.

What are you most afraid of:
You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:
You like privacy very much because you enjoy spending time with your own thoughts. You like to disappear when you cannot find solutions to your own problems, but you would feel better if you learned to share your thoughts with a person you trust.

How well do you get along with others?
You can make friends with anyone and are always interested in what people have to say, but you can also spend time alone quite happily and without getting bored. You don't overreact to things around you, and people consider you to be a bit of a cool cucumber.

*Berdasarkan ujian yang diambil di sini dan sini

Universiti Kedua

 

Dulu. Aku pernah bercita-cita nak habiskan masa di penjara.

Sebelum hidup bekeluarga. Dulu. Semasa asyik dihempap masalah-masalah yang seberat balak. Aku nak duduk di penjara. Dan buat apa yang aku suka.

Membaca. Berfikir. Atau menulis, kalau sudah bosan membaca.

Tapi sebab susah sangat nak memilih kesalahan apa yang nak dibuat, aku abaikan saja cita-cita aku.

Aku bukan reformis. Bukan pemberontak jalanan. Aku tak layak jadi tahanan politik.

Kalau merogol lagi parah. Aku takut lubang belakang aku dirodok banduan lain dengan batang. Penyapu. Dan mop. Adeh!! Tak sanggup...

Kalau membunuh. Siapa yang aku nak bunuh? Lipas? Cicak? Kucing? Sebab apa?

Nak mencuri atau merompak, aku takut tak sempat sampai penjara. Mungkin aku sudah dibedal sampai mati. Atau ditembak sebaik saja keluar dari bank dengan hasil rompakan.

Mengedar dadah? Mungkin kena gantung. Sehabis bicara.

Menipu? Pecah amanah? Rasuah? Aku terlalu baik untuk kesalahan seperti ini.

Aku nak masuk penjara untuk masa yang panjang. Dan kemudian. Boleh keluar semula untuk bercerita tentang pahit maung hidup dalam penjara. Apa yang aku sudah belajar di Universiti Kedua.

Dulu.

Monday, November 07, 2005

1 Syawal


Raya di Sayong Posted by Picasa