Thursday, December 04, 2008

nenek moyangku

...

Ironi bila cadangan untuk menyatupadukan generasi Malaysia di bawah satu sistem persekolahan dianggap oleh NGO bukan Melayu (baca: NGO Cina) sebagai menjejaskan perpaduan.

Dan sebelum itu berteriak-teriak pula mahu kesamarataan.

Wei, kalau asyik nak menang saja mana boleh.

Kau nak hak sama rata, kau kena korbankan juga hak kau sikit.

Baru adil, bukan?

*** *** *** *** ***

Sedar tak sedar sudah 180 hari aku tidak merokok. Aku berhenti dulu sebab nak kurangkan risiko terkena barah, tapi nampaknya sakit lain pula yang datang dulu.

Tadi periksa darah sebab aku hendak pastikan sama ada betul-betul terkena gout atau tidak.

Takut juga kalau penyakit lain sudah menyerang buah pinggang pula.

Tiga hari lagi keputusan keluar. (Baca: lepas naik cuti minggu depan)

Pergh!!!

*** *** *** *** ***

Kalau kau ingin meronda di pekan Batu Pahat, jangan lupa alihkan siaran radio anda ke frekuensi 101.10.

*** *** *** *** ***

Kalau kau memandu menghampiri simpang (tidak kira tiga atau empat) di Batu Pahat, lebih baik kau berhati-hati.

Kebanyakan pemandu di Batu Pahat adalah pemandu yang semacam susah hendak berhenti di persimpangan keluar. Mereka seolah-olah memandu tanpa memandang kiri kanan bila mahu keluar simpang.

*** *** *** *** ***

Perayaan hampir tiba, jalanraya akan sesak luar biasa.

Memandu di jalanraya dua lorong, kadangkala lebih selesa dari memandu di tiga lorong.

Bila di dua lorong, yang memandu perlahan tahu untuk memandu di sebelah kiri, dan yang laju di sebelah kanan.

Tapi bila memandu di tiga lorong, lorong tengah selalu dipenuhi oleh pemandu yang runcit-runcit sahaja lajunya. Maksudnya, had laju mungkin 110 kilometer sejam, tapi kamu memandu cuma 70 hingga 80 kilometer sejam.

Kalau nampak logiknya, memanglah cuma beza 30 hingga 40 kilometer sejam sahaja. Tapi realitinya, lorong kanan, orang memandu lebih daripada 110.

Kalau memandu di lorong tengah dan kenderaan lain sudah memotong di kiri dan kanan, aku nasihatkan, eloklah kalau beralih ke lorong kiri. Terutamanya, kalau jalanraya tidak sibuk.

Takut pula kalau-kalau dirempuh kenderaan dari belakang!

Idok begitu, Yeop?!

9 comments:

en_me said...

selamat raya aidiladha abang ittewww..

DeeN said...

Pandu cermat
Jiwa selamat
Poket tak penat
Hati tak tenat.

Salam Aidil Adha, bro.

Anonymous said...

1. adil
2. pergh!
3. ok.
4. orait.
5. begitu.

rudy bluehikari said...

wah..ini entri balas dendam...sekali macam2 entri. aku nak komen mana satu pun taktau... ehehehe..moga2 darah kau ok. pantang makan bro...

sinaganaga said...

aku baca je lah.

Anna said...

uih banyak pesanan sebelum raya. konklusi : berhati-hati ketika memandu, dan memotonglah dengan cermat.

tapi hakikatnya sekarang, yang paling rileks adalah penumpang. hahaha.

tasekM said...

yeop mana yg but hal tu?

:)

kingbinjai said...

gitulah gamoknya!

jagoan said...

pakej entri ni menyentuh sana sini.


:D